الموضوع: Bukti Yang Meyakinkan Terhadap Hakikat An-Na’eem Al-A’dhom – Kenikmatan Teragung Yang Melampaui Nikmatnya Syurga-syurga Kenikmatan..

النتائج 1 إلى 2 من 2
  1. Post Bukti Yang Meyakinkan Terhadap Hakikat An-Na’eem Al-A’dhom – Kenikmatan Teragung Yang Melampaui Nikmatnya Syurga-syurga Kenikmatan..



    [ لمتابعة رابط المشاركـــــــــة الأصلية للبيـــــــــــان ]
    Untuk melihat postingan asal bayan ini


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    15 - 08 - 1435 هـ
    13 - 06 - 2014 مـ
    05:37 صباحاً
    ـــــــــــــــ



    البرهان اليقين على حقيقة النَّعيم الأعظم من نعيم جنَّات النَّعيم..

    Bukti Yang Meyakinkan Terhadap Hakikat An-Na’eem Al-A’dhom – Kenikmatan Teragung Yang Melampaui Nikmatnya Syurga-syurga Kenikmatan..


    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة أنبياء الله وأئمة الكتاب وجميع المؤمنين بالله ربّ العالمين لا يشركون به شيئاً في كل زمانٍ ومكانٍ حتى يُلاقوا ربَّهم بقلوبٍ سليمةٍ وهم آمنون..

    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sholawat dan salam ke atas seluruh Nabi Allah, para pemimpin yang menegakkan Kitabullah, dan ke atas semua orang yang beriman kepada Allah Tuhan Semesta Alam pada setiap masa dan tempat, yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apapun hinggalah mereka bertemu Tuhan mereka dengan hati yang suci bersih, sedang mereka itu berada di dalam keselamatan dan kedamaian..


    ويا أيّها الباحث عن البينة، لسوف نزيدك والعالمين عن آيات حقيقة النَّعيم الأعظم في قلوب قومٍ يحبّهم الله ويحبّونه، وسوف أُلقي بهذا السؤال؛ من الإمام المهدي ناصر محمد اليماني إلى عبيد النَّعيم الأعظم من أنصار المهديّ المنتظَر في عصر الحوار من قبل الظهور والنَّصر والتّمكين في العالمين وأقول لكم: يا معشر عبيد النَّعيم الأعظم، فماذا أنتم فاعلون لو أفتاكم الله يوم يقوم الناس لربّ العالمين وكلّمكم تكليماً من وراء الحجاب وقال لكم: "يا معشر الوفد المكرمين، إنّ رضوان الله على عباده لن يتحقق أبداً، وأمّا سبب حزن ربّكم في نفسه على الضالّين من عباده هو بسبب أنّه أرحم الراحمين وهم من رحمته يائسون". فماذا سوف يكون ردّكم يا معشر الوفد المكرمين عبيد النَّعيم الأعظم؟
    ونكرر السؤال للمرة الثانية ونقول: فلو أنّ الله يخاطبكم يوم يقوم النّاس لربّ العالمين فيقول لكم: "إنّ رضوان نفس ربّكم لن يتحقق على عباده الضالين ولن يذهب الحزنُ من نفس ربّكم بسبب أنّ ربّكم هو أرحم الراحمين، وسبب استمرارهم في العذاب هو بسبب يأسهم من رحمة الله أرحم الراحمين"، فماذا سوف يكون ردّكم يا معشر الوفد المكرمين من قومٍ يحبّهم الله ويحبّونه؟

    Wahai Pencari Bukti (forumer), sungguh kelak kami akan beri tambahan keterangan untukmu dan untuk semua orang, mengenai tanda-tanda hakikat An-Na’eem Al-A’dhom (nama Allah ke 100, sifat redha Allah dalam DiriNya ke atas hambaNya), yang ada dalam hati orang-orang yang Allah SWT mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, dan kelak aku akan lemparkan pertanyaan ini;

    Dari Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, kepada seluruh pengabdi An-Na’eem Al-A’dhom dari kalangan Ansar Al-Mahdi Al-Muntazhar di zaman hiwar sebelum muncul, lalu kemudian mendapatkan kemenangan dan kekuatan di seluruh dunia, aku katakan kepada kalian:

    Wahai sekalian pengabdi An-Na’eem Al-A’dhom, apakah yang akan kalian lakukan sekiranya Allah SWT menyatakan kepada kalian kelak, pada hari berdirinya sekalian manusia di hadapan Tuhan Semesta Alam, sedang Dia benar-benar berfirman dengan kata-kata dari balik hijab kepada kalian:

    “Wahai sekalian perutusan yang mulia, sesungguhnya keredhaan Allah ke atas hamba-hambaNya tidak akan tercapai dan terealisasi selama-lamanya, adapun yang menyebabkan kesalan dan kedukaan Tuhan kalian dalam DiriNya terhadap orang-orang yang sesat dari kalangan hamba-hambaNya, adalah dengan sebab bahawasanya Dia adalah Yang Maha Menyayangi dari sekalian penyayang, sedangkan mereka itu berputus-asa terhadap rahmatNya”.


