مقتبس من >>>دعوة من الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني إلى زعيم القاعدة بالعراق أبو بكر البغدادي..<<<



يا معشر علماء المسلمين أتحداكم إن كنتم مؤمنين أن تجيبوا دعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم


Wahai Sekalian Ulama Kaum Muslimin, Aku Cabar Kalian Jika Kalian Benar-benar Beriman, Agar Kalian Menyambut Seruan Dakwah Untuk Kembali Berhukum Dengan Kitabullah Al-Qur’an Yang Agung


بسم الله الرحمن الرحيم، وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

يا معشر علماء المسلمين أتحداكم إن كنتم مؤمنين أن تجيبوا دعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم
، ولا تقولوا القرآن حمَّال أوجهٍ لتذروا القرآن وراء ظهوركم فتتبعوا الباطل! سوَّد الله وجوهكم إن لم تستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى الله ربّ العالمين فما على الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني إلا أن يستنبط لكم أحكام الله من آيات القرآن البيّنات شرطٌ علينا أن يكون الحكم من آيات أمّ الكتاب البينات المحكمات لعلمائكم وعامة المسلمين، وأنْسفُ كافة ما أنتم عليه من الباطل نسفاً بمحكم القرآن العظيم ولا أبالي برضوانكم شيئاً.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Wahai sekalian ulama kaum Muslimin, aku cabar kalian jika kalian benar-benar beriman, agar kalian menyambut seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur’an yang agung, dan janganlah kalian mengatakan Al-Qur’an itu mengandungi banyak pernyataan dan ungkapan, agar kalian dapat meninggalkan dan mengabaikan Al-Qur’an dengan mencampakkannya di balik belakang kalian menyebabkan kalian tetap mengikuti kebatilan! Semoga Allah SWT menghitamkan wajah-wajah kalian jika kalian tidak menyambut seruan dakwah untuk kembali berhukum kepada Allah Tuhan Semesta Alam.

Kerana tiadalah yang menjadi kewajiban atas Al-Imam Al-Mahdi selain mengeluarkan dan menetapkan keputusan hukum-hukam Allah untuk kalian dari ayat-ayat Al-Qur’an yang menjelaskan, dengan syarat ke atas kami, hendaklah keputusan hukum itu dari ayat-ayat induk Ummul Kitab yang Muhkamat, yang jelas lagi menjelaskan untuk ulama kalian dan seluruh kaum Muslimin, maka aku menghancurkan semua kebatilan yang ada pada kalian sehancur-hancurnya dengan Muhkam Al-Qur’an, dan aku tidak hirau serta tidak harap pada keredhaan serta kesenangan kalian sama sekali.



ويا معشر علماء المسلمين وأمّتهم، ما كان للإمام المهديّ المنتظَر ناصر محمد أن يبعثه الله متبعاً لأهوائكم؛ بل لينطق بالحقّ ويعيدكم إلى منهاج النّبوَّة الأولى كتاب الله وسنة رسوله الحقّ التي لا تخالف لمحكم القرآن العظيم. ألا ترون كم ضللتم عن الصراط المستقيم وتحسبون أنكم مهتدون؟ فيا للخسران المبين! فهلمّوا إلى الإمام المهديّ لُبداً لنحكم بينكم فيما كنتم فيه تختلفون، حتى نوحِّد صفَّ علمائكم وأمّتِكم ضدَّ المسيح الكذاب وجيوشه من يأجوجٍ ومأجوجٍ وشياطين الجنّ والإنس.

Wahai sekalian ulama kaum Muslimin beserta ummat mereka, tiadalah bagi Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed untuk diutus oleh Allah sebagai pengikut hawa-nafsu kalian; Bahkan untuk menyatakan dengan haq dan mengembalikan kalian ke Minhaj An-Nubuwwah Al-Uula -kembali ke Jalan Awal Kenabian-, kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah yang haq, yakni yang tidak bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung. Tidakkah kalian lihat betapa jauhnya kalian telah tersesat dari Jalan Yang Lurus sedang kalian menyangka bahawa kalian mendapat petunjuk? Alangkah nyata dan besarnya kerugian itu!

Oleh itu kemarilah kalian pada Al-Imam Al-Mahdi dengan berkumpul mengerumuninya beramai-ramai, supaya kami tetapkan keputusan hukum di antara kalian pada semua yang kalian perselisihkan, agar kami satukan Shaf -barisan- para ulama kalian beserta ummat kalian untuk melawan Al-Masih Al-Kadzdzaab (Si Pendusta/Dajjal) dan tentera-tenteranya dari golongan Yakjuj dan Makjuj serta kalangan syaitan-syaitan jinn dan manusia.



