المصدر

- 6 -

الإمام ناصر محمد اليماني
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
02 - 02 - 1429 هـ
10 - 02 - 2008 مـ
12:02صباحاً
ـــــــــــــــــ


أنا المهديّ المنتظَر لا أكذّب يا طالب العلم ويا معشر علماء الأمّة..
ونعم الرجُل (فارس الصحراء) من أولي الألباب صدّق بآيات الكتاب من قبل التصديق بالعذاب.


Aku Adalah Al Mahdi Al Muntadhar, Aku Tidak Berdusta Wahai Penuntut Ilmu, Wahai Sekalian Ulama Umat..
Sebaik-baik Lelaki (Faris Ash Shahra) Kalangan Ulul Albaab, Yang Membenarkan Ayat-ayat Al Qur’an Sebelum Pembenaran Dengan Azab Seksaan


بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين والحمدُ لله ربّ العالمين، وبعد..
إلى أخي الكريم طالب العلم وكذلك إلى جميع عُلماء المُسلمين من الذين اطلعوا على بيان القرآن الحقّ في الإنترنت العالميّة أو سُلّمت لهم نسخٌ منه، اِتقوا الله فجميعُ المُسلمين في ذمّتكم لئن صدّقتم صدّقوا ولئن كذّبتم كذّبوا، فإن كنتم تروني على الحقّ فلا تصمتوا والساكت عن الحقّ شيطانٌ أخرس، وإن كنتم تروني على ضلالٍ مُبينٍ فكذلك لا ينبغي لكم الصموت حتى لا يُضلّ المدعو ناصرُ محمدٍ اليماني المسلمين إن كنتم تروني على ضلالٍ مُبينٍ فذودوا عن حياض الدين إن كنتم صادقين! ولكن للأسف إني أرى بعض عُلماء المُسلمي يحاورني فيجادلني في الدين حتى إذا غلبته بالحقّ انسحب ولم يعترف بشأني بعد ما تبيّن له أنّ الله حقاً زادني على جميع علماء الأمّة بسطةً في علم الكتاب القرآن العظيم.

Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, adapun selanjutnya..

Kepada saudaraku yang mulia Penuntut Ilmu (forumer), begitu juga kepada seluruh ulama umat Islam yang membaca bayan keterangan Al Qur’an yang hak di internet antarabangsa atau membaca salinan yang diserahkan kepada mereka, bertakwalah kalian kepada Allah kerana seluruh umat Islam berada dalam jaminan dan tanggungan kalian, sekiranya kalian membenarkan maka mereka ikut membenarkan, dan jika kalian mendustakan maka mereka ikut mendustakan.

Oleh itu, sekiranya kalian mendapati aku berada di atas kebenaran, maka janganlah kalian senyap mendiamkan diri, orang yang senyap berdiam diri dari menyatakan kebenaran adalah syaitan yang bisu, dan jika sekiranya kalian mendapati aku berada di atas kesesatan yang nyata, maka demikian juga tidak patut bagi kalian untuk berdiam diri, agar orang yang bernama Naser Mohammed Al Yamani tidak menyesatkan umat Islam, jika kalian mendapatiku berada di atas kesesatan yang nyata, maka lindungi dan pertahankanlah agama jika sungguh kalian orang-orang yang benar
!
Namun sayangnya, aku lihat beberapa ulama umat Islam hiwar denganku berdebat mengenai agama, sehinggalah bilamana aku mengalahkannya dengan kebenaran, dia keluar meninggalkan forum dan tidak mengakui urusanku setelah jelas baginya, bahawa Allah benar-benar telah menambahkan kepadaku keluasan dan penguasaan yang melebihi semua ulama umat dalam ilmu pengetahuan Al Qur’an.



وأنا المهديّ المنتظَر الحقّ أكرر فأقول إني لم أقُل بأني المهديّ المنتظَر من ذات نفسي بل أفتاني في ذلك جدّي محمدٌ رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، ولكن محمداً رسول الله يعلم بأنّ الرؤيا لا يُبنى عليها حكمٌ شرعيٌّ ولذلك جعل بإذن الله برهان التصديق للرؤيا أنه ما جادلني أحدٌ من علماء الأمّة من القرآن العظيم إلا غلبتُه بالحقّ، فإن رأيتم يا معشر المُسلمين بأنّه حقاً لا ترون عالِماً يجادلني من القرآن إلا غلبتُه بالحقّ فقد تبيّن لجاهلكم وعالِمكم التصديق للرؤيا بالحقِّ على الواقع الحقيقي في الحوار فلا ينبغي لكم أن تصمتوا عن الحقّ وتلك حجّة لله عليكم أن يُصدق الله الرؤيا بالحقّ. وإلى متى الصمت عن الحقّ؟ ويا معشر المسلمين كونوا شُهداء بالحقّ بيني وبين عُلمائكم فإن رأيتموهم غلبوني بعلمٍ وسُلطانٍ مُنيرٍ فقد كفّوا المسلمين شرّي حتى لا أضلّ الأمّة، وإن رأيتم بأنّ الله قد جعلني المُهيمن عليهم بسلطان العلم من القرآن العظيم فقد تبيّن لكم أني حقاً المهديّ المنتظَر.

Aku adalah Al Mahdi Al Muntadhar yang hak, aku ulangi dan aku katakan, sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa aku Al Mahdi dari diriku sendiri, namun yang menyatakannya padaku adalah nendaku Muhammad Rasulullah -shollallaahu ‘alayhi wasallam-

Bahkan Muhammad Rasulullah tahu bahawasanya hukum keputusan syarak tidak dibuat berdasarkan mimpi, kerana itulah nendaku dengan izin Allah, telah menjadikan bukti pembenaran terhadap mimpiku adalah, tiada seorangpun dari ulama umat yang mendebatku mengenai Al Qur’an, melainkan aku pasti mengalahkannya dengan kebenaran.

Justeru itu, sekiranya kalian lihat wahai sekalian umat Islam, bahawa sungguh kalian benar-benar tidak menemukan seorang alim pun yang mendebatku mengenai Al Qur’an, kecuali aku pasti mengalahkannya dengan kebenaran, maka telah jelaslah pembenaran mimpiku dengan hak dalam kenyataan yang sebenarnya dalam hiwar, jadi tidak sepatutnya kalian senyap berdiam diri dari menyatakan kebenaran, demikian itulah hujjah Allah terhadap kalian, Allah membuatkan mimpi jadi kenyataan sebenar.

Sampai kapan kalian berdiam diri dari menyatakan kebenaran? Wahai sekalian umat Islam, jadilah kalian semua sebagai saksi antara aku dan ulama kalian, jika sekiranya kalian lihat mereka mengalahkanku dengan ilmu pengetahuan dan hujjah yang menjelaskan, maka terjagalah umat Islam dari keburukanku supaya aku tidak menyesatkan umat.

Namun jika kalian lihat bahawa sesungguhnya Allah telah menjadikanku dapat menguasai dan mengungguli mereka dengan hujjah keterangan ilmu pengetahuan dari Al Qur’an, maka jelaslah bagi kalian semua bahawa aku benar-benar Al Mahdi Al Muntadhar.



وأنا المهديّ المنتظَر الحقّ الإمام ناصر محمد اليماني أفتي بما يلي :

Aku adalah Al Mahdi Al Muntadhar yang sebenar, Al Imam Naser Mohammed Al Yamani, aku nyatakan seperti berikut:


أولاً- في شأن عقيدتكم في عذاب القبر إنّه في حُفرة الجسد فإني أنكر ذلك جُملةً وتفصيلاً، ولم ينزِّل الله في ذلك من سُلطانٍ في القرآن العظيم؛ بل ينفيه القرآن ويؤكّد العذاب من بعد الموت للمجرمين منكم على الروح في النار من دون الجسد في الحياة البرزخيّة إلى يوم يبعثون.

Pertama- Mengenai perkara akidah kepercayaan kalian tentang azab kubur, ianya terjadi dalam lubang jasad, maka sesungguhnya aku mengingkari yang demikian secara keseluruhan maupun perincian, Allah tidak menurunkan suatu bukti keterangan mengenainya dalam Al Qur’an; bahkan Al Qur’an menafikan azab kubur dan menegaskan, bahawa azab seksaan setelah kematian bagi para pendosa antara kalian, adalah terhadap ruh di neraka tanpa jasad di Alam Barzakh hingga hari mereka dibangkitkan.