    Jadi, apakah yang akan menjadi jawaban kalian, wahai sekalian perutusan yang mulia, pengabdi An-Na’eem Al-A’dhom
    ?


    Kami ulangi soalan ini untuk kali kedua, kami katakan:

    Sekiranya Allah SWT berfirman kepada kalian pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan Semesta Alam dengan menyatakan:

    “Sesungguhnya keredhaan Diri Tuhan kalian tidak akan terlaksana dan tidak akan menjadi kenyataan terhadap hamba-hambaNya yang sesat, dan kedukaan Diri Tuhan kalian tidak akan lenyap, kerana bahawasanya Tuhan kalian adalah Yang Maha Pengasih dari sekalian yang mengasihani, dan yang menyebabkan mereka terus-menerus berada di dalam azab seksaan adalah kerana mereka itu berputus-asa dari rahmat Allah, Yang Paling Penyayang di antara semua yang menyayangi”.


    Apakah kelak yang akan menjadi jawaban kalian wahai sekalian perutusan yang mulia, dari kalangan kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah
    ?



    ونكرر السؤال للمرة الثالثة: فماذا سوف يكون ردّكم لو علمتم أنّ رضوان نفس الله على عباده الضالّين لن يتحقق أبداً خالداً مخلداً إلى ما لا نهاية؟ وربّما يودّ كافةُ عبيد النَّعيم الأعظم من أنصار المهديّ المنتظَر في عصر الحوار من قبل الظهور أن يرفع كلٌّ منهم اصبعه السبابة يطلب الإذن بالردّ على هذا الجواب. ومن ثمّ يقاطعهم المهديّ المنتظَر ناصر محمد وأقول لهم جميعاً: لا داعي أن تردّوا على الجواب فنحن نعلم ما هو جوابكم، حقيقٌ لا ننطق عن حقيقة النَّعيم الأعظم في قلوب عبيد النَّعيم الأعظم إلا بالحقِّ ذلك مما ألهمني وعلمني ربّي.
    وأمّا جوابكم الواحد الموحّد فسوف تقولون: "يا رب، ما دمت لن تحقق لنا النَّعيم الأعظم رضوانَ نفسك وذهابَ حزنك فإن لعبيد النَّعيم الأعظم منك طلبٌ بلسانٍ واحدٍ موحّدٍ مجتمعين على قولٍ واحدٍ، فنحن لا نستطيع أن نرضى بنعيم جنّات النَّعيم وربنا متحسِّرٌ وحزينٌ على عباده الضالّين النّادمين على ما فرَّطوا في جنب ربّهم بعد أن ذاقوا وبال أمرهم، ونسألك اللهم بحقِّ عظيم نعيم رضوان نفسك على عبادك أن لا تجعلنا نرضى بنعيم جنّات النَّعيم خالدين مخلدين إلى ما لا نهاية ما دمت متحسِّراً وحزيناً، وحتى ولو لم يتحقق لنا نعيم رضوان نفسك على عبادك فلنا منك ربنا هذا الطلبُ؛ هو أن نبقى على الأعراف بين الجنّة والنار نبكي بدمعٍ منهمرٍ بشكلٍ مستمرٍ خالدين ما دام ربّنا أحبّ شيء إلى أنفسنا متحسِّراً وحزيناً على عباده الضالّين، فما الفائدة من نعيم جنّات النَّعيم وربّنا متحسِّر وحزينٌ؟ فنحن نرضى أن يكون هكذا حالنا خالدين بين الجنّة والنّار ما دمت متحسِّراً وحزيناً، ولن نرضى بجنّات النَّعيم ما دمت متحسِّراً وحزيناً وأنت على ذلك من الشاهدين وكفى بالله شهيداً".
    انتهى جواب عبيد النَّعيم الأعظم إلى ربّهم في هذا الحوار الافتراضي.

    Kami ulangi pertanyaan ini untuk kali ketiga:

    Apakah jawaban kalian kelak, sekiranya kalian mengetahui bahawa keredhaan Diri Allah ke atas hamba-hambaNya yang sesat, tidak akan terlaksana dan tidak akan menjadi nyata sama sekali selama-lamanya, hingga tiada penghujungnya dan tiada kesudahannya sampai bila-bila
    ?