ويا أيّها الناس، إنّ المسيح الكذاب لن يقول لكم أنّه المسيح الكذاب؛ بل سوف يقول بأنّه المسيح عيسى ابن مريم، ويقول إنّه الله ربّ العالمين وما كان للمسيح عيسى ابن مريم عليه الصلاة والسلام أن يقول ما ليس له بحقٍ؛ بل هو كذابٌ ولذلك يسمى المسيح الكذاب، لكونه ليس المسيح عيسى ابن مريم؛ بل هو الشيطان الرجيم إبليس، ولسوف يخرج إليكم بجيوشه من جنَّة لله من تحت الثرى والتي كان فيها أبويكم آدم وحواء، وما قال الله تعالى بأنّه سوف يجعل آدم خليفةً في جنّة المأوى؛ بل في الأرض في جنّةٍ لله من تحت الثرى باطن أرضكم.

Wahai manusia, sesungguhnya Al-Masih Al-Kadzdzaab tidak akan menyatakan kepada kalian bahawa dia adalah Al-Masih Si Pendusta Besar; Namun kelak dia akan mengatakan bahawa dia adalah Al-Masih ‘Isa Putera Maryam, lalu setelah itu dia akan mengatakan bahawa dia adalah Allah Tuhan Semesta Alam, padahal tiadalah layak bagi Al-Masih ‘Isa Putera Maryam AS untuk mengatakan sesuatu yang dia tidak berhak untuk menyatakannya; padahal yang mengatakan seperti itu sebenarnya berdusta, kerana dia bukanlah Al-Masih ‘Isa Putera Maryam; bahkan dia itu Syaitan yang direjam, dia adalah Iblis.

Kelak dia akan keluar menemui kalian dengan tentera-tenteranya dari Jannah -syurga- milik Allah di dalam tanah di bawah bumi, yang mana di situlah tempat kedua ibubapa kalian Adam dan Hawa. Allah SWT tidak berfirman bahawa Dia akan menjadikan Adam sebagai Khalifah di Jannah Al-Ma’wa (di langit); Namun Allah SWT menjadikan Adam sebagai Khalifah di bumi, dalam Jannah milik Allah di bawah tanah, yang tersembunyi di pusat bumi kalian ini.



ويا أيّها الناس أقسم بالله العظيم ربّ السماوات والأرض وما بينهما وربّ العرش العظيم من يحيي العظام وهي رميمٌ أنّني الإمام المهديّ المنتظَر ناصر محمد الحقّ منْ ربِّكم لا كَذِب. وقد خاب من افترى على الله كذباً، ولعنة الله على الكاذبين، وما جعل الله لي عليكم سلطاناً بالقسم ولا بالاسم؛ بل بسلطان العلم إن كنتم مؤمنين، فأجيبوا دعوة الاحتكام إلى القرآن العظيم ليتمّ عرض التوراة والإنجيل وأحاديث البيان في السُّنة النَّبويّة وما وجدناه جاء مخالفاً لمحكم القرآن العظيم فهو ليس من عند الله؛ بل من عند الشيطان الرجيم وأوليائه من المنافقين الذين يُظهرون الإيمان ويبطنون الكفر والمكر ليصدّوا عن اتِّباع القرآن العظيم. واعلموا أنّ القرآن من عند الله وأحاديث سنة البيان من عند الله إلا ما جاء مخالفاً من أحاديث السُّنة لمحكم القرآن فاعلموا أن ذلك الحديث من عند غير الله. تصديقاً لقول الله تعالى:
{مَّنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللّهَ وَمَن تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظاً (80) وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا بَرَزُواْ مِنْ عِندِكَ بَيَّتَ طَآئِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ وَاللّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ وَكَفَى بِاللّهِ وَكِيلاً (81) أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ اختلافاً كَثِيراً (82)} صدق الله العظيم [النساء].

Wahai sekalian manusia, aku bersumpah demi Allah Tuhan langit dan bumi beserta semua yang ada antara keduanya, Tuhan Pemilik Arasy yang agung, Yang Maha Menghidupkan tulang-belulang yang telah reput hancur-luluh, sesungguhnya aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed yang haq dari Tuhan kalian tanpa ada kebohongan.