ثانياً- في شأن عقيدتكم في صحة الراويات لفتنة المسيح الدجال بأنّ الله يؤيّده بالمعجزات فيقول يا سماء أمطري فتمطر ويا أرض أنبتي فتنبت ويُحيي الموتى فيفلق رُجلاً إلى نصفين فيمرّ بين الفلقتين ومن ثمّ يبعثه حيّاً بمعنى أنه يُحيي الموتى كما تزعمون! ولكني أنكر ذلك جُملةً وتفصيلاً بأنّ الله لا يؤيّد بآيات المعجزات للتصديق لأهل الباطل، وكأنه يريد لعباده الكفر! بل يؤيّد بآيات المعجزات للتصديق لدعوة الحقّ.

Kedua- Mengenai perkara akidah kepercayaan kalian tentang keshahihan riwayat-riwayat fitnah Al Masih Ad Dajjal, bahawa Allah memperkuatnya dengan keajaiban, hinggakan dia dapat mengatakan, “Wahai langit, turunkanlah hujan”, lalu langit menurunkan hujan, “Wahai bumi, tumbuhkanlah tanaman”, lalu bumi menumbuhkan tanaman, dan Dajjal menghidupkan orang mati, yang mana dia memotong seorang lelaki kepada dua bahagian dan dia melalui keduanya, lalu dia membangkitkannya hidup kembali, bermakna Dajjal dapat menghidupkan orang mati seperti sangkaan kalian
!
Akan tetapi aku mengingkari yang demikian secara keseluruhan maupun perincian, bahawa Allah memberikan tanda-tanda keajaiban sebagai pembenaran untuk ahli kebatilan, seakan-akan Allah mahukan kekufuran buat hamba-hamba-Nya! Bahkan Allah memberikan dan meneguhkan dengan tanda-tanda keajaiban sebagai pembenaran untuk seruan dakwah kebenaran.



ولكني أفتي في فتنة المسيح الدجال أنها جنّةٌ ونارٌ ليس إلاّ، فأما النار فيستطيع أن يوقدها أحدكم وأما الجنّة فهي جنة الله في الأرض توجد في باطن أرضكم من تحت الثرى في أرض الريحان والأنام في الأرض المفروشة بالخضرة مستوية التضاريس مهّدها الله ونعم الماهدون، وقد بيّنّاها من القرآن العظيم وفصّلناها تفصيلاً، وهي أرض المشرقين فتشرق عليها الشمس من جهتين متقابلتين، وربّها الله وليس المسيح الدجال. تصديقاً لقول الله تعالى:
{رَ‌بُّ الْمَشْرِ‌قَيْنِ وَرَ‌بُّ الْمَغْرِ‌بَيْنِ} صدق الله العظيم [الرحمن:17].

Malah aku nyatakan mengenai fitnah Al Masih Ad Dajjal, ianya adalah syurga dan neraka, tidak lain, adapun neraka, maka dia dapat mengobarkannya kepada setiap kalian -Saqar pembakar kulit manusia-, adapun syurga, maka ianya adalah syurga Allah di bumi yang terletak di bahagian dalam bumi di bawah tanah, di bumi yang harum mewangi (Raihan)- dan para makhluk (Anaam) di bumi yang di hamparkan dengan kehijauan, yang mendatar rata dihamparkan oleh Allah, Dia-lah sebaik-baik yang menghamparkan.

Kami telah jelaskannya dari Al Qur’an dan kami telah terangkan dengan terperinci, ianya adalah bumi yang miliki dua tempat terbit matahari, yang mana matahari terbit di bumi itu dari dua arah yang bertentangan, Tuhan Yang Memelihara tempat itu adalah Allah, bukan Al Masih Ad Dajjal.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya (17)
Maha Benar Allah
[Ar Rahmaan]


وتصديقاً لقوله تعالى:
{الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى (5) لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى (6)} صدق الله العظيم [طه]. وقد أمرناكم بالتطبيق للتصديق فتجدون البيان الحقّ حقاً على الواقع الحقيقي.

Juga pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala: Ar Rahmaan -Tuhan Yang Maha Pemurah-. Yang bersemayam di atas 'Arsy. (5) Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah. (6) Maha Benar Allah [Thaa Haa]. Sesungguhnya kami telah perintahkan kalian untuk melaksanakan pembenarannya, kalian akan temukan bahawa bayan keterangan yang hak benar-benar nyata dalam kenyataan pasti.


وثالثا- في شأن حدٍّ من الحدود الشرعيّة في رجم الزاني أو الزانية من المتزوجين بأنّ الله لم يأمركم بذلك؛ بل حدّهم مائة جلدةٍ للزاني والزانية من الأحرار وخمسون جلدةٍ للعبد والأمَة سواء كانوا مُتزوجين أم عُزاباً، وأثبتنا ذلك من القرآن العظيم وفصّلناه تفصيلاً لأولي الألباب منكم.

Ketiga- Mengenai perkara hukum syarak dalam merejam penzina lelaki atau penzina perempuan yang telah menikah, bahawasanya Allah tidak memerintahkan kalian yang demikian; namun hukuman mereka adalah seratus sebatan untuk penzina lelaki dan perempuan kalangan merdeka, dan limapuluh sebatan bagi hamba lelaki dan perempuan, sama sahaja bagi mereka sama ada telah menikah atau bujang, kami menegaskan yang demikian dari Al Qur’an, dan kami telah menjelaskannya secara terperinci bagi orang-orang yang menggunakan akal fikiran di antara kalian.


ورابعاً- في شأن عقيدتكم في البعث فأكثركم يظنّه ليس إلا بعثاً واحداً، فنقول: بل يوجد في الكتاب بعثٌ في هذه الدنيا فيرجع إليكم جميع الذين يفترون على الله الكذب وهم يعلمون، ولكن المسيح الدجال سوف يستغل هذا البعث المحدود لبعض الأموات فيقول هذا يوم الخلود وأنه الله وأنّ لديه جنةً وناراً ويقول أنّه المسيح عيسى ابن مريم وأنّه الله ربّ العالمين، وما كان لابن مريم أن يقول ذلك بل هو كذابٌ، ولذلك يُسمّى المسيح الكذاب بمعنى أنه ليس المسيح عيسى ابن مريم الحقّ، والدليل على أنه ليس المسيح عيسى ابن مريم هو أنه يقول أنّه الله وما كان لابن مريم أن يقول ذلك بل سوف يقول لكم كما قال لبني إسرائيل من قبل وهو في المهد صبياً: {قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّـهِ} [مريم:30].

Keempat- Mengenai perkara akidah kepercayaan kalian tentang Kebangkitan, yang mana kebanyakan kalian menyangka hanya ada sekali kebangkitan, maka kami katakan: Bahkan terdapat kebangkitan dalam Al Qur’an di kehidupan dunia ini, semua orang yang mengadakan kedustaan terhadap Allah padahal mereka mengetahuinya, mereka itu akan kembali kepada kalian (dibangkitkan oleh Allah pada kebangkitan pertama)

Akan tetapi kelak Al Masih Ad Dajjal akan mempergunakan kesempatan pada kebangkitan pertama ini yang terbatas untuk sebahagian orang yang telah mati, lalu mengatakan inilah kebangkitan kekal selamanya yang dijanjikan, dia akan mengaku Tuhan, dia mempunyai syurga dan neraka, dia akan mengatakan dia adalah Al Masih Isa Putra Maryam, dan kemudiannya dia akan mengatakan dialah
“Allah Tuhan Semesta Alam”

Tidaklah layak buat Putra Maryam untuk mengatakan yang demikian, namun yang mengatakannya adalah Dajjal yang sangat pendusta, sebab itu dia dinamakan Al Masiih Al Kadzdzaab, bermakna dia bukan Al Masih Isa Putra Maryam yang sebenar, bukti yang menunjukkan dia bukan Al Masih Isa Putra Maryam adalah dia mengaku dialah “Allah”, tidaklah Putra Maryam mengatakan demikian, malah dia akan mengatakan kepada kalian sebagaimana yang dikatakannya kepada Bani Israel sebelum ini, ketika dia masih bayi dalam ayunan:
Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah”
[Maryam:30]


خامساً- أكفرُ بعقيدتكم نتيجة الحديث الباطل أنّ سورة الإخلاص تعدل ثُلث القرآن وذلك مكرٌ يهوديّ لكي يكون الله ثالثَ ثلاثةٍ وأنّ اللهَ ثلثٌ والمسيحَ ثُلثٌ ومريمَ الثلثُ الباقي من الكتاب، فكيف تعتقدون أنّ ذلك الحديث عن محمدٍ رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم؟ فكيف يجعل سورة الإخلاص الخاصة بوصف ذات الربّ سبحانه تعدل ثلث القرآن؟ فهل تعلمون ما يريد المفترون على الله ورسوله من ذلك الحديث المُفترى؟ وذلك لكي يكون تصديقاً لعقيدة الباطل بأنّ الله لا يعدل إلا ثلث الكتاب وثلثٌ المسيحُ عيسى ابن مريم وأمّه الثلثُ الأخير؛ بل إنكم بربّكم تعدلون وأنتم لا تعلمون يا معشر المُسلمين، أم إنكم لا تفقهون ما جاء في سورة الإخلاص التي يقول الله فيها أنه الأحد لا إله إلا الله الصمد وأنه لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفؤاً أحدُ؟ إذاً الآية تتكلم عن ذات الله سبحانه، فكيف تجعلون الله ثُلث القرآن أفلا تعقلون؟

