>المصدر<

-1-

[ لمتابعة رابط المشاركــــــــة الأصليّة للبيان ]
lihat postingan asal keterangan

الإمام ناصر محمد اليماني
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani

07 - ذو الحجّة - 1438 هـ
29 – 08 – 2017 مـ
08:30 صباحاً
( بحسب التقويم الرسمي لأمّ القرى )
mengikut taqwim rasmi Makkah
___________________




أخبار من محكم الذكر بقلم الإمام المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني ..

Berita-berita Dari Muhkam Al Quran Dengan Pena Al Imam Al Mahdi Al Muntadhar Naser Mohammed Al Yamani..


بسم الله شديد العقاب الغفار لمن تاب وأناب، فلينِب المسلمون في بورما وميانمار وفي كل البلدان المظلومين فيها في العالمين فلينيبوا إلى ربهم ليهلك عدوّهم ويستخلفهم من بعده في تلك البلاد، فإذا استكانوا إلى ربهم فتضرّعوا إليه بالدعاء أجابهم مهما كانت ذنوبهم فلا يجوز لهم اليأس من رحمة الله.

Dengan nama Allah yang empunya kerasnya hukuman, yang Maha Pengampun bagi mereka yang bertaubat dan kembali pada-Nya, maka hendaklah umat Islam di Burma, Myanmar dan di seluruh negeri, yang ditindas di negeri mereka di seluruh dunia, hendaklah mereka kembali kepada Tuhan mereka.

Mudah-mudahan Tuhan mereka menghancurkan musuh-musuh mereka, lalu Tuhan mereka menjadikan mereka sebagai khalifah-khalifah yang menguasai pemerintahan setelah itu di negara mereka, sekiranya mereka tunduk patuh kepada Tuhan mereka.

Berdoa kepada Tuhan dengan merendahkan diri mereka kepada-Nya dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah mengabulkan permintaan mereka betapapun banyaknya dosa-dosa mereka, tidak boleh bagi mereka untuk berputus-asa dari rahmat Allah.


والأيام المقبلة مليئةٌ بالأحداث التترى من آيات العذاب؛ منها أمطارٌ نيزكيّة متفاوتةٌ في الحجم، وصواعقٌ يصيب بها من يشاء ويصرفها عمّن يشاء يجعلون أصابعهم في آذانهم من الصواعق حذر الموت ليلاً أو نهاراَ، والله محيط بالكافرين.

Hari-hari yang mendatang akan dipenuhi dengan kejadian-kejadian yang silih berganti dari petanda-petanda azab seksaan; di antaranya adalah hujan meteor yang berbagai ukuran, petir kilat yang menyambar menimpa sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah palingkannya dari sesiapa yang Dia kehendaki.

Mereka menyumbatkan telinga-telinga mereka dengan jari-jari mereka lantaran suara petir itu kerana mereka takut mati, pada waktu malam dan siang, sedangkan ilmu pengetahuan Allah dan kekuasaan-Nya meliputi orang-orang kafir itu.


وانفجارات شمسيّةٌ ضخمةٌ، وكسفٌ من السماء ساقطٌ، وظُلماتٌ في الأرض‘ وزلازلٌ بريّةٌ، ورياحٌ شديدة، وأعاصير البحر المسجور، وزلازلٌ بحريّةٌ، وجبالٌ ثلجيّةٌ من بَرَدٍ تأتي من الشمال الغربي، وطلوع الشمس من مغربها بسبب اقتراب كوكب العذاب من الجنوب. ويمحو الله ما يشاء ويثبت وإلى الله ترجع الأمور، فمنها ما هو حتميُّ الوقوع.

Letusan-letusan besar pada matahari, ketulan-ketulan berjatuhan dari langit, kegelapan-kegelapan di bumi, gempa bumi di daratan, angin kuat yang ganas, ribut taufan dari lautan yang meluap melimpah (tsunami), gempa bumi di lautan, hujan batu dengan ketulan-ketulan ais dari gunung yang datang dari arah barat laut, dan terbitnya matahari dari arah terbenamnya, disebabkan mendekatnya Kaukab Al 'Azab dari arah selatan.

Allah-lah yang menghapuskan apa-apa yang Dia kehendaki dan menetapkannya, hanya kepada Allah-lah kembalinya segala urusan, dan ada di antara kejadian itu yang pasti menimpa tidak dapat dihindari.


وتقلباتٌ سياسيّةٌ مفاجئةٌ، وتغيّراتٌ مناخيّةٌ، وازديادٌ مستمرٌ في ارتفاع حرارة الشمس، وتناوشٌ كثيرٌ بسبب اقتراب كوكب العذاب، وارتقبوا إني معكم رقيبٌ...

Ketidakstabilan dan perubahan politik secara mendadak, perubahan cuaca dan meningkatnya suhu kepanasan matahari yang berterusan, dan pertempuran (At Tanaawusy) yang banyak terjadi disebabkan mendekatnya Kaukab Al 'Azab, maka tunggulah kalian kerana sesungguhnya aku juga menunggu bersama kalian..


وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
خليفة الله وعبده الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Khalifah Allah dan hamba-Nya, Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani

______________

>sumber<