Sungguh merugilah orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah, semoga laknat kutukan dari Allah menimpa orang-orang yang berdusta. Allah SWT tidak menjadikan bukti penguasaan untukku ke atas kalian dengan sumpahan dan tidak pula bukti itu pada nama; namun dengan bukti penguasaan dan keluasan ilmu pengetahuan jika kalian benar-benar beriman. Maka sambutlah dan sahutlah oleh kalian semua akan seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur’an yang agung, agar sempurna penyerahan dan pemeriksaan terhadap kitab Taurat, Injil dan hadits-hadits Al-Bayan dalam Sunnah Nabawiyah dengan Muhkam Al-Qur’an.

Demikian ini, kerana segala sesuatu yang kita dapati bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an, maka ianya bukan dari sisi Allah; namun ianya dari Syaitan yang direjam beserta penolong-penolongnya dari kalangan Munafiqin, yaitu orang-orang yang menampakkan keimanan mereka dengan menyembunyikan kekafiran serta makar tipudaya, agar mereka dapat menghalang-halangi manusia dari mengikuti Al-Qur’an yang agung.

Ketahuilah kalian bahawasanya Al-Qur’an itu datang dari sisi Allah dan demikian juga hadits-hadits Sunnah Al-Bayan juga dari sisi Allah, kecuali hadits-hadits Sunnah Nabawiyah yang bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an, maka ketahuilah bahawa hadits yang bertentangan itu sebenarnya datang dari selain Allah. Benarlah firman Allah SWT:
Barangsiapa yang menta’ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling [dari keta’atan itu], maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (80)

Dan mereka [orang-orang munafik] mengatakan: "[Kewajiban kami hanyalah] ta’at". Tetapi apabila mereka telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari [mengambil keputusan] lain dari yang engkau katakan. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung. (81)

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an? Kalau kiranya Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (82)
Maha Benar Allah
(An-Nisa)



فليسمح لي كافة علماء المسلمين والنّصارى واليهود أن نقوم بإعلان النتيجة ومن الآن فالمسلمون جميعاً سوف يجدون أنّ ناصر محمد اليماني حقاً قد هيمن على كافة علماء الأمّة لئن استجابوا لدعوة الحوار من قبل الظهور، وإن أبوا فليس لي إلا أن أرتقب لآية الدّخان المبين كما أمرني ربّي في محكم القرآن حتى يؤمن النّاس أجمعين، فيؤمن من في الأرض جميعاً فيقولون ربّنا اكشف عنا العذاب إنا مؤمنون، فلا تجبروا الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني أن يرتقب لآية الدخان المبين. تصديقاً لقول الله تعالى:
{فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ (11) رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ (12) أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مُبِينٌ (13) ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ (14) إِنَّا كَاشِفُو الْعَذَابِ قَلِيلًا إِنَّكُمْ عَائِدُونَ (15) يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ الْكُبْرَى إِنَّا مُنْتَقِمُونَ (16)} صدق الله العظيم [الدخان].

Hendaknya seluruh ulama Muslimin, Nasrani dan Yahudi mengizinkanku untuk mengumumkan Natijah -hasil keputusan-, dan dari sejak sekarang ini, kelak orang-orang Islam semuanya akan mendapati bahawa Naser Mohammed Al-Yamani benar-benar telah mengalahkan dan mengungguli seluruh ulama ummat, jika sekiranya mereka menyahut seruan dakwah hiwar ini sebelum muncul.

Namun, sekiranya mereka enggan dan menolak, tiadalah bagiku melainkan mengharap dan menunggu tanda Ad-Dukhan Al-Mubin -kabut asap yang nyata- sebagaimana yang Tuhanku perintahkan padaku dalam Muhkam Al-Qur’an sehinggalah manusia itu beriman kesemuanya, kerana dengan tanda itu, semua yang ada di bumi akan beriman seluruhnya yang mana mereka akan mengatakan wahai Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab seksaan ini, sesungguhnya kami akan beriman.

Maka dari itu janganlah kalian takabbur, bertindak zalim sewenang-wenangnya dan memaksakan Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani menanti tanda Ad-Dukhan Al-Mubin. Benarlah firman Allah SWT:
Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata. (10) yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (11) [Mereka berdo’a]: "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman." (12) Bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan, padahal telah datang kepada mereka seorang rasul yang memberi penjelasan, (13) kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Dia adalah seorang yang menerima ajaran [dari orang lain] lagi pula seorang yang gila. (14) Sesungguhnya [kalau] Kami akan melenyapkan siksaan itu agak sedikit sesungguhnya kamu akan kembali [ingkar]. (15) [Ingatlah] hari [ketika] Kami menghantam mereka dengan hantaman yang keras [. Sesungguhnya Kami adalah Pemberi balasan. (16) Maha Benar Allah
(Ad-Dukhan)



وما هي البطشة الكبرى لئن عدتم؟ والجواب: إنّها السّاعة، وإنما آية الدّخان المبين بالعذاب الأليم من أحد أشراط الساعة الكبرى، وكذلك بعث الإمام المهدي من أحد أشراط الساعة الكبرى. فهل أنتم مسلمون لله ربّ العالمين وبه تؤمنون وله تعبدونه وحده لا شريك له؟ فأجيبوا دعوة الاحتكام إلى القرآن العظيم.