Kelima- Aku mengingkari akidah kepercayaan kalian hasil dari hadits batil, bahawa Surah Al Ikhlaash menyamai sepertiga Al Qur’an, yang demikian adalah makar tipudaya Yahudi supaya Allah menjadi yang satu dari yang tiga, yang mana Allah sepertiga, Al Masih sepertiga, dan Maryam sepertiga dari Al Qur’an, bagaimana kalian boleh percaya hadits itu dari Muhammad Rasulullah -shollallaahu ‘alayhi wasallam-
?
Bagaimana Nabi boleh menjadikan Surah Al Ikhlaash, yang khusus menyifatkan Dzat Tuhan, Maha Suci Dia, lantas menjadikannya menyamai sepertiga AL Qur’an? Adakah kalian tahu apa yang diinginkan oleh pembuat hadits palsu itu
?
Demikian supaya ianya menjadi pembenaran terhadap akidah kepercayaan batil, bahawa Allah tidak menyamai melainkan sepertiga Al Qur’an, sepertiga lagi Al Masih Isa dan bondanya Maryam sepertiga akhir; bahkan kalian mempersekutukan Tuhan kalian, sedang kalian tidak menyadarinya wahai sekalian umat Islam

Ataukah kalian ini tidak memahami apa yang ada dalam Surah Al Ikhlaash, yang Allah nyatakan dalamnya bahawasanya Dia-lah Yang Maha Esa, tidak ada tuhan selain Allah Yang Maha Kekal, yang segala sesuatu bergantung pada-Nya, bahawasanya Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada suatu apapun yang setara dengan-Nya
?
Jika demikian, ayat ini memperkatakan tentang Dzat Allah Maha Suci Dia, lalu bagaimana kalian menjadikan Allah menyamai sepertiga Al Qur’an, mengapakah kalian tidak memikirkan
?



ولربّما يودّ أحدكم أن يقاطعني فيقول: "إنما يقصد الأجر" فنقول إنما ذلك تمويه من المُفترين بل الأجر في قراءة القرآن هو كما علّمكم محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بأنّ لقارئ القرآن بكل حرفٍ حسنة ولا أقول (الم) حرف بل الألف حرفٌ واللاّم حرفٌ والميم حرفٌ، وكذلك يريد المنافقون أن لا تتدبروا القرآن، فيقول: "ما دامت سورة الإخلاص تعدل ثلث القرآن فسوف أقرأها ثلاث مرات في اليوم وكأني ختمت القرآن في يوم"، ومن ثم يتولى عن التدبّر في آيات القرآن العظيم ويكتفي بقراءة سورة الإخلاص ثلاث مراتٍ في اليوم وكأنه قرأ القرآن كُله فلا داعي أن يُتعب نفسه في قراءة القرآن!

Barangkali ada seorang dari kalian mahu menyelaku, dia mengatakan: “Yang dimaksudkan sepertiga adalah pahala” maka kami katakan, sesungguhnya yang demikian itu adalah pemalsuan dan penyelewengan dari orang-orang yang mengada-adakan berita dusta, bahkan pahala dalam pembacaan Al Qur’an adalah sebagaimana yang telah Muhammad Rasulullah -shollallaahu ‘alayhi wasallam- ajarkan kepada kalian.

Bahawasanya bagi orang yang membaca Al Qur’an, dengan setiap hurufnya ada kebaikan, aku tidak katakan ALIF LAAM MIIM sabagai satu huruf, namun ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf

Begitu juga orang-orang munafik mahukan agar kalian tidak merenungkan Al Qur’an, dengan mengatakan: “Selagimana Surah Al Ikhlaash itu menyamai sepertiga Al Qur’an, maka kelak aku akan membacanya tiga kali dalam sehari, seakan-akan aku menghatamkan Al Qur’an dalam sehari”, lalu dia berpaling dari mentadabburi Al Qur’an, tidak merenungkan ayat-ayatnya, dan dia mencukupkan dirinya dengan membaca Surah Al Ikhlaash tiga kali sehari, seakan-akan dia membaca Al Qur’an seluruhnya, jadi tidak perlu dia memenatkan dirinya dalam membaca Al Qur’an
!



ولكن ناصرَ مُحمدٍ اليماني يفتيكم في سورة الإخلاص:
إنها حقيقة جميع ما يدعو إليه هذا القرآن العظيم وتهدي إلى صراط العزيز الحميد الذي عرّف لكم صفات ذاته سبحانه في سورة الإخلاص إنه الأحد الصمد وإنه لم يلد ولم يولد وإنه لم يكن له كفؤاً أحدُ، وجميع ما جاء في القرآن العظيم وفي جميع الكتب السماوية تدعو إلى التصديق بما جاء في سورة الإخلاص، وباقي القرآن تجدونه يجادل عن حقيقة سورة الإخلاص ويدعوكم إلى توحيد ربكم بأنه الأحد لا إله إلا هو ولا ثاني له لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفؤاً أحد، وذلك هو كُلّ ما جاء به القرآن العظيم وكذلك جميع الكتب السماويّة من قبله.
وقال الله تعالى:
{وَمَا أَرْ‌سَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّ‌سُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ} صدق الله العظيم [الأنبياء:25].

Akan tetapi, Naser Mohammed Al Yamani nyatakan kepada kalian mengenai Surah Al Ikhlaash:

Sesungguhnya ia adalah hakikat seluruh perkara yang diserukan oleh Al Qur’an ini, surah yang memberi petunjuk ke jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, Yang memperkenalkan kepada kalian sifat-sifat Dzat-Nya Maha Suci Dia, di dalam Surah Al Ikhlaash, bahawasanya Allah Maha Esa lagi Maha Kekal, segala sesuatu bergantung pada-Nya, bahawasanya Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu yang setara dengan-Nya.

Segala yang terkandung dalam Al Qur’an, juga yang terkandung dalam semua kitab-kitab wahyu, semuanya menyeru kepada pembenaran terhadap kandungan Surah Al Ikhlaash, dan kalian dapati surah-surah Al Qur’an lainnya berhujjah untuk mempertahankan hakikat Surah Al Ikhlaash, mengajak kalian untuk mentauhidkan Allah, mengesakan Tuhan kalian, bahawasanya Allah Dia-lah Yang Maha Esa tiada tuhan selain Dia, tiada yang kedua, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada suatu apa yang setara dengan-Nya, demikian itulah seluruh kandungan wahyu Al Qur’an dan kandungan seluruh kitab-kitab samawi sebelumnya.

Allah Ta’ala berfirman:

Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku".(25)
Maha Benar Allah
[Al Anbiyaa]



فكيف تجعلون ذلك ثلث القرآن؟ أفلا تعقلون؟ بل جميع ما جاء في القرآن يدعو إلى حقيقة القول الثقيل لا إله إلا الله الأحد ولا أعلم بشيء يزن هذا القول الثقيل حتى لو جُعلت السماوات والأرض وما بينهما في كفةٍ وكلمة التوحيد في كفةٍ لرجحت كلمة لا إله إلا الله الأحد لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفؤاً أحد فكيف يفتنونكم عن عقيدتكم يا معشر علماء الأمّة فتجعلون ذلك يعدل ثُلث القرآن؟ أفلا تتقون؟

Bagaimana kalian boleh menjadikan yang demikian itu sepertiga Al Qur’an? Mengapakah kalian tidak memikirkan
?
Bahkan seluruh kandungan Al Qur’an menyeru kepada hakikat perkataan yang berat, sehingga langit dan bumi serta semua yang ada antara keduanya berada di neraca timbangan, dan kalimah tauhid berada di neraca timbangan untuk memenangkan kalimah LAA ILAAHA ILLA ALLAAH -Tiada tuhan yang hak kecuali Allah- Yang Maha Esa, Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, tiada suatu apa yang setara dengan-Nya.

Lantas bagaimana kalian ini sampai dapat difitnah oleh mereka mengenai akidah kepercayaan kalian wahai sekalian ulama umat, kalian menjadikan yang demikian itu menyamai sepertiga Al Qur’an? Tidakkah kalian bertakwa kepada Allah, tidakkah kalian merasa takut kepada-Nya
?



