[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــة الأصلية للبيـــــــــــان ]
lihat postingan asal keterangan


- 1 -

الإمام ناصِر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
15 - 05 - 1435 هـ
16 - 03 - 2014 مـ
05:22 صباحاً
ــــــــــــــــــــ


ترفع الصلاة عن الحائض والنفساء بسبب فقدان ركن الطهارة من نجاسة دم الحيض

ويؤجل الصيام بسبب رفع الصلاة..

Kewajiban sholat diangkat bagi wanita yang berhaid dan bernifas, kerana hilangnya rukun suci dari kotoran darah haid, dan puasa mereka ditunda kerana kewajiban sholat telah diangkat untuk mereka..


بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافةأنبياء الله ورسله من أولهم إلى خاتمهم محمد رسول الله وآلهم ومن تبعهم بإحسان في كل زمان ومكان إلى يوم يبعثون، أما بعد..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh nabi Allah dan rasul-Nya dari yang pertama hingga yang terakhir, Muhammad Rasulullah, beserta keluarga mereka dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan pada setiap zaman dan tempat hinggalah hari mereka dibangkitkan, amma ba'd..


فلا أجد في كتاب الله أن الحائض تقيم الصلاة، لكونها ليست طاهرة من الدم، والطهارة من أركان الوضوء ولذلك تسقط عنها الصلاة المفروضة وصلاة النافلة، وكذلك النفساء. ولكن الله أمرهن أن يذكرن الله كثيرا فيظل لسان الحائض والنفساء رطبا بذكر الله، فلم يمنع الله الحائض والنفساء من ذكره أيام الحيض؛ بل يذكرن الله كثيرا.

Aku tidak menemukan dalam Kitabullah wanita berhaid mendirikan sholat, kerana wanita itu tidak suci dari darah (haid/nifas), sedangkan thaharah (bersuci) adalah termasuk dari rukun wudlu, sebab itu gugur bagi wanita berhaid (kewajiban) sholat fardlu dan sholat sunnah, juga wanita yang bernifas.

Namun Allah telah memerintahkan mereka untuk memperbanyak mengingati Allah dengan berdzikir, sehingga lisan mereka terus-menerus basah dengan dzikir dan banyak menyebut Allah.

Allah tidak melarang wanita yang berhaid dan bernifas dari berdzikir mengingati-Nya dengan menyebut-Nya pada hari-hari mereka datang bulan; bahkan Allah memerintahkan mereka untuk memperbanyak dzikir kepada-Nya.



وعلى سبيل المثال مريم عليها الصلاة والسلام، فيوم كانت نفساء صامت عن الكلام مع الناس واستبدلته بالتسبيح لربها، فيظل لسانها رطبا بذكر الله. وكذلك يقرأن القرءان، وإنما رفعت عنها الصلاة بسبب أنها لا تستطيع الطهارة من دم النجاسة والطهارة ركن من أركان الوضوء، ولم يأمرها الله بالصيام لكون جسمها يحتاج إلى تغذية بسبب فقدان دم الحيض، وكذلك لا صيام بدون صلاة غير أنها تقضي الصيام ولا تقضي الصلاة لكون الصلاة ليس لها قضاء في أيام أخر كمثل الصيام، ولو أذن الله بقضاء صلاة أيام في أيام أخر لخلت بيوت الله من المصلين وتهاون الناس عن صلاتهم ويمكث المرء يعد ربه بقضاء الصلوات حتى يدركه الموت.

Sebagai contohnya Maryam, ke atasnya sholawat dan salam, pada hari dia bernifas (melahirkan Isa AS), dia mendiamkan dirinya dari ucapan dengan manusia dan dia menggantikan kata-katanya dengan bertasbih mensucikan Tuhan, maka lisannya terus-menerus basah kerana berdzikir menyebut Allah.

Demikian juga mereka membaca Al-Qur'an, hanya sahaja sholat dilepaskan dari wanita sebab dia tidak dapat suci dari kotoran darah, sedang thaharah adalah satu dari rukun-rukun wudlu, dan Allah tidak memerintahkan mereka berpuasa kerana tubuh mereka perlukan makanan dan nutrisi disebabkan kehilangan darah.

Begitu juga tidak ada puasa tanpa sholat, bagaimanapun, wanita perlu qadla (menggantikan) puasanya, namun tidak perlu qadla sholatnya, kerana tidak ada qadla bagi sholat pada hari-hari lain sebagaimana puasa.

Seandainya Allah mengizinkan untuk mengqadla sholat pada hari-hari yang lain, nescaya masjid-masjid Allah akan lengang dan sepi dari orang-orang yang bersholat, tentu mereka melengahkan dan menyia-nyiakan sholat mereka, hinggakan ada orang yang tetap sahaja berjanji kepada Tuhannya untuk mengqadla sholat-sholatnya sampailah kematian datang menjemputnya.



وعلى كل حال فنحن نؤكد صحة فتوى العلماء في أنه لا صلاة على الحائض والنفساء ولا صيام وأنها تقضي الصيام ولا تقضي الصلاة.

Bagaimanapun, kami menegaskan kebenaran fatwa para ulama yang menyatakan bahawa tidak ada sholat dan puasa bagi wanita yang sedang berhaid dan bernifas, dan mereka perlu menggantikan puasa dan tidak perlu menggantikan sholat.


ولا أجد في ذلك مخالفة لمحكم كتاب الله لكون الدم من النجاسات ولن يستطعن الطهارة وفقدن ركنا من أركان الوضوء الأساسية وهي الطهارة، ولذلك رفع عنهن فرض الصلاة واستبدلهن الله أن يذكرن الله كثيرا في أيام الحيض ما استطعن كذكر مريم عليها الصلاة والسلام حين كانت نفساء برسول الله المسيح عيسى ابن مريم عليهم الصلاة والسلام:
{ إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَـٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا ﴿٢٦﴾ } صدق الله العظيم [مريم]

Aku tidak temukan pada demikian adanya pertentangan dengan muhkam Kitabullah, kerana darah termasuk dari kotoran najis, dan wanita tidak akan dapat mensucikan diri mereka (selama hari haid dan nifas), mereka telah kehilangan sebuah rukun dari rukun-rukun wudlu yang asas, thaharah.

Kerana itu juga kewajiban sholat dihilangkan dari mereka, namun Allah menggantikan untuk mereka dengan memperbanyak berdzikir menyebut Allah pada hari-hari mereka datang bulan sesuai kesanggupan mereka, sebagaimana Maryam berdzikir menyebut Allah tatkala dia bernifas melahirkan rasul Allah Al-Masih 'Isa Putranya, sholawat dan salam ke atas mereka,

Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini,
Maha Benar Allah
[Maryam]



ونستنبط من ذلك عدم هجر ذكر الله وتلاوة القرءان في أيام الحيض والنفاس.

Kami membuat kesimpulan dari yang demikian, agar tidak meninggalkan Dzikrullah dan tidak menelantarkan bacaan Al-Qur'an pada hari-hari haid dan nifas.


وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله رب العالمين.
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Saudara kalian Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

ـــــــــــــــــــ


sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=17397