إلى أحبتي المسلمين الصائمين ...

- 7 -

[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان ]
ikuti link keterangan asal


الإمام ناصر محمد اليماني
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
13 - 09 - 1434 هـ
20 - 07 - 2013 مـ

09:45 صباحاً
ــــــــــــــــــــــ


إلى أحبتي المسلمين الصــــــــــائمين ..

Kepada Para Kekasihku Kaum Muslimin Yang Berpuasa..


بسم الله الرحمن الرحيم، والصّلاة والسّلام على كافّة أنبياء الله وآلهم من أوّلهم إلى خاتمِهم محمّدٍ رسولِ الله، يا أيّها الذين آمنوا صلّوا عليه وعليهم وسلِّموا تسليماً، لا نُفرِّق بين أحدٍ من رُسله وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربّنا وإليك المصير..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh nabi Allah dan keluarga mereka, dari yang pertama hingga penutup mereka Muhammad Rasulullah.

Wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kalian ke atas Muhammad Rasulullah dan para nabi semuanya, dan sampaikanlah salam penghormatan kepada mereka.

Kami tidak membeza-bezakan antara seorangpun dari para rasul, katakanlah “Kami dengar dan kami taat, pengampunan-Mu yang kami harapkan wahai Tuhan kami, hanya kepada-Mu tempat kami kembali..


ويا أحبّتي في الله، يُفضّل في رمضان أن تُصلّوا صلاة المغرب والعشاء جمع تأخيرٍ في ميقات الغسق الذي هو ميقات صلاة العشاء، ويا عجبي الشديد كيف تجعلون شهر رمضان كمثل أشهر الفطر، ولكنّكم صائمون طوال يومكم إلى أذان المغرب!

Wahai para kekasihku di jalan Allah, adalah diutamakan pada bulan Ramadhan untuk kalian sholat Maghrib dan ‘Isya secara jama’ takhiir di waktu gelap (lenyapnya mega merah) yakni di kala masuknya waktu sholat ‘Isya.

Aduhai betapa sangat mengherankanku, bagaimana kalian ini menjadikan bulan Ramadhan seperti bulan-bulan biasa, padahal kalian berpuasa sepanjang hari hingga azan Maghrib
!


وربّما يودّ أحد المتشدّدين بغير الحقّ أن يقول: "بل نأكل تمرةً وسنبوسةً ومن ثمّ نقوم نصلّي ومن ثمّ نعود فنكمل تناول وجبة الفطور". ومن ثمّ يرُدّ الإمام المهديّ على السائلين ونقول: إنّ ذلك يسدّ الشهيّة لدى كثيرٍ من النّاس أن يأكل قليلاً وهو جائعٌ ومن ثمّ يقوم إلى الصلاة ومن ثم تسدّ شهيته، فبعد الصلاة لن يجد شهيته كما كانت حين أذان المغرب.

Barangkali ada salah seorang dari kalangan pelampau, yakni orang-orang yang sangat ketat dan keras tanpa alasan yang benar mahu mengatakan:

“Namun kami memakan kurma dan Samosa (jenis kuih) lalu kami laksanakan sholat, baru kemudian kami kembali melanjutkan memakan hidangan berbuka”

Untuk itu Al Imam Al Mahdi membalasnya, kami katakan:

Sesungguhnya yang demikian itu dapat mengekang selera bagi kebanyakan orang, yang mana mereka makan sedikit sedangkan mereka lapar, lalu mereka bangun untuk sholat, kemudian selera makan mereka terbantut, kerana setelah sholat, selera makan mereka sudah tidak lagi sama seperti selera ketika azan Maghrib.


وقد كان صيام محمدٍ رسول الله والذين معه أنّهم كانوا يصومون إلى ظهور الشفق لصلاة المغرب فيفطرون فيستمرون في أكل وجبة الإفطار من الشّفق حتى ميقات الغسق ومن ثم يُصلّون المغرب والعشاء جمع تأخير، وما كانوا يتأخّرون في تناول وجبة الفطور إلى غسق الليل.

Sesungguhnya, puasa Muhammad Rasulullah dan orang-orang yang bersamanya, mereka itu berpuasa hingga tampak mega merah di waktu Maghrib, lalu mereka berbuka dan mereka meneruskan memakan juadah berbuka puasa dari munculnya mega merah (waktu Maghrib) hingga lenyap mega merah (waktu ‘Isya), baru kemudian mereka mendirikan sholat Maghrib dan ‘Isya secara jama’ takhiir, tidaklah mereka itu melewat-lewatkan waktu menikmati juadah berbuka hingga gelap malam waktu ‘Isya.


وقد جعل الرسول عليه الصلاة والسلام علامةً في دين الله إذا تمّ استبدالها فهنا ستعلمون أنّه قد دخلت في دينكم البدعة، وهذه العلامة الحقّ أنّكم إذا وجدتم أمّتكم يعجلون الفطور قبل أن يصلّوا المغرب بل يؤذنون للمغرب ومن ثم يعجلون الفطور قبل إقامة الصلاة ولا يُؤخِّرونه إلى بعد صلاة المغرب كون ذلك يضرّ شهية النّفس، فعلّمكم محمدٌ رسول الله أنَّكم إذا وجدتم أمّتكم يفعلون العكس فيؤخّرون تناول وجبة الفطور إلى ميقات غسق الليل، فهنا تعلمون أنه قد دخلت في دينكم البدع التي ما أنزل الله بها من سلطان ولم تعُد الأمّة بخيرٍ في دينهم. وقال عليه الصلاة والسلام:
[لاتزال أمتي بخير ما عجّلوا الفطور وأخّروا السحور] صدق عليه الصلاة والسلام.

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menjadikan tanda petunjuk dalam agama Allah, bila mana ianya telah berubah, maka di sini kalian akan tahu bahawasanya perkara bid’ah telah masuk dalam agama kalian.

Tanda petunjuk yang benar itu adalah bilamana kalian dapati umat kalian berbuka puasa sebelum mereka sholat Maghrib, bahkan mereka azan Maghrib lalu berbuka sebelum mendirikan sholat, dan mereka tidak mengakhirkan berbuka hingga setelah sholat Maghrib, kerana yang demikian itu akan mengganggu selera makan mereka.

Lantaran itu Muhammad Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kalian, bahawa bilamana kalian temukan umat kalian melaksanakan perkara yang bertentangan dari itu, mereka melewatkan makan juadah berbuka hingga waktu gelap malam, maka di sini kalian ketahui bahawa perkara bid’ah telah masuk dalam agama kalian, perkara yang Allah sama sekali tidak mendatangkan bukti keterangan mengenainya, dan umat tidak lagi berada dalam kebaikan dalam agama mereka.

Rasulullah SAW bersabda:

[لاتزال أمتي بخير ما عجّلوا الفطور وأخّروا السحور]


“Umatku berada dalam kebaikan selama menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur”


Benar sabda Rasulullah SAW


اللهم قد بلّغتُ اللهم فاشهدْ، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Ya Allah sesungguhnya telah aku sampaikan, ya Allah maka saksikanlah, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Saudara kalian, Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani

ــــــــــــــــــ
>sumber<