سادساً- أنفي عقيدتكم الباطلة بأنّ الصراط المُستقيم يؤدي إلى نار جهنم، ولربّما يودّ أحد علماء الأمّة أو عامة المسلمين أن يقول: "ومن ذا الذي يقول إن الصراط المُستقيم يؤدي إلى نار جهنم؟". فنقول: عقيدة الباطل المدسوسة والتي جعلت صراط الحقّ وصراط الباطل طريقاً واحداً يمرّ على نار جهنم فيسقط أهل النار في النار ويمضي أصحاب الجنة على الصراط فوق جهنم ثم يدخلون إلى الجنة. ولربّما يودّ أحدكم يا معشر علماء الأمّة أن يقاطعني فيقول: "بل الصراط المستقيم أحدُّ من السيف وأرهف من الشعرة؛ قد قاله الرسول عليه الصلاة والسلام، وإنه يمرّ فوق النار فيسقُط أصحاب النار". ومن ثم يأتيني بالآيات المُتشابهات مع روايات الفتنة في ظاهرهنّ ولا يَزَلْن بحاجة إلى التأويل فيقول: "أم لم تقرأ يا ناصر محمد اليماني قول الله تعالى: {وَإِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَ‌ةِ عَنِ الصِّرَ‌اطِ لَنَاكِبُونَ}صدق الله العظيم [المؤمنون:74]؟ وكذلك ألم تقرأ يا ناصر محمد اليماني قوله تعالى: {وَإِن مِّنكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا كَانَ عَلَى رَبِّكَ حَتْمًا مَّقْضِيًّا (71) ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوا وَّنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا (72)} صدق الله العظيم [مريم]؟".

Keenam- Aku mengingkari akidah kepercayaan kalian yang batil, bahawa Ash Shiraath Al Mustaqiim -Jalan Yang Lurus- itu, membawa kepada neraka Jahannam, barangkali ada seorang ulama umat atau orang biasa mahu mengatakan: “Siapa pula yang mengatakan Jalan Yang Lurus membawa ke neraka Jahannam
?”.
Maka kami katakan: Akidah kepercayaan batil yang disisipkan, hadits yang menjadikan jalan yang hak dan jalan yang batil sebagai satu jalan yang melalui neraka Jahannam, yang mana ahli neraka akan jatuh ke dalam neraka dan ahli syurga akan melalui Ash Shiraath di atas Jahannam lalu masuk ke syurga.

Mungkin ada seorang dari kalian wahai sekalian ulama umat, mahu menyelaku dengan mengatakan: “Bahkan Ash Shiraath Al Mustaqiim -Jalan Yang Lurus- lebih tajam dari pedang dan lebih halus dari rambut; Rasul -alayhish sholaatu wassalaam- telah bersabda mengenainya, bahawa ianya akan dilalui atas neraka dan ahli neraka akan jatuh
”.
Kemudian dia bawakan kepadaku ayat-ayat mutasyaabihaat dengan riwayat-riwayat fitnah pada makna zahir yang masih memerlukan takwil, dia mengatakan: “Ataukah engkau ini tidak membaca wahai Naser Mohammed Al Yamani, akan firman Allah Ta’ala:
Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat benar-benar menyimpang dari jalan (yang lurus). (74)
Maha Benar Allah
[Al Mukminuun]

Begitu juga, tidakkah engkau membaca wahai Naser Mohammed Al Yamani, akan firman Allah Ta’ala:
Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. (71) Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. (72)
Maha Benar Allah
[Maryam]
?”.



ومن ثم يُرد المهديّ المنتظَر الحقّ الإمام ناصر محمد اليماني فأقول لكم يا معشر علماء الأمّة إني لا أدعوكم إلى الاحتكام إلى الآيات المتشابهة مع أحاديث الفتنة؛ بل أدعوكم إلى الاحتكام إلى الآيات المُحكمات الواضحات البيّنات واللاتي لم يجعلهن الله في أسف ناصر اليماني ولا جميع الراسخين في العلم لكي يأتوكم بتأويلهن؛ بل جعلهنّ الله واضحاتٍ بيّناتٍ لأنهنّ أمّ الكتاب لذلك جعلهنّ واضحاتٍ لعالِمكم وجاهلكم لا يزوغ عنهنّ إلا هالكٌ، وحتماً الذين في قلوبهم زيغٌ عن الحقّ الواضح والبيّن فيهنّ فسوف يتّبع الآيات المُتشابهات مع أحاديث وروايات الفتنة وينبذ الآيات المُحكمات الواضحات البيّنات وراء ظهره، ويستمسك بالآيات المتشابهات مع الأحاديث الموضوعة، وذلك لأنّه يبتغي إثبات حديث الفتنة لأنّه لا يريد إلا التمسك بالسُّنة فقط وإنما أعجبته آياتٍ متشابهاتٍ في القرآن مع تلك الأحاديث برغم إنه يعلم أنّ تلك الآيات لا تزال بحاجة إلى التأويل فيزعم أنّ هذه الأحاديث جاءت تأويلاً لتلك الآيات فهو كذلك يريد تأويل المُتشابه من القرآن. ولذلك قال الله تعالى:
{هُوَ الّذي أنْزل عليكَ الكِتاب مِنْهُ آيات مُحْكَمات هُنَّ أُمّ الكِتاب وَأُخر مَتَشابهات فَأَمّا الّذينَ في قُلُوبِهِمْ زَيغٌ فَيَتَّبِعُونَ ما تَشابَهَ مِنْهُ ابْتِغاءَ الفِتْنَة وَابْتِغاءَ تَأْويلِهِ وَما يَعْلَمُ تَأْويلهُ إِلاّ اللّه وَالرّاسِخُونَ فِي العِلْمِ يَقُولُونَ آمّنا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبّنا وَما يَذَّكّرُ إِلاّ أُولوا الأَلباب (7)} صدق الله العظيم [آل عمران].

Untuk itu Al Mahdi Al Muntadhar yang hak, Al Imam Naser Mohammed Al Yamani membalas, aku katakan kepada kalian wahai sekalian ulama umat, sesungguhnya aku tidak mengajak kalian untuk kembali berhukum dengan ayat-ayat mutasyaabihaat dengan hadits-hadits fitnah; namun aku mengajak kalian untuk kembali berhukum dengan ayat-ayat muhkamaat yang menjelaskan dan menerangkan, ayat-ayat Allah yang tidak perlu didatangkan takwilnya oleh Naser Mohammed Al Yamani, tidak juga oleh orang-orang yang mendalam ilmunya;

Bahkan Allah menjadikan ayat-ayat muhkamaat itu jelas lagi menjelaskan, kerana ianya merupakan Ummul Kitab -intipati ajaran Al Qur’an-, kerana itu Allah menjadikannya jelas lagi menjelaskan bagi yang terpelajar maupun yang tidak, tiada siapa yang menyimpang darinya kecuali dia binasa, dan tentu sahaja orang-orang yang dalam hatinya condong pada kesesatan dari kebenaran yang jelas dan nyata pada ayat-ayat muhkamaat, kelak dia akan mengikuti ayat-ayat mutasyaabihaat dengan hadits-hadits dan riwayat-riwayat fitnah, lalu dia meninggalkan ayat-ayat muhkamaat dan mencampakkannya ke balik belakangnya, dan berpegang teguh dengan ayat-ayat mutasyaabihaat dengan hadits-hadits palsu.

Demikian itu kerana dia mahu mengesahkan hadits fitnah, sebab dia tidak mahu berpegang teguh selain pada sunnah sahaja, hanya sahaja ayat mutasyaabihaat dalam Al Qur’an telah membuatkan mereka hairan dan kagum bersama hadits-hadits itu, meskipun dia tahu bahawa ayat itu masih perlu ditakwilkan, lantas dia menyangka hadits-hadits fitnah itu datang sebagai takwil bagi ayat-ayat mutasyaabihaat, demikian juga dia mahu menakwilkan ayat-ayat mutasyaabihaat dari Al Qur’an.