    Barangkali seluruh pengabdi An-Na’eem Al-A’dhom dari kalangan anshar Al-Mahdi Al-Muntazhar di era hiwar sebelum muncul, yakni setiap orang dari mereka itu mahu mengangkat jari telunjuk mereka bagi meminta izin untuk membalas jawaban ini.
    Oleh itu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed menyela mereka, aku katakan pada mereka semuanya:

    Tidak perlu kalian memberikan balasan terhadap jawaban tersebut kerana kami mengetahui balasan dan jawaban kalian. Sudah selayaknya aku tidak mengatakan mengenai hakikat An-Na’eem Al-A’dhom yang ada dalam hati pengabdi An-Na’eem Al-A’dhom melainkan dengan kebenaran, kerana yang demikian ini merupakan sesuatu yang telah diilhamkan oleh Tuhanku kepadaku dan diajarkanNya.


    Adapun jawaban kalian yang sama dan serentak, maka kelak kalian akan mengatakan:

    “Wahai Tuhan, selagi tidak akan terlaksana bagi kami An-Na’eem Al-A’dhom, menjadi nyata keredhaan DiriMu dan lenyap kesalan dan kedukaanMu, maka sesungguhnya bagi para pengabdi An-Na’eem Al-A’dhom dariMu, ada sebuah permintaan dengan satu suara, yang semuanya sepakat bersama-sama mengatakan ucapan yang senada, kerana kami tidak mampu untuk puas dan redha dengan kenikmatan Syurga-syurga Na’eem sedang Tuhan kami kesal dan duka terhadap hamba-hambaNya yang sesat, yang menyesali segala kewajiban yang telah mereka abaikan dan lalaikan terhadap Tuhan mereka setelah mereka merasakan (azab seksaan) akibat buruk dari perbuatan mereka.”


    “Maka kami memohon kepadaMu Ya Allah, dengan haq Keagungan dari Kenikmatan Redha DiriMu terhadap hamba-hambaMu, agar Engkau tidak menjadikan kami rela dan puas dengan nikmatnya Syurga-syurga Kenikmatan selama-lamanya, hingga tiada penghujungnya dan tiada kesudahannya sampai bila-bila selagimana Engkau dalam keadaan kesal dan duka, bahkan sekalipun Nikmat Keredhaan DiriMu tidak terlaksana bagi kami terhadap hamba-hambaMu.”

    “Maka bagi kami dariMu wahai Tuhan kami, sebuah permintaan ini; Agar kami ini tetap kekal berada di atas Al-A’raaf, di antara Syurga dan Neraka, menangisi dan bersedih dengan cucuran air mata yang deras terus menerus tiada kesudahannya selagimana Tuhan kami -Sesuatu yang paling kami cintai di dalam diri kami ini- kesal dan duka terhadap hamba-hambaNya yang sesat.

    Apakah artinya kenikmatan Syurga-syurga yang penuh nikmat sedang Tuhan kami kesal dan duka?. Maka kami rela keadaan kami tetap seperti itu, kekal selama-lamanya di antara Syurga dan Neraka selagimana Engkau kesal dan duka. Kerana kami tidak akan puas dengan Syurga-syurga Kenikmatan selagimana Engkau kesal dan duka, sedang Engkau terhadap yang demikian ini termasuk yang menyaksikan dan cukuplah Allah sebagai saksi.”


    Selesai jawaban dari para pengabdi An-Na’eem Al-A’dhom kepada Tuhan mereka dalam hiwar yang diasumsikan ini.


    وبما أنّني أعلم علم اليقين أنّني الإمام المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني أقسم بمن رفع السّبع الشداد وثبت الأرض بالأوتاد وأهلك ثمودَ وعاداً وأغرق الفراعنة الشداد أنّ في هذه الأمّة قوماً يحبّهم الله ويحبّونه سيجدون هذا الجواب حاضراً في قلوبهم وأنّهم حقاً سوف يكون هذا ردّهم لا شك ولا ريب.

    Oleh kerana aku mengetahui dengan yakin, bahawa aku adalah Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed Al-Yamani, aku bersumpah demi Yang Meninggikan tujuh langit yang kokoh, Yang Meneguhkan bumi dengan pasak-pasak, Yang Menghancurkan kaum Tsamud dan kaum ‘Aad, Yang Menenggelamkan Firaun beserta bala tenteranya dengan dahsyatnya, bahawa sesungguhnya pada ummat ini ada kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yang akan menemukan jawaban ini ada di dalam hati mereka, dan bahawasanya mereka benar-benar akan membalas dengan jawaban ini tanpa syak dan ragu lagi.