Apakah Hantaman Yang Dahsyat itu jika sekiranya mereka kembali ingkar? Jawabannya: Ia adalah As-Sa’ah -Hari Kiamat-, sesungguhnya tanda Ad-Dukhan Al-Mubin -kabut asap yang nyata- dengan azab seksaan yang pedih, hanyalah salah satu dari tanda-tanda besar Kiamat, demikian juga perutusan Al-Imam Al-Mahdi juga merupakan satu dari tanda-tanda besar Kiamat.

Adakah kalian semua menyerah diri dengan tunduk pasrah kepada Allah Tuhan Semesta Alam, yang kepadaNya kalian beriman dan semata-mata kerana Dia kalian menyembahNya Yang Maha Esa lagi tiada sekutu bagiNya? Maka jika demikian, sambutlah seruan dakwah kembali berhukum kepada Kitabullah Al-Qur’an yang agung.



ودخل عمر دعوة الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني في السنة العاشرة في عصر الحوار من قبل الظهور وأنا أنادي علماء المسلمين والنّصارى واليهود لدعوة الاحتكام إلى القرآن العظيم فأعرضوا عنه جميعاً إلا من رحم ربّي من أولي الألباب، فكن من أولي الألباب يا فضيلة الشيخ إبراهيم أبا بكر البغدادي، فليكن لك شأنٌ عظيمٌ في نصر الدعوة المهديّة العالميّة عبر الأنترنت في عصر الحوار من قبل الظهور. وأقسم بالله العظيم ما اتخذت هذه الوسيلة للدعوة عن أمري؛ بل لله الأمر من قبل ومن بعد. فاستجيبوا لدعوة الحقّ منْ ربِّكم فقد أصبح كلّ عالمٍ كبيرٍ ومفتي ديار إلا وله موقع مشهور في الأنترنت العالميّة وقد جعلناها بإذن الله طاولة الحوار الحرة فاستجيبوا لدعوة الحوار من قبل الظهور، فقد جعلنا موقع طاولة الحوار العالمية هو:
( موقع الإمام ناصر محمد اليماني منتديات البشرى الإسلامية )
على هذا الرابط:
https://nasser-alyamani.org/forum.php

Tempoh seruan dakwah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani telah masuk pada tahun yang ke 10 di waktu hiwar sebelum muncul. Aku menyeru ulama kaum Muslimin, Nasrani dan Yahudi agar kembali berhukum dengan Al-Qur’an yang agung, namun mereka mengabaikan dan tidak mempedulikan seruan itu kesemuanya, kecuali orang-orang yang dirahmati Tuhanku dari kalangan Ulul Albab.

Maka jadilah engkau dari kalangan Ulul Albab wahai yang utama Syaikh Ibrahim Abu Bakar Al-Baghdadi, hendaklah engkau memiliki suatu urusan yang agung dalam mendukung seruan dakwah antarabangsa Al-Mahdi melalui Internet di masa hiwar sebelum muncul. Aku bersumpah demi Allah Yang Maha Agung, tidaklah aku menggunakan wasilah perantara ini bagi berdakwah untuk urusan diriku; namun untuk Allah-lah segala urusan pada sebelumnya dan sesudahnya. Maka sambutlah seruan dakwah yang haq dari Tuhan kalian, kerana sesungguhnya setiap ulama dan mufti zaman ini tentu memiliki website yang terkenal di jaringan internet antarabangsa seluruh dunia, maka dari itu kami telah menjadikan website ini sebagai Meja Hiwar (Diskusi, Dialog, Debat) yang terbuka.

Oleh itu, sambutlah dakwah hiwar sebelum muncul, kerana kami telah menjadikan website untuk hiwar antarabangsa dengan diskusi, dialog dan debat ini bernama:

Website Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani Forum Berita Gembira Umat Islam
di link berikut:
https://nasser-alyamani.org/forum.php


وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهديّ المنتظَر في عصر الحوار من قبل الظهور ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para Rasul dan segala puji-pujian
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar
di era hiwar sebelum muncul, Naser Mohammed Al-Yamani


ــــــــــــــــــــ


sumber:

https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=150998

https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=150369