Kerana itu Allah Ta’ala berfirman:
Dialah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal. (7)
Maha Benar Allah
[Aal ‘Imraan]



وإذا تدبّرتم هذه الآية التي تحذّركم من اتّباع الآيات المتشابهة مع أحاديث الفتنة برغم إنّ هذه الأحاديث تُخالف الآيات المحكمات في القرآن في نفس الموضوع فسوف تجدون بأنّ الله يقول إنّ الذين يتّبعون المتشابه إنما يبتغون الفتنة فهل تظنّون بأنّ هذا العالم الذي اتّبع المتشابه إنه يريد الفتنة للأمّة كلا ثمّ كلا ولو كان يريد الفتنة للأمّة لما قال الله عنه بأنه يريد كذلك تأويل القرآن بالحقّ في قوله تعالى:
{ابْتِغاءَ الفِتْنَة وَابْتِغاءَ تَأْويلِهِ}، إذاً ما هو المقصود من هذه الآية التي تتكلم عن بعض العلماء بأنّهم يبتغون الفتنة وكذلك يبتغون تأويل القرآن؟ وسوف نفتيكم بالحقّ أنّ هؤلاء من العلماء المجتهدين يريدون تأويل القرآن المتشابه مع هذه الأحاديث التي هم متمسّكون بها فيظنّون بأنها جاءت لتأويل هذه الآيات المتشابهات مع أحاديث الفتنة غير أنهم لا يعلمون أنها فتنةٌ موضوعةٌ من قبل شياطين البشر من اليهود؛ بل يظنّونها عن رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلم، وما أريد قوله لكم يا إخواني عُلماء المُسلمين هو لماذا لا تتركون تأويل المُتشابه والذي لا يعلم بتأويله إلا الله وحده ويُعلمه للراسخين في العلم ومن ثمّ تتمسكون بالآيات المُحكمات الواضحات البيّنات والتي جعلهنّ الله أمّ الكتاب في تصحيح عقيدة المسلم ولا يزيغ عنهنّ إلا هالكٌ؟ فإذا رجعتم إلى المحكمات في شأن الصراط المُستقيم فسوف تجدون في الكتاب أنّ الصراط المستقيم هو صراط العزيز الحميد يؤدّي بمن سلكه إلى النعيم وليس إلى الجحيم ولا خوف عليهم ولا هم يحزنون، ومن مات وهو سالك نَجْدَ الصراط المستقيم دخل الجنة لأن نَجْد الصراط المُستقيم يؤدي إلى جنة النعيم، وليس الناس يسلكون الصراط المستقيم في الآخرة كلاّ ثم كلاّ، فلا يوجد هناك عملٌ بل حساب بلا عمل؛ بل السلوك في الصراط المُستقيم هو في الدُنيا حتى يأتيه الموت وهو على صراط العزيز الحميد ومن ثم يدخله هذا الصراط الجنة، وإنما الصراط المُستقيم معنويٌّ عقائديٌّ دربُ القلوب المُبصرة، فمن أراد صراط العزيز الحميد فليعمل عملاً صالحاً ولا يشرك في عبادة ربه أحداً وذلك نجدُ الصالحين. وأما النّجد الآخر فهو سبيل الطاغوت ويؤدي إلى نار جهنم فإذا مات وهو في سبيل الغيّ والضلال دخل النار، ولم يجعل الله صراط الأخيار وصراط الكفار صراطاً واحداً يؤدي إلى نار جهنم، ما لكم كيف تحكمون؟ بل هما نجدان في اتجاهين متعاكسين، فنجدٌ تجدون من سلكه فاز برضوان الله، وأما النجد الآخر فمن سلكه فقد نال غضب الله وأرضى عدوّه الشيطان الرجيم. وقال الله تعالى: {أَلَمْ نَجْعَلْ لَهُ عَيْنَيْنِ (8) وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ (9) وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ (10)} صدق الله العظيم [البلد].

Bilamana kalian merenungkan ayat yang memberi amaran kepada, kalian untuk tidak mengikuti ayat-ayat mutasyaabihaat dengan hadits-hadits fitnah, sungguhpun hadits-hadits ini bertentangan dengan ayat-ayat muhkamaat dalam Al Qur’an mengenai suatu perkara, maka kelak kalian akan dapati bahawa Allah berfirman sesungguhnya orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyaabihaat, sesungguhnya mereka hanya mencari-cari fitnah.

Adakah kalian fikir bahawa orang alim yang mengikuti ayat mutasyaabihaat ini mahu memfitnah umat, tidak, tidak sekali-kali, seandainya dia mahu memfitnah umat, nescaya Allah tidak menyatakan tentangnya, bahawa dia juga mahu menakwilkan Al Qur’an dengan kebenaran, pada firman Allah Ta’ala:
untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, jika begitu, apa maksud dari ayat ini yang membicarakan sebahagian ulama, bahawa mereka menimbulkan fitnah dan mencari-cari takwil Al Qur’an
?
Kelak kami akan nyatakan dengan kebenaran, sesungguhnya orang-orang ini adalah para ulama yang benar-benar mahukan takwil ayat Al Qur’an yang mutasyaabihaat dengan hadits-hadits yang mereka pegang teguh, lalu mereka menduga ianya datang sebagai takwil bagi ayat mutasyaabihaat, dengan hadits-hadits fitnah, hanya sahaja mereka tidak tahu ianya fitnah, hadits palsu dari syaitan-syaitan manusia kalangan Yahudi; namun ulama umat menyangka hadits itu dari Rasulullah -shollallaahu ‘alayhi wasallam-

Apa yang inginku katakan kepada kalian wahai saudara-saudaraku ulama umat Islam adalah, mengapa kalian tidak mengabaikan takwil ayat mutasyaabihaat, ayat yang tiada siapa tahu takwilnya kecuali Allah semata-mata, dan Allah mengajarkan takwil itu kepada orang-orang yang mendalam ilmunya, lalu kalian berpegang teguh dengan ayat-ayat muhkamaat yang jelas lagi menjelaskan, ayat yang Allah jadikannya sebagai Ummul Kitab -ayat-ayat induk yang merupakan intipati ajaran Al Qur’an-, untuk membetulkan akidah kepercayaan umat Islam, tiada sesiapa yang berpaling mengabaikannya melainkan dia binasa
?
Jika sekiranya kalian kembali kepada ayat-ayat muhkamaat mengenai perkara Ash Shiraath Al Mustaqiim, maka kelak kalian akan dapati dalam Al Qur’an, bahawasanya Jalan Yang Lurus itu adalah jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, jalan yang membawa orang-orang yang melaluinya menuju kenikmatan syurga bukan membawa ke neraka, tiada ketakutan terhadap mereka yang melalui Jalan Yang Lurus itu dan tidaklah mereka bersedih hati.

Barangsiapa yang mati sedang dia mengikuti Jalan Yang Lurus itu maka dia masuk ke syurga kerana jalan itu membawanya ke sana, bukannya manusia meniti titian Ash Shiraath Al Mustaqiim di akhirat, tidak, tidak sama sekali, tidak ada amal perbuatan di sana, namun yang ada adalah hisab perhitungan tanpa amal perbuatan lagi;

Bahkan melalui Jalan Yang Lurus itu adalah di kehidupan dunia ini sehinggalah ajal datang menjemput, sedang dia berada di jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, lalu jalan itu akan membawanya dan memasukkannya ke syurga, sesungguhnya Ash Shiraath Al Mustaqiim -Jalan Yang Lurus- itu adalah secara maknawi dan ideologi, yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan, jalan yang ditempuh oleh orang-orang yang terang matahatinya

Barangsiapa yang menginginkan jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, maka hendaklah dia melakukan amal perbuatan yang baik dan janganlah dia mempersekutukan Tuhannya dengan suatu apapun dalam beribadah kepada-Nya, demikian itulah jalan orang-orang yang baik -para sholihiin-.

Adapun jalan yang lain, maka ianya adalah jalan Thaaghuut (syaitan) yang membawa ke neraka Jahannam, sekiranya seseorang mati sedang dia di jalan yang sesat dan salah, maka dia masuk neraka, Allah tidak menjadikan jalan orang baik dan jalan orang kafir sebagai satu jalan yang sama membawa ke neraka Jahannam, ada apa dengan kalian ini, bagaimana kalian membuat keputusan
?
Bahkan keduanya adalah dua jalan pada dua arah yang berlainan, ada jalan yang kalian dapati penempuhnya berjaya mendapatkan keredhaan Allah, ada jalan lain yang penempuhnya mendapatkan kemurkaan Allah, bahkan disukai oleh syaitan musuh Allah.

Allah Ta’ala berfirman:

Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua buah mata, (8) lidah dan dua buah bibir. (9) Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (10)
Maha Benar Allah
[Al Balad]



فنَجْدُ الحقِّ يؤدّي إلى النعيم ونَجْدُ الطاغوتِ يدعو حزبه ليكونوا من أصحاب السعير. وقال الله تعالى:
{إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرً‌ا وَإِمَّا كَفُورً‌ا} صدق الله العظيم [الإنسان:3]. فإن سلك سبيل الحقّ فهو من الشاكرين لربهم، وإن انقلب على عقبيه وسلك الطريق المخالف للسبيل الحقّ فهو من الكافرين.