    ونأتي إلى الحقيقة الثانية، فلو أنّ الله يردُّ عليهم فيقول: "يا معشر العبيد الوفد المكرمين، ما دام هكذا بلا حدودٍ إصرارُكم على تحقيق رضوان نفس ربّكم وذهاب حزنه على الضالّين المعذبين من عبادي فلتقْذفوا بأنفسكم في نار جهنّم جميعاً إلى ما شاء ربّكم، فمن ثمّ أخرجكم منها وإياهم فأُدخلكم في رحمتي التي وسعت كل شيءٍ". فماذا تظنّونهم سوف يفعلون يا معشر المسلمين؟ وأقسم بالله العظيم ربّ السماء والأرض وما بينهما وربّ العرش العظيم لو يكون ذلك شرطاً لتحقيق نعيم رضوان نفس الربّ لرأيتم الوفد المكرمين قوماً يحبّهم الله ويحبّونه ذكوراً وإناثاً ينطلقون نحو أبواب جهنّم بأقصى سرعاتهم، وكلٌّ منهم يريد أن يسبق الوفد أجمعين إلى نار جهنم ليلقي بنفسه فيكون الأوّل في قعر نار جهنّم لو كان في ذلك الثمن أنْ يتحقق رضوان نفس الله على عباده الضالّين! والوفدُ المكرمون على ذلك من الشاهدين أنّ الإمام المهدي ينطق بما يعلمونه حاضراً الآن في قلوبهم وهم على ذلك من الشاهدين.

    Kami bawakan hakikat yang kedua, seandainya Allah SWT membalas mereka dengan menyatakan:

    “Wahai sekalian hamba-hamba perutusan yang mulia, selagimana tekad dan nekad kalian tetap seperti itu tanpa batas untuk merealisasikan keredhaan Diri Tuhan kalian dan lenyapnya kesalan dan kedukaanNya ke atas orang-orang sesat, yang diseksa dari hamba-hambaKu, maka lemparkanlah diri-diri kalian ke dalam Neraka Jahannam semuanya, sehingga sampai pada ketika yang dikehendaki oleh Tuhan kalian, baru kemudian Tuhan kalian akan mengeluarkan kalian dari Neraka Jahannam itu beserta mereka, lalu memasukkan kalian semua ke dalam rahmatKu yang meliputi segala sesuatu”.


    Apakah yang akan mereka lakukan kelak menurut perkiraan kalian terhadap mereka, wahai sekalian kaum muslimin
    ?

    Aku bersumpah demi Allah yang Maha Agung, Tuhan langit dan bumi beserta seluruh yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Memiliki Arasy yang agung, seandainya yang demikian itu merupakan syarat untuk merealisasikan Kenikmatan Redha Diri Tuhan, nescaya kalian menyaksikan para perutusan yang mulia itu, kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan, kesemuanya bergerak dan berpindah menuju pintu-pintu Jahannam dengan seluruh kecepatan dan kepantasan mereka, di mana setiap orang dari mereka saling mendahului dan berlomba-lomba dengan perutusan yang lain menuju Neraka Jahannam, untuk melemparkan dirinya supaya dia menjadi orang yang pertama sampai ke dasar Neraka Jahannam, andai yang demikian ini merupakan sebuah harga bagi melaksanakan dan merealisasikan Keredhaan Diri Allah terhadap hamba-hambaNya yang sesat
    !

    Para perutusan yang mulia menjadi saksi terhadap yang demikian ini, bahawasanya Al-Imam Al-Mahdi mengatakan sesuatu yang mereka mengetahuinya ada dan hadir sekarang ini di dalam hati mereka, sedang mereka terhadap yang demikian ini menjadi saksi.



    وكذلك نفتي بالحقيقة الثالثة ونؤكد ذلك بالقسم بالله الواحد القهّار من يبعث من في القبور ويعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور وإليه النشور أنّهم لن يرضوا بملكوت الله أجمعين في جنّات النَّعيم من أدناها إلى الدرجة العاليّة الرفيعة التي تسمى بالوسيلة في جنة النَّعيم أقرب درجةٍ إلى ذي العرش العظيم وحتى لو جعل الله كلّاً منهم هو العبد الأقرب إلى عرش الربّ والعبد الأحبّ إلى نفس الربّ وأيَّد كلّاً منهم بأمر الكاف والنون فيقول لشيءٍ كن فيكون فإنه لن يرضى أيّ من عبيد النَّعيم الأعظم بذلك كله حتى يتحقق رضوان نفس أحبّ شيءٍ إلى قلوبهم الله أرحم الراحمين لا متحسِّراً ولا حزيناً وهم على ذلك من الشاهدين لكونهم موجودون في هذه الأمّة.
    وعلى كلٍّ منهم ممن أظهرهم الله على بياني هذا أن يُلقي بشهادة الحقِّ عنده من الله، ويُزكِّي الشهادة على هذه الحقيقة في قلبه بالقسم بالله العظيم من يحيي العظام وهي رميم ربّ السماوات والأرض وما بينهما وربّ العرش العظيم أنّ ما نطق به الإمام المهدي ناصر محمد اليماني في بيانه هذا عن الحقائق في قلوب قومٍ يحبّهم الله ويحبّونه أنّه قد وجده حاضراً في قلبه لا شك ولا ريب، فتذكروا قول الله تعالى: { وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ } صدق الله العظيم [البقرة:283].

