>>المصدر<<

الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
28 - 02 - 1430 هـ
24 - 02 - 2009 مـ
09:17 مساءً
ــــــــــــــــــــ


ردّ الإمام على الأخت السائلة:
فتدبري العشر الآيات الأولى من سورة الكهف تجدّين فيهنّ سرّ المسيح عيسى ابن مريم الحقّ مع أصحاب الكهف؛
المسيح عيسى ابن مريم رفع الله روحه وطهّر جسده..

Jawaban Imam untuk saudari yang bertanya:
Bertadabburlah terhadap sepuluh ayat yang pertama dari Surah Al-Kahfi, maka engkau akan menemukan rahasia Al-Masih 'Isa Putra Maryam yang hak bersama Ashabul Kahfi;
Al-Masih 'Isa Putra Maryam telah diangkat dan ditinggikanNya oleh Allah ruhnya, dan Allah telah mensucikan jasadnya..



بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ، وسلام ٌعلى المُرسلين والحمدُ لله ربِّ العالمين، وبعد..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam, selanjutnya..


أختي الكريمة إنّ الله سبحانه ذكر الرفع والتطهير، فأمّا الرفع فهو لروح ابن مريم رفعه الله إليه، وأمّا التطهير فطهّر الملائكة جسده وجعلوه بأمرٍ من الله في تابوت السكينة مع أصحاب الكهف، وهو الرقيم المُضاف إليهم يكونون من آيات الله عجباً، ويظنّ النّصارى أن اليهود صلبوه ومالهم به من علم ولا لآبائهم، ثم بيّن الله لكم أنه الرقيم المضاف إلى أصحاب الكهف وجعله الله ضمن العشر الآيات الأولى من سورة الكهف وجاء التوضيح في الآية التاسعة:

{ أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أصحاب الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آياتنَا عَجَبًا (9) }
صدق الله العظيم [الكهف]

Wahai saudari yang mulia, sesungguhnya Allah SWT telah menyatakan Ar-Raf'u -pengangkatan- dan At-Tathir -penyucian-, adapun pengangkatan, maka ianya adalah untuk ruh Putra Maryam yang telah Allah angkat dan tinggikan di sisiNya.

Adapun penyucian, maka para malaikat telah menyucikan jasadnya dan meletakkannya dengan perintah Allah ke dalam Tabut Sakinah bersama Ashabul Kahfi, Isa Putra Maryam adalah Ar-Raqim yang ditambahkan kepada Ashabul Kahfi agar mereka menjadi bahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah yang menakjubkan, sedang kaum Nasrani menyangka bahawa kaum Yahudi telah menyalibnya, padahal mereka tiada mempunyai sebarang ilmu pengetahuan mengenainya dan tidak pula nenek-moyang mereka mengetahuinya.

Kemudian Allah menjelaskan kepada kalian bahawa 'Isa Putra Maryam adalah Ar-Raqim yang ditambahkan kepada Ashabul Kahfi, dan Allah telah menjadikannya sebagai jaminan yang termasuk pada sepuluh ayat yang pertama dari Surah Al-Kahfi, yang penjelasannya ada pada ayat yang kesembilan:
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa Ashabul Kahfi dan Ar-Raqiim itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) Maha Benar Allah
[Al-Kahfi]


لمن أراد أن يُعصم من فتنة الدجال فيصدّق أن المسيح عيسى ابن مريم هو الرقم المضاف إلى أصحاب الكهف، وذلك لأن المسيح الكذّاب سيأتي فيقول إنّه المسيح عيسى ابن مريم، ويقول إنّه الله وما كان لابن مريم أن يقول ذلك؛ بل هو كذّاب وليس المسيح عيسى ابن مريم عليه السلام الحقّ الذي لا يدعي الربوبيّة، ولذلك يُسمى المسيح الكذّاب.

Kepada sesiapa yang mahu terselamat dan terjaga dari fitnah Ad-Dajjal, maka hendaklah dia percaya bahawa Al-Masih 'Isa Putra Maryam adalah Ar-Raqm –figur- yang ditambahkan kepada Ashabul Kahfi.

Demikian ini kerana Al-Masih Si Pendusta akan datang dengan pengakuan bahawa dia adalah Al-Masih 'Isa Putra Maryam, lalu dia akan mengatakan bahawa dia adalah Allah, padahal tidaklah layak bagi Putra Maryam untuk menyatakan demikian, namun yang menyatakannya adalah Si Pendusta (Dajjal), dan dia bukanlah Al-Masih 'Isa Putra Maryam AS yang hak, yang tidak mendakwa dirinya sebagai Tuhan, kerana itu Dajjal digelar Al-Masih Si Pendusta (Al-Kadzdzaab).