Maka jalan yang hak itu membawa ke syurga, manakala jalan syaitan mengajak pengikutnya untuk menjadi penghuni neraka.

Allah Ta’ala berfirman:

Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir. (3)
Maha Benar Allah
[Al Insaan]

Sekiranya hamba menempuh jalan kebenaran, maka dia termasuk kalangan yang bersyukur kepada Tuhan, namun jika dia membelot berpaling tadah dan menempuh jalan yang bertentangan dengan jalan yang hak, maka dia termasuk kalangan yang kufur.


ويا معشر علماء الأمّة لا أجد في الكتاب بأنّ السلوك في الصراط المستقيم يوجد في الآخرة على نار جهنم؛ بل هو في الدُنيا. وعجبي من أمركم، أفلا ترون أنكم تقولون في اليوم عديد المرات في جميع الركعات:
{بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ لِلَّهِ ربّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)} [الفاتحة]؟ ولكنكم جعلتم بعقيدتكم صراط الحقّ والمعوج واحدة برغم أنكم تقولون غير صراط المغضوب عليهم بفاتحة الدُعاء {اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)}، وفي جميع الآيات عن الصراط في الكتاب تجدونه في الدُنيا صراطاً معنويّاً عقائديّاً يسلكه أصحاب القلوب المُبصرة. وقال الله تعالى: {وَهُدُوا إِلَى الطَّيِّبِ مِنَ الْقَوْلِ وَهُدُوا إِلَىٰ صِرَ‌اطِ الْحَمِيدِ} صدق الله العظيم [الحج: 24].

Wahai sekalian ulama umat, aku tidak temukan dalam Al Qur’an bahawa meniti Ash Shiraath Al Mustaqiim -Jalan Yang Lurus- itu di akhirat di atas neraka Jahannam; bahkan Jalan Yang Lurus itu adalah di dunia.

Betapa menghairankanku perkara kalian ini, tidakkah kalian lihat bahawa kalian memohon dalam sehari beberapa kali pada setiap rakaat sholat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (1) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. (2) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (3) Yang menguasai di Hari Pembalasan.(4) Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (6) (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (7)
[Al Faatihah]
?
Akan tetapi kalian dengan akidah kepercayaan kalian telah menjadikan jalan yang hak dan yang bengkok itu satu, meskipun kalian mengatakan dalam permohonan doa Al Faatihah “bukan jalan mereka yang dimurkai”,
Tunjukilah kami jalan yang lurus, (6) (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (7), dan pada semua ayat mengenai Ash Shiraath dalam Al Qur’an, kalian temukannya di dunia sebagai sebuah jalan secara maknawi dan ideologi, yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan, jalan yang ditempuh oleh orang-orang yang terang matahatinya.

Allah Ta’ala berfirman:
Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjuki (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji. (24) Maha Benar Allah
[Al Hajj]



فكيف يؤدّي الصراط المستقيم إلى نار جهنم ثم إلى الجنة، أفلا تعقلون؟ وهو طريق الأمن والأمان ويأتي صاحبه آمناً يوم القيامة، أفلا تتقون؟ وقال الله تعالى:
{وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَ‌اطٍ مُّسْتَقِيمٍ} صدق الله العظيم [الشورى:52]، وسلوكه في الدُنيا وليس في الآخرة، وأما الآخرة فصراط الجنة والنار ليس معنوياً بل طريقاً تؤدي إلى الجنة وطريقاً أخرى تؤدي إلى نار جهنم. وقال الله تعالى: {احْشُرُوا الَّذِينَ ظَلَمُوا وَأَزْوَاجَهُمْ وَمَا كَانُوا يَعْبُدُونَ (22) مِن دُونِ اللَّهِ فَاهْدُوهُمْ إِلَى صِرَاطِ الْجَحِيمِ (23)} صدق الله العظيم [الصافات].

Lantas bagaimana pula Ash Shiraath Al Mustaqiim -Jalan Yang Lurus- boleh membawa ke neraka Jahannam kemudian ke syurga, tidakkah kalian memikirkan? Jalan Yang Lurus itu adalah jalan keamanan dan keselamatan, para penempuhnya datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman, tidakkah kalian takut kepada Allah
?
Allah Ta’ala berfirman:
Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (52) Maha Benar Allah [Asy Syuuraa], dan menempuh dan meniti Jalan Yang Lurus itu adalah di kehidupan dunia ini bukan di akhirat, adapun akhirat, maka jalan syurga dan jalan neraka bukan maknawi, bahkan ianya jalan yang membawa ke syurga dan jalan lain yang membawa ke neraka.

Firman Allah Ta’ala:

(kepada malaikat diperintahkan): "Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka sembah, (22) selain Allah; maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka. (23)
Maha Benar Allah
[Ash Shaaffaat]



ولا أظنّ هذه الآية تحتاج إلى التأويل نظراً لأنها من المُحكمات الواضحات تُفيد بأنّ الطريق إلى النار غير الطريق إلى الجنة، ولكنكم بعقيدتكم جعلتموها طريقاً واحدة تؤدّي إلى نار جهنم وهي نفس الطريق إلى الجنة، وإنما أهل النار يتساقطون من على الصراط إلى النار! ولو كانت هذه العقيدة حقاً لما وجدتم هذه الآية في القرآن للتحديد بأنّ الطريق إلى النار غير الطريق إلى الجنة، ولن أفسر هذه الآية فهي واضحةٌ، وكذلك توجد في القرآن العظيم من ضمن الآيات المُحكمات تقول إنه عندما يُساق أصحاب النار صوب النار بأنهم يفترقون إلى سبع جماعاتٍ زُمراً متوجهين صوب أبواب جهنم السبعة فلكلّ بابٍ منهم جزءٌ مقسومٌ، وكذلك يتوجّه أصحاب الجنة إلى الجنة زُمراً فهذه تخالف لما تعتقدون جملةً وتفصيلاً؛ بل اختلافاً كثيراً وتنفي عقيدتكم بأنّ الناس يساقون أجمعين صوب نار جهنم ليسلكوا الصراط المُستقيم الممدود على نار جهنم فمنهم من يسقط مِنْ على الصراط في نار جهنم والآخرون يستمرون في سلوك الصراط المستقيم الممدود على نار جهنم حتى يدخلوا إلى الجنة، ولكن الآيات المحكمات لعقيدتكم لبالمرصاد وسوف تجدون الآيات المحكمات في هذا الشأن تخالف لعقيدة الباطل فانظروا إلى هذه الآية المحكمة والتي لم يجعلها الله بأسف ناصر محمد اليماني لكي يُأوِّلها للأمّة ولم يجعلها الله بأسف جميع الراسخون في العلم لتأويلها نظراً لأنها واضحةٌ وبينةٌ ومُفصلةٌ تفصيلاً من لدن عليمٍ حكيمٍ. وقال الله تعالى:
{وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ (68) وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ الْكِتَابُ وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاءِ وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ (69) وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَا يَفْعَلُونَ (70) وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آَيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى وَلَكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ (71) قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ (72) وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ (73)} صدق الله العظيم [الزمر].

Aku tidak fikir ayat ini perlu ditakwilkan, kerana ianya termasuk ayat-ayat muhkamaat yang jelas, yang memberikan pengertian bahawa jalan ke neraka bukanlah jalan ke syurga, akan tetapi kalian dengan akidah kepercayaan kalian, telah menjadikannya satu jalan sama yang membawa ke neraka dan juga ke syurga, bahawa ahli neraka akan jatuh dari atas Ash Shiraath ke dalam neraka
!
Seandainya kepercayaan ini benar, nescaya kalian tidak temukan ayat ini dalam Al Qur’an, yang menetapkan bahawa jalan ke neraka bukanlah jalan ke syurga, aku tidak akan menafsirkan ayat ini kerana ianya jelas, demikian juga dalam Al Qur’an terdapat ayat-ayat yang termasuk ayat muhkamaat, yang menjelaskan bilamana penghuni nereka dihalau menuju neraka, bahawa mereka bergolong-golongan menjadi tujuh kumpulan sebagai rombongan yang menuju ke tujuh pintu neraka Jahannam, yang mana tiap-tiap pintu itu untuk golongan yang tertentu dari mereka, demikian juga penghuni syurga diarahkan ke syurga berombongan, maka ini bertentangan dengan akidah kepercayaan kalian secara keseluruhan maupun perincian;

Bahkan banyak pertentangan dan ianya menafikan akidah kepercayaan kalian, bahawa manusia semua dihalau menuju ke neraka, mereka perlu meniti titian Ash Shiraath yang terbentang atas neraka, lalu di antara mereka ada yang akan jatuh dari atas Ash Shiraath ke dalam neraka, manakala yang lainnya tetap terus meniti Ash Shiraath yang terbentang atas neraka hingga masuk ke syurga.

