Al Imam Nasser Mohammed Al Yamani
07 - 01 - 1431 هـ
24 - 12 - 2009 مـ
12:00 صباحاً
_________


Balasan Al Imam Al Mahdi Kepada Saudaraku Yang Mulia, Ahmad As Sudany..


Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Saudaraku yang mulia, dari kalangan anshar pendahulu yang baik, Ahmad As Sudany, salam sejahtera ke atas kalian semua, janganlah engkau bicarakan mengenai Keluarga Saud kecuali dengan kata-kata yang baik, kerana sesungguhnya Kerajaan Saudi Arabia adalah lebih dicintai di hati Al Imam Al Mahdi, baik pemerintahnya maupun rakyatnya, lebih dicintai oleh Imam dari seluruh negara di dunia dan rakyat mereka

Aku berharap dari Allah agar tidak menimpakan bahaya kepada mereka, hatta sekalipun mereka tidak mempercayai urusan Al Imam Nasser Mohammed Al Yamani, aku berharap Allah agar mengampuni mereka dan semua orang Islam, dan memasukkan kita semua dalam rahmat-Nya di kalangan hamba-hamba-Nya yang sholeh, aku memohon ampunan Allah untuk mereka, sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani


Wahai saudaraku yang mulia, kita menghormati orang-orang yang menghormati kita, mereka tidak menyekat laman web kita di negara mereka, meskipun tekanan kuat yang dihadapi oleh Dewan Ulama Senior melalui laman-laman web elektronik, yang membawakan kepada mereka risalah-risalah dari pelbagai negara di dunia, mengandungi bayan-bayan keterangan Al Imam Nasser Mohammed Al Yamani

Sungguhpun mereka telah menyadari dan mempelajari kebanyakan dari bayan keterangan Al Imam Nasser Mohammed Al Yamani, namun mereka mendapati ianya bertentangan dengan mereka pada banyak perkara dari permasalahan agama, sedangkan mereka tahu bahawa merekalah yang bertanggungjawab untuk mengakui kebenaran, kerana Al Mahdi Al Muntadhar akan muncul di dekat Ka'bah setelah adanya pembenaran

Akan tetapi mungkin sahaja mereka masih meneliti, menyiasat dan merenungkan kebanyakan dari bayan keterangan, kelak kami akan berbaik sangka dengan mereka, mudah-mudahan Allah menunjukkan kebenaran kepada mereka


Wahai para kekasih hatiku, para anshar pendahulu yang baik, aku mahu kalian menyeru dan mengajak manusia ke jalan Allah dengan hikmah yang bijaksana, dan dengan memberikan nasihat pengajaran yang baik kepada mereka, kerana demikian itu adalah sebuah hikmah yang telah Allah perintahkan kepada kita untuk melaksanakannya, Dia-lah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Mewaspadai lagi Maha Melihat kepada hamba-hamba-Nya

Allah Ta'ala berfirman:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah yang bijaksana dan nasihat pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Maha Benar Allah
[An Nahl: 125]


Demi Allah terhadap kalian ini, perhatikanlah oleh kalian akan pesanan Allah -Maha Suci Dia- kepada rasul-Nya Musa -'alayhis sholaatu wassalaam-, Allah telah mengutus Musa kepada Firaun yang melampaui batas, banyak berbuat kerosakan di negaranya dan dia mengaku tuhan, meskipun sedemikian parah semua ulah perbuatan Firaun, namun Allah berpesan kepada nabi-Nya Musa dan Harun, firman Allah Ta'ala:

Maka berbicaralah kalian berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut
Maha Benar Allah
[Thaa Haa: 44]

Oleh itu aku berpesan kepada kalian untuk berhikmah dalam menyampaikan serta bersabar terhadap gangguan dan perkara yang menyakitkan, hendaklah kalian mengucapkan kata-kata yang baik kepada mereka


Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Saudara kalian Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani
____________

اقتباس المشاركة: 318900 من الموضوع: ردّ الإمام المهدي إلى أخي الكريم أحمد السوداني ..



الإمام ناصر محمد اليماني

07 - 01 - 1431 هـ
24 - 12 - 2009 مـ
12:00 صباحاً
_________



ردّ الإمام المهدي إلى أخي الكريم أحمد السوداني ..

بسم الله الرحمن الرحيم وسلامٌ على المرسلين والحمد لله ربّ العالمين ..
أخي الكريم من الأنصار السابقين الأخيار أحمد السوداني سلام الله عليكم جميعاً، فلا تقُل في آل سعود إلا خيراً فإنّ المملكة العربيّة السعوديّة لهي أحبّ إلى قلب الإمام المهدي حكومةً وشعباً من كافة دول العالمين وشعوبهم، وأرجو من الله أن لا يصيبهم بأذًى حتى ولو كذّبوا بشأن الإمام ناصر محمد اليماني، وأن يغفر لهم ولجميع المسلمين، ويُدخلنا أجمعين برحمته في عباده الصالحين، وأستغفر الله لهم إنّه هو الغفور الرحيم.

ويا أخي الكريم، فنحن نحترم من يحترمنا فهم لم يمنعوا موقعنا في دولتهم، وبرغم الضغط الشديد على هيئة كبار العلماء عن طريق المواقع الإلكترونية تأتيهم رسائل من مختلف دول العالَم تحمل بيانات الإمام ناصر محمد اليماني وبرغم أنّهم اطّلعوا عليها كثيراً من بيانات الإمام ناصر محمد اليماني ووجدوا أنّه يخالفهم في كثيرٍ من المسائل الدينية فهم يعلمون أنّهم مسؤولون عن الاعتراف بالحقّ كون المهديّ المنتظر يظهر من بعد التصديق في البيت العتيق، ولكن لربما أنّهم لا يزالون يتحرّون فيتدبّرون في كثيرٍ من البيانات، وسوف نحسن الظنّ بهم عسى الله أن يهديهم إلى الحقّ.

ويا أحباب قلبي الأنصار السابقين الأخيار أريدكم أن تدعوا إلى سبيل الله بالحكمة والموعظة الحسنة فتلك حكمةٌ أمرنا الله بها وهو العليم الحكيم الخبير البصير بعباده، وقال الله تعالى: {ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ}
صدق الله العظيم [النحل:125].

فبالله عليكم انظروا إلى توصية الله سبحانه إلى رسوله موسى عليه الصلاة والسلام فأرسله الله إلى فرعون الذي طغى في البلاد وأكثر فيها الفساد وادّعى الربوبيّة وبرغم ذلك كله توصّى الله نبيّه موسى وهارون، وقال الله تعالى: {فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ ﴿٤٤﴾} صدق الله العظيم [طه]، فأستوصيكم بالحكمة والصبر على الأذى وقولوا للناس حسناً .

وسلامٌ على المرسَلين والحمدُ لله ربّ العالمين ..
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني .
____________