فتدبري العشر آيات الأولى من سورة الكهف تجدّين فيهن سرّ المسيح عيسى ابن مريم الحقّ مع أصحاب الكهف وأنه الرقيم المُضاف إلى أصحاب الكهف. وقال الله تعالى: بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ { الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ﴿١﴾ قَيِّمًا لِّيُنذِرَ‌ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ‌ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرً‌ا حَسَنًا ﴿٢﴾ مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا ﴿٣﴾ وَيُنذِرَ‌ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّـهُ وَلَدًا ﴿٤﴾ مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَ‌تْ كَلِمَةً تَخْرُ‌جُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا ﴿٥﴾ فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِ‌هِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَـٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا ﴿٦﴾ إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْ‌ضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ﴿٧﴾ وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُ‌زًا ﴿٨﴾ أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّ‌قِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا ﴿٩﴾ } صدق الله العظيم [الكهف]

Maka bertadabburlah pada sepuluh ayat yang awal dari Surah Al-Kahfi, kerana engkau akan menemukan rahasia Al-Masih 'Isa Putra Maryam yang hak pada ayat-ayat itu bersama Ashabul Kahfi, dan engkau akan dapati bahawa 'Isa Putra Maryam adalah Ar-Raqim yang ditambahkan kepada Ashabul Kahfi.

Allah Ta'ala berfirman:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (1) (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (3) Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak. (4) (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (5) Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (6) Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (7) Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (8) Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa Ashaabul Kahfi dan Ar-Raqiim itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)
Maha Benar Allah
[Al-Kahfi]


وإذا تدبرتِ هذه العشر الآيات الأولى من سورة الكهف تجدّي حقيقة المسيح عيسى ابن مريم عليه الصلاة والسلام، ومن ثمّ تكوني في مأمن من فتنة المسيح الكذّاب الذي يريد أن يفتري أنه هو المسيح عيسى ابن مريم ويقول أنه الله وذلك حتّى يُصدّقه ويتَّبعه الذين قالوا إنّ الله هو المسيح عيسى ابن مريم بغير الحقّ.

Tatkala engkau mentadabburi sepuluh ayat yang pertama ini dari Surah Al-Kahfi, maka engkau akan mendapati hakikat Al-Masih 'Isa Putra Maryam AS, dan setelah itu engkau akan selamat dari fitnah Al-Masih Al-Kadzdzaab, yang ingin mengadakan kedustaan bahawa dia adalah Al-Masih 'Isa Putra Maryam, lalu kemudian dia akan mengatakan bahawa dia adalah Allah, demikian ini agar orang-orang yang mengatakan Allah adalah Al-Masih 'Isa Putra Maryam akan mempercayainya dan mengikutinya tanpa alasan yang benar.


ومن ثمّ يتبيّن لكم الحكمة من التدبّر والحفظ للعشر الآيات الأولى من سورة الكهف وذلك لكي تفرقوا بين المسيح عيسى ابن مريم الحقّ وبين المسيح عيسى ابن مريم الكذّاب.

Oleh itu jelaslah bagi kalian hikmah dari tadabbur dan hafalan bagi sepuluh ayat yang awal ini dari Surah Al-Kahfi, demikian ini supaya kalian dapat membezakan antara Al-Masih 'Isa Putra Maryam yang sejati dan antara Al-Masih 'Isa putra Maryam yang palsu.


وأمّا رفعه فلم يقل الله أنّه رفع جسده؛ بل أفتاكم الله أنّه توفاه ورفع روحه إليه، وأمّا جسده فطهّرته الملائكة ولم يمسّه اليهود بسوء. وقال الله تعالى: { إِذْ قَالَ اللَّهُ يَاعِيسَى أنّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنْ الَّذِينَ كَفَرُوا } صدق الله العظيم [آل عمران:55]. فأما قوله تعالى:{ أنّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ }، ويقصد نفس ابن مريم عليه الصلاة والسلام، وذلك لأن الأنفس تُرفع عند النوم أو عند التوفي. قال الله تعالى: { اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أجَلٍ مُسَمَّى } صدق الله العظيم [الزمر:42]. وسوف يرسل الله نفس ابن مريم إلى الجسد في القدر المقدور ليبعثه الله فيُكلمكم، وأمّا الجسد فطهّرته الملائكة وأضيف إلى أصحاب الكهف وهو الرقيم وكما قلنا أن قوله تعالى: { إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ } إن ذلك يخصّ نَفْسَ المسيح عيسى ابن مريم عليه الصلاة والسلام. وأمّا قوله تعالى: { وَمُطَهِّرُكَ مِنْ الَّذِينَ كَفَرُوا }، أي مُطهّر الجسد من الذين كفروا فلا يمسّوه بسوءٍ، وقام الملائكة بغسله ووضعه في تابوت السكينة ووضعوه في الكهف؛ وهو ليس في فجوة أهل الكهف؛ بل في قبة بداخل الكهف في مكانٍ طاهرٍ، فلا عجب من الحقّ أختي الكريمة.