Akan tetapi ayat-ayat muhkamaat itu benar-benar mengawasi akidah kepercayaan kalian, kelak kalian akan temukan ayat-ayat muhkamaat mengenai perkara ini, bertentangan dengan akidah kepercayaan yang batil, maka perhatikanlah oleh kalian akan ayat muhkamaat yang telah Allah jadikannya tidak perlu pada takwilan dari Naser Mohammed Al Yamani, tidak juga pada takwilan dari semua orang yang mendalam ilmunya, memandangkan ia adalah ayat muhkamat yang terang dan jelas terperinci dari sisi Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Allah Ta’ala berfirman:

an ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing). (68) Dan terang benderanglah bumi (padang mahsyar) dengan cahaya (keadilan) Tuhannya; dan diberikanlah buku (perhitungan perbuatan masing-masing) dan didatangkanlah para nabi dan saksi-saksi dan diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dirugikan.(69) Dan disempurnakan bagi tiap-tiap jiwa (balasan) apa yang telah dikerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan. (70) Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antaramu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?" Mereka menjawab: "Benar (telah datang)". Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir. (71) Dikatakan (kepada mereka): "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu, sedang kamu kekal di dalamnya" Maka neraka Jahannam itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri. (72) Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam surga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke surga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah surga ini, sedang kamu kekal di dalamnya". (73)
Maha Benar Allah
[Az Zumar]



فقد علمتم يا قوم من خلال هذه الآية المُحكمة والتي لا تحتاج إلى تأويلٍ بأنّ أهل النار يُساقون صوب النار زُمراً فيتمّ تقسيمهم إلى سبع جماعات بعدد أبواب نار جهنم السبعة؟ فلكل بابٍ منهم جزءٌ مقسومٌ:
{حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آَيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى وَلَكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ (71) قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ (72)} صدق الله العظيم [الزمر].

Sesungguhnnya kalian telah mengetahui dari ayat muhkamaat yang tidak perlu pada takwil ini wahai kaumku, bahawa penghuni neraka dihalau menuju neraka berombongan, mereka dibahagikan kepada tujuh kumpulan mengikut bilangan pintu neraka Jahannam yang ada tujuh pintu? Setiap pintu untuk golongan yang tertentu dari mereka:
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antaramu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?" Mereka menjawab: "Benar (telah datang)". Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir. (71) Dikatakan (kepada mereka): "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu, sedang kamu kekal di dalamnya" Maka neraka Jahannam itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri. (72)
Maha Benar Allah
[Az Zumar]



وكذلك أصحاب الجنة يساقون صوب الجنة زمراً جماعاتٍ، ولكن عقيدة الباطل الذي يعتقدها المسلمون بمكرٍ من اليهود تقول إنّ الناس يساقون أجمعين صوب نار جهنم فيسلكون الصراط المُستقيم جميعاً على نار جهنم فأصحاب النار يسقطون، أفلا ترون بأنّ بين هذه العقيدة المنكرة وبين الآيات المُحكمات البيّنات اختلافاً كثيراً ولكنكم سوف تجدون هذه العقيدة المنكرة تتشابه مع ظاهر آياتٍ أُخَر لا تزال بحاجة إلى تأويل، كمثال قول الله تعالى:
{وَإِنْ مِنْكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا كَانَ عَلَى رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا (71) ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا (72)} صدق الله العظيم [مريم].

Demikian juga penghuni syurga, mereka diarahkan menuju syurga secara berombongan berkumpulan-kumpulan, namun akidah kepercayaan batil yang diyakini oleh umat Islam dari makar tipudaya Yahudi mengatakan, bahawa manusia semua dihalau ke neraka, mereka akan meniti Ash Shiraat Al Mustaqiim semuanya di atas neraka, lalu penghuni neraka akan jatuh.

Tidakkah kalian lihat banyak pertentangan antara akidah kepercayaan mungkar ini dengan ayat-ayat muhkamaat yang jelas, akan tetapi kalian kelak akan temukan akidah kepercayaan yang mungkar ini, serupa dengan zahir ayat mutasyaabihaat yang masih perlu ditakwilkan, semisal firman Allah Ta’ala:

Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. (71) Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. (72)
Maha Benar Allah
[Maryam]


ومن ثم تجدون الحديث المُفترى المدسوس بخبثٍ قد تشابه مع ظاهر هذه الآية وذلك لكي تظنّوا بأنّ هذا الحديث جاء بياناً لها عن محمدٍ رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم. وإليكم الحديث المفترى والذي يشابه هذه الآية في ظاهرها، قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

Kemudian kalian temukan hadits rekaan yang disisipkan dengan keji menyerupai zahir ayat ini, demikian itu supaya kalian menyangka hadits ini adalah bayan keterangan yang menjelaskan ayat itu dari Muhammad Rasulullah -shollallaahu ‘alayhi wasallaam-.

Untuk kalian hadits rekaan ini, yang serupa pada zahir ayat itu, Rasulullah -shollallaahu ‘alayhi wasallam- bersabda:

اقتباس المشاركة :
[يَرِد النَّاس النَّار ثُمَّ يَصْدُرُونَ مِنْهَا بِأَعْمَالِهِمْ فَمِنْهُمْ كَلَمْحِ الْبَصَر ثُمَّ كَالرِّيحِ ثُمَّ كَحُضْرِ الْفَرَس ثُمَّ كَالرَّاكِبِ الْمُجِدّ فِي رَحْله ثُمَّ كَشَدِّ الرَّجُل فِي مَشَيْته]
انتهى الاقتباس
اقتباس المشاركة :
Manusia akan mendatangi neraka, kemudian ia melaluinya dikarenakan amalnya, adapun yg paling awal diantara mereka secepat kilat, lalu seperti angin, kemudian seperti larinya kuda, kemudian seperti seorang yg menunggangi tunggangan, kemudian seperti seseorang yang berlari, kemudian seperti (seseorang yang) berjalan
انتهى الاقتباس


وكذب أعدُاء الله، ما كان لمحمدٍ رسول الله أن ينطق بحديثٍ يخالف القرآن المحكم البيّن في هذا الشأن، أفلا تعقلون؟ ولكني المهديّ المنتظَر الحقّ حقيقٌ لا أقول على الله ورسوله غير الحقّ أفتيكم في تأويل هذه الآية المُتشابهة مع حديث الفتنة المدسوس وأبيّن لكم حقيقة الورود في هذا الموضع وأفصّله من القرآن تفصيلاً فأمّا الورود في هذا الموضع فلا يقصد به الدخول وإن ظننتم إنه الدخول فسوف تكون لكم الآيات المحكمات لعقيدة المنكر لبالمرصاد فتجدونها تنفي ذلك جملةً وتفصيلاً، إذاً ما هو الورود المقصود في هذه الآية؟ وإليكم الفتوى:

Telah berdusta musuh-musuh Allah, tidaklah Muhammad Rasulullah mengatakan hadits yang bertentangan dengan muhkam Al Qur’an yang jelas mengenai perkara ini, mengapakah kalian tidak memikirkan
?
Akan tetapi aku Al Mahdi Al Muntadhar yang hak, sudah selayaknya aku tidak mengatakan terhadap Allah kecuali kebenaran, aku fatwakan kepada kalian mengenai takwil ayat mutasyaabihaat ini dengan hadits fitnah yang disisip masuk, aku terangkan kepada kalian akan hakikat mendatangi pada situasi ini, dan aku jelaskannya dari Al Qur’an dengan sejelas-jelasnya.

Adapun maksud mendatangi di situ, maka ianya bukanlah bermaksud masuk neraka, jika kalian fikir maknanya masuk, maka kelak untuk kalian akan ada ayat-ayat muhkamaat yang benar-benar mengawasi akidah kepercayaan yang mungkar, kalian akan temukannya menafikan yang demikian secara keseluruhan maupun perincian, jika begitu, apakah maksud mendatangi pada ayat ini
?
Untuk kalian aku fatwakan:



إنّه الوصول إلى الساحة لرؤية جهنم لمن يرى من الناس أجمعين بشكلٍ عام يرونها أجمعين لكي يحمدَ اللهَ أهلُ الجنّة إذ نجّاهم من هذه النار التي تلظّى لا يصلاها إلا الأشقى، وأما أصحابها فسوف ينزع الرُعبُ منها أفئدتَهم نزاعةً للشوى تدعو من أدبر وتولّى. فالورود إلى ساحة جهنم شاملٌ للناس أجمعين فبرزت الجحيم لمن يرى بشكل عام. تصديقاً لقول الله تعالى: {لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ (6) ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ (7)} صدق الله العظيم [التكاثر].