    المُعلِم بحقيقة النَّعيم الأعظم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
    ـــــــــــــــ

    Demikian juga kami nyatakan hakikat yang ketiga, dan kami tegaskan yang demikian ini dengan bersumpah, demi Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, Yang Membangkitkan semua orang di dalam kubur, Yang Mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam hati, kepadaNya seluruh makhluk dikembalikan setelah kebangkitan, bahawa sesungguhnya mereka itu tidak akan puas dengan seluruh Kerajaan Allah dalam Syurga-syurga Kenikmatan, dari yang paling rendah hinggalah ke derajat dan kedudukan yang paling tinggi, yang dinamakan dengan Al-Wasilah di dalam Syurga Kenikmatan, derajat dan kedudukan yang paling dekat dengan Pemilik Arasy yang agung.

    Bahkan seandainya Allah SWT menjadikan setiap orang dari mereka itu sebagai hambaNya yang paling dekat dengan Arasy Tuhan, sebagai hambaNya yang paling dicintai DiriNya, lalu Allah memperkuat setiap dari mereka itu dengan kemampuan melaksanakan perintah Kaaf dan Nuun, di mana sekiranya dia mengatakan kepada sesuatu Kun Fa Yakuun (Jadilah, maka menjadilah sesuatu itu), maka sesungguhnya setiap dari kalangan pengabdi An-Na’eem Al-A’dhom, mereka tidak akan pernah puas dengan yang demikian seluruhnya, kecuali terlaksananya dan terealisasinya Keredhaan Diri Allah SWT, Sesuatu Yang Paling Mereka Cintai dalam hati mereka. Agar Yang Paling Penyayang di antara semua yang menyayangi itu tidak berduka apalagi murka, sedang mereka termasuk saksi terhadap yang demikian ini kerana mereka itu (kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah), ada dalam umat ini.

    Hendaklah setiap orang dari mereka semua, dari kalangan yang telah Allah SWT perlihatkan kepada mereka terhadap bayanku ini, agar membuat pernyataan, keterangan yang haq padanya dari Allah, lalu menguatkan dan menegaskan kesaksian terhadap hakikat ini di dalam hatinya dengan bersumpah demi Allah yang menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh, Tuhan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Pemilik Arasy yang agung, bahawasanya apa yang dinyatakan oleh Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani pada keterangannya ini, mengenai hakikat-hakikat di dalam hati kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, benar-benar dapat dirasakannya dan ianya ada, hadir dalam hatinya tanpa syak dan ragu lagi. Maka ingatlah kalian akan firman Allah SWT: dan janganlah kamu [para saksi] menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (283)
    Maha Benar Allah
    (Al-Baqarah)


    Guru Yang Mengajarkan Hakikat An-Na’eem Al-A’dhom,
    Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.


    ـــــــــــــــ


    ملاحظة إلى أحبتي في الله الباحثين عن الحقّ جميعاً:
    سوف تجدون الشهادات تترى عجب العجاب! ومن ثمّ تتفكروا في هذه الحقيقة التي اجتمع عليها هؤلاء القوم من ذكرٍ وأنثى وهم لا يعرفون بعضهم بعضاً؛ بل جماعات في بقاعٍ شتى في الأرض من مختلف دول البشر، فكيف أنّهم اجتمعوا على الحبِّ الأشدِّ والأعظم لله! ولذلك اتّخذوا عند الرحمن عهداً أن لا يرضوا حتى يرضى. إذاً يا إخواني، فهنا تتفكرون في أنفسكم كيف وُجِدَتْ هذه الحقيقة في قلوب هؤلاء، فلا بدّ أنّ وراء ذلك سرٌّ عظيمٌ؟ ومن ثمّ يساعدكم الإمام المهديّ على معرفة هذا السرِّ العظيم؛ بل أعظم سرٍّ في الكتاب على الإطلاق حقيقة اسم الله الأعظم؛ بل هو أكبر آيةٍ في الوجود لحقيقة وجود الربّ سبحانه، وتلك حقيقة رضوان نفس الله على عباده.

    Catatan kepada para kekasihku di jalan Allah, para pencari kebenaran seluruhnya:

    Kelak kalian akan mendapatkan banyak pernyataan dan kesaksian satu demi satu secara luarbiasa dan mengagumkan! Kemudian fikirkanlah mengenai hakikat ini, yang telah menyatukan mereka semua sepakat mengenainya.

    Mereka adalah kaum yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan sedang mereka tidak saling mengenal antara satu sama lain; Bahkan mereka adalah kumpulan-kumpulan dari tempat yang berbeza-beza di bumi, yang datang dari pelbagai negara di dunia.