Adapun Ar-Raf'u -pengangkatan-, maka Allah tidak berfirman bahawa Dia telah mengangkat jasadnya; namun Allah menyatakan kepada kalian bahawa Dia telah mewafatkan 'Isa dan mengangkat serta meninggikan ruhnya ke sisiNya.

Adapun jasad 'Isa Putra Maryam, maka para malaikat telah membersihkan dan menyucikan jasadnya agar kaum Yahudi tidak dapat menyentuhnya dengan berbuat buruk untuk merosakkan jasad 'Isa Putra Maryam. Allah Ta'ala berfirman:

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkanmu dan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir
. Maha Benar Allah
[Ali 'Imran].

Adapun firman Allah Ta'ala:
Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkanmu dan mengangkatmu ke sisiKu, yang dimaksudkan adalah jiwa Putra Maryam AS, demikian ini kerana jiwa-jiwa itu diangkat ketika tidur dan ketika wafat.

Allah Ta'ala berfirman:
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Maha Benar Allah
[Az-Zumar].

Kelak Allah akan mengutusnya dengan mengembalikan jiwa Putra Maryam ke jasadnya pada waktu yang telah ditetapkanNya agar dia bangkit dan berkata-kata kepada kalian.

Adapun jasadnya
, maka para malaikat telah menyucikannya lalu ditambahkan kepada Ashabul Kahfi dan dialah Ar-Raqim sebagaimana yang telah kami nyatakan firman Allah Ta'ala:
Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkanmu dan mengangkatmu ke sisiKu, bahawa demikian hanya khusus untuk jiwa 'Isa Putra Maryam AS.

Adapun bagi firman Allah Ta'ala:
dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, yakni pembersihan dan penyucian untuk jasadnya dari orang-orang kafir supaya mereka tidak dapat berbuat keburukan merosakkan jasadnya, kerana para malaikat telah memandikan jasadnya dan meletakkan jasad itu dalam Tabut Sakinah, lalu para malaikat meletakkan Tabut itu di dalam gua; ia tidak diletakkan ditempat yang luas terbuka bersama Penghuni Gua; namun di Qubbah yang berada dalam gua itu di tempat yang suci, tidak perlu heran terhadap kebenaran ini wahai saudariku yang mulia.


وبعد وقوع القول سوف يبعثه الله فيكلمكم كهلاً كما وعدكم الله بذلك، ولكن أكثر النّاس لا يعلمون. وإنّما الدابة إنسانٌ يكلمهم كهلاً وهو المسيح عيسى ابن مريم عليه الصلاة والسلام وعلى أمّه الصدّيقة القدّيسة وعلى محمد وآله الطيبين والتابعين للحقّ في كل زمانٍ ومكانٍ إلى يوم الدين.

Setelah jatuh perkataan -sampai ketetapan dari Allah-, kelak Allah akan membangkitkannya untuk berkata-kata kepada kalian sedang dia berusia dewasa sebagaimana yang telah dijanjikan Allah kepada kalian terhadap yang demikian, akan tetapi kebanyakan manusia itu tidak mengetahuinya.

Sesungguhnya Ad-Dabbah itu hanyalah seorang manusia yang akan berkata-kata kepada mereka sedang dia berupa seorang lelaki dewasa, dan dia adalah Al-Masih 'Isa Putra Maryam, salam sejahtera ke atasnya
dan ke atas bondanya yang siddiq -sangat benar- lagi suci, juga ke atas Muhammad dan keluarganya yang suci beserta orang-orang yang mengikuti kebenaran pada setiap zaman dan tempat hinggalah Hari Kiamat.


وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
الإمام ناصر محمد اليماني.

Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala pujian
hanya layak bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani

ـــــــــــــــــــــ


sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=1163