Sesungguhnya mendatangi yang dimaksud di situ adalah sampai atau tiba ke perkarangan neraka Jahannam untuk diperlihatkan kepada yang melihatnya dari kalangan manusia semua secara umum, mereka diperlihatkan neraka itu agar penghuni syurga akan bersyukur memuji Allah kerana telah menyelamatkan mereka dari neraka yang menyala-nyala itu, tidak ada yang masuk ke dalamnya melainkan orang yang paling celaka.

Adapun calon penghuni neraka itu, maka kelak hati mereka ditimpa ketakutan terhadap neraka bergolak yang mengelupas kulit kepala, memanggil orang yang membelakang dan yang berpaling. Maka mendatangi perkarangan neraka Jahannam itu dialami oleh semua manusia, lalu dibukakan pintu-pintu neraka itu bagi meraka yang melihatnya secara umum.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, (6) dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin. (7)
[At Takaatsur]



ومن ثمّ يتفرّقون من بعد الحشر للناس أجمعين إلى ساحة جهنم ثمّ يتفرقون. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَتَفَرَّقُونَ(14)فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ(15) وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَلِقَاءِ الآخِرَةِ فَأُوْلَئِكَ فِي الْعَذَابِ مُحْضَرُونَ(16)} صدق الله العظيم.

Kemudian manusia dipisah-pisahkan setelah semua manusia dikumpulkan ke perkarangan neraka, lalu mereka menjadi bergolong-golongan.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

Dan pada hari terjadinya kiamat, di hari itu mereka (manusia) bergolong-golongan. (14) Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, maka mereka di dalam taman (surga) bergembira.(15) Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al Quran) serta (mendustakan) menemui hari akhirat, maka mereka tetap berada di dalam siksaan (neraka). (16)

Maha Benar Allah
[Ar Ruum]


إذاً الورود المقصود في هذه الآية مثله كمثل ورود موسى عليه الصلاة والسلام إلى ماء مدين ولكنكم تعلمون إنه لم يدخل إلى ماء مدين بل ورد إليه أي وصل إلى ساحة بئر مدين. وقال الله تعالى:
{وَلَمَّا وَرَ‌دَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَ‌أَتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّىٰ يُصْدِرَ‌ الرِّ‌عَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ‌} صدق الله العظيم [القصص:23]. وليس هذا قياساً؛ بل لفهم أنواع الورود في القرآن العظيم.

Jika demikian, mendatangi yang dimaksudkan pada ayat ini adalah seperti kedatangan Musa -‘alayhis sholaatu wassalaam- ke tempat air penduduk Madyan, malah kalian tahu Musa tidak masuk ke tempat air penduduk Madyan itu, namun Musa mendatanginya, yakni tiba ke perkarangan telaga sumber air Madyan.

Allah Ta’ala berfirman:

Dan tatkala Musa sampai di sumber air negeri Madyan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: "Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?" Kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya". (23)
Maha Benar Allah
[Al Qashash]

Ini bukan sebuah qiasan; namun untuk memahami maksud mendatangi tersebut dalam Al Qur’an



ويا معشر علماء الأمّة الإسلاميّة أقسم لكم بالله العليِّ العظيم البرِّ الرحيم لئِن آمنتم بالقرآن العظيم أن نحتكم إلى آياته المحكمات الواضحات البيّنات لألجمكم بالحقّ إلجاماً وأخرس ألسنة الممترين بالباطل وأغربل جميع الأحاديث النّبويّة في سنّة محمدٍ رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم فأدافع عن سنة جدّي بكل ما آتاني الله من العلم فأجعلها مع القرآن العظيم فوق رأسي وأجعل الأحاديث المُفتراة تحت قدمي فأفركها بنعلي، فإن كنتم تروني على ضلالٍ فاغلبوني بعلمٍ وسلطانٍ هو أهدى من سلطاني إن كنتم صادقين، وإن كنتم تروني على الحقّ ومن ثم تصمتوا فإنّ عليكم لعنة الله والملائكة والناس أجمعين. ولربّما يودّ أحد الباحثين عن الحقيقة أن يقاطعني فيقول: "كيف تلعن علماء الأمّة؟". فأقول له إنّما ألعن من تبيّن له أني أدعو إلى الحقّ وأهدي إلى صراطٍ مُستقيم ومن ثمّ يصمت عن الاعتراف بالحقّ بعد ما تبيّن له إذاً هو شيطانٌ أخرسٌ يستحق لعنة الله وغضبه، وأما إذا كان من أولياء الله فسوف يكون مع الحقّ ولا يخشَى في الله لومة لائم، ولكني أعلم أنهم ليسوا مكذبين بشأني بل لا يوقنون، ومن ثم أقول لهم صدق ربي:
{
أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ} [النمل:82] فحتى المسلمين في زمن ظهور المهديّ بآيات ربهم لا يوقنون إلا من رحم ربي فصدّق بآيات ربه في زمن الحوار من قبل الظهور بعذابٍ أليمٍ من جراء الكوكب العاشر والسابع من بعد أرضكم ولكنكم قومٌ تجهلون {وَلِنُبَيِّنَهُ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ} [الأنعام:105].

Wahai sekalian ulama umat Islam, aku bersumpah kepada kalian demi Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung, Yang Maha Baik lagi Maha Mengasihi, jika sungguh kalian benar-benar beriman kepada Al Qur’an, untuk kita kembali berhukum dengan ayat-ayat muhkamatnya yang jelas lagi menjelaskan, nescaya aku bungkam kalian dengan sebenar-benarnya, aku tahan lidah orang-orang yang ragu dengan kebatilan, aku tapis dan saring semua hadits nabawi dalam sunnah Muhammad Rasulullah -shollallaahu ‘alayhi wasallam-

Aku bela dan pertahankan sunnah nendaku dengan seluruh ilmu pengetahuan yang Allah anugerahkan padaku, aku jadikan Al Qur’an dan Sunnah di atas kepalaku dan aku jadikan hadits-haidts rekaan di bawah kakiku dan aku gosokkannya dengan alas kakiku, jika sekiranya kalian lihat aku salah, maka kalahkan aku dengan ilmu pengetahuan dan hujjah bukti yang lebih benar dari yang aku nyatakan, jika sungguh kalian orang-orang yang benar, jika sekiranya kalian lihat aku benar, lalu kalian senyap berdiam diri, maka laknat Allah, malaikat dan manusia semua tetap ke atas kalian.

Barangkali ada seorang pencari kebenaran mahu menyelaku, dengan mengatakan: “Bagaimana engkau ini melaknat ulama umat?”. Maka aku katakan padanya, sesungguhnya aku hanya melaknat orang yang telah jelas baginya bahawa aku menyerukan kebenaran dan menunjukkan ke Jalan Yang Lurus, namun dia berdiam diri tidak mahu mengakui kebenaran setelah kebenaran itu jelas baginya, jika demikian, dia adalah syaitan bisu yang berhak mendapatkan laknat Allah dan kemurkaan-Nya.

Adapun sekiranya dia termasuk kalangan penolong-penolong Allah -auliaa Allaah-, maka kelak dia akan bersama kebenaran, tidak gentar kerana Allah terhadap celaan orang-orang yang mencela, namun aku tahu mereka tidak mendustakan urusanku, akan tetapi mereka tidak meyakininya, untuk itu aku katakan kepada mereka Maha Benar Tuhanku,
bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. (82) [An Naml:82].

Bahkan umat Islam di era perutusan Al Mahdi, mereka itu tidak meyakini ayat-ayat Tuhan mereka, melainkan orang-orang yang dirahmati Allah, yaitu orang-orang yang membenarkan ayat-ayat Tuhan mereka di era hiwar sebelum muncul dengan azab seksaan yang memedihkan, yang disebabkan oleh Kaukab Al ‘Aasyir -Planet Kesepuluh-, dan yang ketujuh dari bumi kalian, akan tetapi kalian sesungguhnya adalah kaum yang tidak mengetahui:
dan supaya Kami menjelaskan Al Quran itu kepada orang-orang yang mengetahui.
[Al An’aam:
105]


صاحب علم الكتاب المهديّ المنتظَر الناصر لمحمدٍ رسول الله والقرآن العظيم؛ الإمام ناصر محمد اليماني.

Pemilik ilmu pengetahuan Al Qur’an, Al Mahdi Al Muntadhar, Pembela Muhammad Rasulullah dan Al Qur’an; Al Imam Naser Mohammed Al Yamani

ـــــــــــــــــــــ
sumber