    Maka betapa mereka semua menyatu demi cinta yang paling besar dan paling agung semata-mata kerana Allah! Demikian ini kerana mereka telah membuat perjanjian dengan Ar-Rahman -Tuhan Yang Maha Pemurah-, mereka berjanji bahawa mereka tidak akan redha (terhadap sesuatu) kecuali sekiranya Allah redha (terhadap sesuatu itu).


    Jika demikian wahai saudara-saudaraku, maka di sini kalian memikirkannya di dalam diri kalian, bagaimana hakikat ini didapatkan di dalam hati mereka, tentu di sebalik yang demikian itu terdapat sebuah rahsia besar
    ?

    Oleh itu Al-Imam Al-Mahdi membantu kalian untuk mengetahui rahsia yang besar ini; Bahkan ianya adalah sebesar-besar rahsia di dalam Al-Qur’an tanpa sebarang pengecualian, hakikat Nama Allah Yang Teragung; Bahkan ianya adalah tanda terbesar dalam kewujudan bagi hakikat Wujud Tuhan Maha Suci Dia, itulah hakikat Keredhaan Diri Allah terhadap hamba-hambaNya.



    وربّما يودّ أحدُّ أحبتي علماء المسلمين المكرمين أنْ يقول: "مهلاً مهلاً يا ناصر محمد، فكلنا نحبُّ الله، ومن ذا الذي لا يحبّ الله من المسلمين؟". فمن ثمّ يرد ُّعليه الإمام المهدي ناصر محمد اليماني وأقول:
    اللهم نعم فكلُّ مسلمٍ يحبّ الله، ولكن فهل نُلتُم محبة الله؟ فوالله لا تشعرون بما يشعر به عبيد النَّعيم الأعظم حتى تكونوا من قومٍ يحبّهم الله ويحبّونه، وهم الذين تفكّروا في حال ربّهم في بيانات الإمام المهديّ ناصر محمد اليمانيّ، وتفكروا كيف لو أنّ أحدهم يرى أمّه أو أبيه أو ابنه أو أخيه يصطرخ في نار جهنّم؛ فكيف سوف يكون حاله؟ وربّما تودُّ إحدى الأمهات أن تقول: "يا ناصر محمد، والله لن أهنأ بجنّة ربّي وأنا أرى ولدي يتعذب في نار الجحيم، فيا حسرتي على ولدي لو يكون من أصحاب الجحيم". فمن ثمّ يردّ عليها الإمام المهديّ وأقول لها: إنما أنتِ من عبيد الله أرحم الراحمين، فإذا كان هذا حالك فتفكري كيف حال من هو أرحم من الأمّ بولدها اللهَ أرحمَ الراحمين.

    Barangkali ada seorang dari kekasihku, kalangan ulama kaum muslimin yang mulia ingin mengatakan:

    “Nanti dulu, tenang sebentar wahai Naser Mohammed, setiap orang dari kami ini mencintai Allah, siapakah dari kalangan kaum muslimin yang tidak mencintai Allah
    ?”.

    Oleh itu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalas, aku katakan:


    Ya Allah benar, setiap muslim mencintai Allah, akan tetapi adakah kalian berhasil mendapatkan Kecintaan Allah?
    Kerana demi Allah, kalian tidak merasakan apa yang dirasakan oleh para pengabdi An-Na’eem Al-A’dhom melainkan jika kalian termasuk dari kalangan kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah.

    Mereka adalah orang-orang yang memikirkan tentang hal dan keadaan Tuhan mereka pada bayan-bayan Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, dan mereka memikirkan bagaimana sekiranya seorang dari mereka melihat ibunya, atau ayahnya, atau anaknya, atau saudaranya meraung-raung meminta pertolongan di dalam Neraka Jahannam; maka bagaimanakah hal dan keadaannya kelak
    ?


    Barangkali ada salah seorang dari kaum ibu ingin mengatakan:

    “Wahai Naser Mohammed, demi Allah aku tidak akan senang dan bahagia dengan Syurga sedang aku melihat anakku disiksa dalam Neraka Jahannam, alangkah besarnya kesalku dan kedukaanku terhadap anakku sekiranya dia menjadi penghuni Neraka Jahim”.

    Maka dengan ini Al-Imam Al-Mahdi membalas ibu itu, aku katakan padanya:

    Sesungguhnya engkau hanyalah kalangan pengabdi Allah Yang Paling Penyayang dari sekalian yang
    menyayangi, dan ketika hal dan keadaanmu sahaja begini, maka fikirkanlah bagaimana hal dan keadaan Yang Lebih Penyayang dari ibu yang menyayangi anaknya, fikirkanlah bagaimana hal dan keadaan Allah, Yang Lebih Menyayangi di antara semua yang penyayang.



