>>المصدر<<

وسأل سائلٌ فقال: يا ناصر محمد اليماني، هل اِتِّباعكم على أنكم الامام المهدي المنتظر ركن من أركان الدين؟ وما دليلكم من كتاب الله؟

Seseorang bertanya:

Wahai Naser Mohammed Al-Yamani, adakah mengikuti engkau dengan mengakui bahawa engkau adalah Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar itu merupakan sebuah rukun dari rukun-rukun agama
?
Apakah buktimu dari Kitabullah
?


وأجاب الذي عنده علم الكتاب فقال:

Yang empunya ilmu Al-Kitab (Al-Mahdi) menjawab, dia berkata:


ويا أيها الباحث عن الحقّ، بل أساس الدين وكل الدين والأمر المفروض عليكم من ربّ العالمين هو أن تتبعوا كتاب الله القرآن العظيم وسنة رسوله الحقّ ولن يعذبكم الله بسبب كفركم بشخص الإمام المهدي ولا جميع الأنبياء والمرسلين؛ بل سبب تعذيب الله لعباده هو بسبب كفرهم بآيات الكتاب المحكمات وعدم اتباع ما أنزل الله حتى إذا أقيمت الحجة عليهم ولم يتبعوا الحقّ من ربّهم ومن ثم يحقّ الله عليهم العذاب بعد أن أقيمت الحجة عليهم بتلاوة آيات الله في محكم كتابه وأعرضوا عنها أولئك يعذبهم الله بسبب إقامة الحجة عليهم.

Wahai pencari kebenaran, bahkan asas agama dan seluruh agama, perintah kewajiban atas kalian dari Tuhan Semesta Alam adalah, agar kalian mengikuti Kitabullah Al-Qur'an yang agung dan Sunnah Rasulullah yang hak.

Demikian ini, kerana Allah tidak akan mengazab kalian di sebabkan kalian mengingkari figur Al-Imam Al-Mahdi, tidak pula seluruh Nabi dan Rasul;

Bahkan penyebab seksaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya, adalah disebabkan oleh pengingkaran mereka terhadap ayat-ayat Al-Qur'an yang muhkamat, dan tidak mengikuti (melaksanakan) perintah wahyu yang telah diturunkan oleh Allah.

Sehinggalah hujjah Allah ditegakkan ke atas mereka dan mereka tetap tidak mahu mengikuti kebenaran dari Tuhan mereka, baru kemudian Allah menetapkan azab ke atas mereka setelah hujjah ditegakkan terhadap mereka, dengan pembacaan ayat-ayat suci Allah dalam Muhkam Kitab-Nya.

Lalu kemudian mereka itu mengabaikan dan berpaling dari mengikutinya, mereka itulah orang-orang yang Allah azab mereka disebabkan hujjah yang telah ditegakkan terhadap mereka.


وقال الله تعالى:
تَلْفَحُ وُجُوهَهُمُ النَّارُ وَهُمْ فِيهَا كَالِحُونَ ﴿104﴾أَلَمْ تَكُنْ آيَاتِي تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فَكُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ ﴿105﴾ قَالُوا رَبَّنَا غَلَبَتْ عَلَيْنَا شِقْوَتُنَا وَكُنَّا قَوْمًا ضَالِّينَ ﴿106﴾ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْهَا فَإِنْ عُدْنَا فَإِنَّا ظَالِمُونَ ﴿107﴾
صدق الله العظيم [المؤمنون].

Firman Allah Ta'ala:

Api Neraka itu membakar muka mereka dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat. (104)

(Sambil dikatakan kepada mereka): Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya? (105)

Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat. (106)

Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim. (107)
Maha Benar Allah
[Al-Mukminun]


إذا سبب تعذيبهم من ربهم هو ليس بسبب تكذيبهم بشخصيات المرسلين بل كذبوا بما جاء به رسل ربهم وأصبح تكذيبهم هو بآيات الله وعدم الاتباع لآياته في محكم كتابه، ولذلك يعذبهم الله بسبب اعراضهم عن اتّباع الآيات البيّنات في محكم كتاب الله.

Jika demikian, maka penyebab azab seksaan yang menimpa mereka dari Tuhan mereka itu bukanlah disebabkan oleh pendustaan mereka terhadap figur-figur para Rasul, namun disebabkan oleh pendustaan mereka terhadap wahyu yang dibawa oleh para Rasul dari Tuhan mereka.

Maka jadilah pendustaan mereka itu sebenarnya adalah terhadap ayat-ayat Allah, mereka tidak mengikuti (dengan melaksanakan) perintah ayat-ayat suci-Nya dalam Muhkam Kitab-Nya, kerana itulah Allah menyeksa dan mengazab mereka disebabkan pengabaian dan keberpalingan mereka dari mengikuti ayat-ayat yang jelas lagi menjelaskan pada Muhkam Kitabullah.


وقال الله تعالى:
قَدْ نَعْلَمُ إِنَّهُ لَيَحْزُنُكَ الَّذِي يَقُولُونَ فَإِنَّهُمْ لا يُكَذِّبُونَكَ وَلَكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ
صدق الله العظيم [الأنعام:33].

Allah Ta'ala berfirman:

Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata). (33)
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]


وكذلك الإمام المهدي ناصر محمد اليماني فلن يعذب الله المعرضين إلا بسبب أن الإمام المهدي يدعوهم إلى اتباع محكم كتاب الله القرآن العظيم وإلى الكفر بما جاء مخالفاً لمحكم كتاب الله القرآن العظيم المحفوظ من التحريف كونه حبل الله المتين من اعتصم بمحكمه هُدي إلى صراطٍ مستقيم، وآيات الله هي حجة الله على المعرضين من الناس وذلك بيني وبينكم.

Maka demikian juga Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, Allah tidak akan mengazab orang-orang yang berpaling, melainkan dengan sebab Imam Mahdi menyeru mereka agar mengikuti Muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung, menyeru mereka supaya menolak semua yang bertentangan dengan Muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung, kitab suci yang terpelihara dari sebarang perubahan
(namun mereka berpaling dari seruan yang hak itu)

Ini kerana Al-Qur'an merupakan Tali Allah yang kokoh, barangsiapa yang berpegang teguh pada Muhkam Al-Qur'an, maka sesungguh dia telah mendapat petunjuk ke Jalan Yang Lurus.

Maka dari itu, ayat-ayat suci Allah itu adalah hujjah Allah terhadap orang-orang yang berpaling dari kalangan manusia, demikian ini adalah antara aku dan kalian.


وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله رب العالمين..

Salam ke atas para Rasul dan segala puji
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


خليفة الله؛ الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Khalifah Allah: Al-Imam Al-Mahdi
Naser Mohammed Al-Yamani.



لمتابعة رابط المشـــاركة الأصلية للبيـــان ↓
Untuk melihat postingan asal keterangan ini↓
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?6712