    وربّما يودُّ كافةُ علماء المسلمين أن ينطقوا بلسانٍ واحدٍ فيقولون: "مهلاً مهلاً يا ناصر محمد اليماني، فإن الله ليس بحزينٍ على الكافرين المعرضين عن دعوة رسل ربّهم". فمن ثمّ يردُّ عليهم الإمام المهديّ ناصر اليماني وأقول: ألا تعلمون أنّ الرسل المكرمين يتحسرون على الكفار المعرضين المكذبين بدعوتهم؟ وعلى رأس المتحسِّرين خاتم الأنبياء والمرسلين محمد رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم، ولذلك خاطب الله نبيَّه وقال تعالى:
    { فَلَا تَذْهَب نَفْسك عَلَيْهِمْ حَسَرَات } صدق الله العظيم [فاطر:8]. وإنّما الحسرة عليهم هي الأسف والحزن على الكفار المعرضين، ولذلك خاطب الله نبيَّه وقال الله تعالى: { فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا } صدق الله العظيم [الكهف:6].

    Mungkin sahaja seluruh ulama kaum muslimin mahu menyatakan ucapan yang sama, mereka mengatakan:

    “Nanti dulu, tenang wahai Naser Mohammed Al-Yamani, sesungguhnya Allah SWT tidak duka dan murka terhadap orang-orang kafir yang berpaling dari seruan dakwah para Rasul dari Tuhan mereka”.

    Oleh itu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalas mereka, aku katakan:

    Tidakkah kalian mengetahui bahawa para Rasul yang mulia itu kesal dan duka terhadap orang-orang kafir yang berpaling dan mendustakan seruan dakwah mereka
    ?


    Begitu juga terhadap ketua para Rasul yang kesal dan duka, Penutup Para Nabi dan Rasul, Muhammad Rasulullah SAW. Sebab itulah Allah SWT berfirman kepada NabiNya dengan firmanNya:


    Maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka
    Maha Benar Allah SWT
    (Al-Faathir)


    Sesungguhnya kesedihan terhadap mereka itu adalah kedukaan dan kekesalan terhadap kaum kuffar yang berpaling, kerana itulah Allah SWT berfirman kepada NabiNya dengan firmanNya SWT:

    Maka [apakah] barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini [Al Qur’an] (6)
    .
    Maha Benar Allah
    (Al-Kahfi)



    ومن ثمّ يردّ علينا علماء الأمّة بالإقرار بحسرة محمدٍ رسول الله -صلّى الله عليه وآله وسلّم- على الكافرين، ومن ثم يقيم الإمام المهديّ عليهم الحجّة ونقول: يا أحبتي في الله، إذا كان هذا حال محمدٍ رسول الله -صلّى الله عليه وآله وسلّم- متحسِّراً وحزيناً على الكافرين المعرضين برغم أنهم لا يزالون مصرين على كفرهم وعنادهم ولذلك نهى الله نبيَّه أن يتحسّر عليهم وهم لا يزالون مصرين على كفرهم وعنادهم، ولكنَّ ربّ العالمين تجدونه في الكتاب متحسِّراً على عباده الذين أصبحوا نادمين على ما فرَّطوا في جنب ربّهم، فحين جاءتهم الحسرة في أنفسهم على ما فرطوا في جنب ربّهم تصديقاً لقول الله تعالى:
    { أَن تَقُولَ نَفْسٌ يَا حَسْرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِي جَنبِ اللَّـهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ السَّاخِرِينَ ﴿٥٦﴾ } صدق الله العظيم[الزمر]، فمن ثم تأتي الحسرةُ في نفس الله على عباده النادمين على ما فرّطوا في جنب ربّهم من بعد أن أهلكهم الله وهم عن دعوة الحقِّ معرضون. وقال الله تعالى: { إِنْ كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ (29) يَا حَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِ مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ (30) أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنَ الْقُرُونِ أَنَّهُمْ إِلَيْهِمْ لَا يَرْجِعُونَ (31) وَإِنْ كُلٌّ لَمَّا جَمِيعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُونَ (32) } صدق الله العظيم [يس].

    Setelah itu, para ulama umat merespon kami dengan mengakui kedukaan dan kesedihan Muhammad Rasulullah SAW terhadap orang-orang kafir, oleh itu Al-Imam Al-Mahdi menegakkan hujjah terhadap mereka kami katakan:

    Wahai para kekasihku di Jalan Allah, tatkala yang demikian ini merupakan hal dan keadaan Muhammad Rasulullah SAW, yang bersedih dan berdukacita terhadap orang-orang kafir yang berpaling meskipun mereka terus menerus dalam keingkaran dan kedegilan mereka, kerana itulah Allah SWT melarang NabiNya untuk meratapi, menyesali dan berdukacita terhadap mereka sedang mereka itu tetap mengingkari dan berdegil.


    Bahkan Tuhan Semesta Alam, kalian akan mendapati di dalam Al-Qur’an bahawa Dia kesal dan duka terhadap hamba-hambaNya, yang telah menjadi orang-orang yang menyesali atas kewajiban yang dahulu mereka lalai dan abaikan terhadap Tuhan mereka, maka ketika datang kepada mereka kekesalan dan kedukaan di dalam diri mereka terhadap kewajiban yang mereka lalaikan dahulu terhadap Tuhan mereka, sesuai firman Allah SWT:

    Supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku/kesedihanku atas kelalaianku dalam [menunaikan kewajiban] terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan [agama Allah] (56)
    ,
    Maha Benar Allah
    (Az-Zumar),
    lalu setelah itu datanglah kedukaan dan kemurkaan di dalam Diri Allah terhadap hamba-hambaNya yang menyesali semua kewajiban yang mereka lalaikan terhadap Tuhan mereka, setelah Allah SWT membinasakan mereka sedang mereka berpaling dari seruan dakwah yang haq.

    Allah SWT berfirman:
    Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati. (29) Alangkah besarnya penyesalan/kesedihan terhadap hamba-hamba itu, tiada datang seorang rasulpun kepada mereka melainkan mereka selalu memperolok-olokkannya. (30) Tidakkah mereka mengetahui berapa banyaknya umat-umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan, bahwasanya orang-orang [yang telah Kami binasakan] itu tiada kembali kepada mereka. (31) Dan setiap mereka semuanya akan dikumpulkan lagi kepada Kami. (32)
    Maha Benar Allah
    (Yasin)



    فهذا هو حال اللهِ أرحم الراحمين فما خطبكم تسألون عن أحوال بعضكم بعضٍ ولا تتفكرون كيف حالُ حبيبَكم الله أرحم الراحمين؟ وما أرحمه من إلهٍ وحده لا شريك له.

    Inilah hal dan keadaan Allah SWT Yang Paling Penyayang dari semua yang menyayangi, maka apakah urusan kalian saling bertanya mengenai hal dan keadaan kalian satu sama lain, namun tidak memikirkan bagaimana hal dan keadaan Kekasih kalian Allah SWT Yang Paling Penyayang dari sekalian yang menyayangi? Tiada tuhan yang lebih penyayang dariNya, Yang Maha Esa lagi tiada sekutu bagiNya.


    ويا معشر الصالحين، فهل ترون أنكم سوف تهنأون بالحور العين وجنّات النعيم وربّكم متحسِّر وحزينٌ؟ فإن كنتم ترون أنكم سوف تكونون سعداء بجنّات النّعيم وربّكم متحسِّر وحزينٌ فهذا شأنكم، ولكن أقسم بالله العظيم البرّ الرحيم لو قدَّر الله بعث الإمام المهديّ في عصر الأنبياء وبيَّن لكافة الأنبياء والمرسلين حقيقة اسم الله الأعظم لما دعا نبيٌّ على قومه، ولاستمروا في دعوتهم حتى يجعلوا الناس أمّةً واحدةً على صراطٍ مستقيمٍ لكون الأنبياء والمرسلين يحبّون الله كما يحبّ الله قوماً يحبّهم الله ويحبّونه، ولكنَّ الله مَنَّ على هذه الأّمة أنْ قدر بعثَ الإمام المهديّ فيهم ليُعْلِمهم بالحقيقة العظمى في الكتاب ولذلك خلقهم ليتخذوا رضوان الله غايةً فلا يرضوا حتى يرضى. وأمّا الذين يتخذون رضوان الله وسيلةً ليدخلهم جنّته فلهم ذلك، إن الله لا يخلف الميعاد.

    Wahai sekalian hamba-hamba Allah yang sholeh, apakah kalian berpendapat bahawa kelak kalian akan dapat berbahagia dan bersenang lenang dengan bidadari-bidadari bermata jeli lagi cantik paras rupanya, dan bersukacita dengan Syurga-syurga Kenikmatan sedang Tuhan kalian kesal dan duka
    ?

    Sekiranya kalian berpendapat bahawa kelak kalian akan menjadi orang-orang yang bahagia dengan Syurga-syurga Kenikmatan sedang Tuhan kalian kesal dan duka, maka itu adalah urusan kalian, namun aku bersumpah demi Allah Yang Maha Agung, Maha Baik lagi Maha Mengasihani, seandainya Allah telah mentakdirkan perutusan Al-Imam Al-Mahdi pada zaman para Nabi, dan Al-Mahdi menjelaskan kepada seluruh para Nabi dan Rasul mengenai hakikat nama Allah Yang Terbesar, nescaya tidak seorang Nabi mendoakan keburukan untuk kaumnya.

    Mereka (para Nabi dan Rasul) tentu meneruskan seruan dakwah mereka itu sehingga mereka berhasil menjadikan manusia seluruhnya sebagai satu umat yang berada di Jalan Yang Lurus, kerana para Nabi dan Rasul mencintai Allah SWT, sebagaimana Allah SWT mencintai kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah.


    Namun Allah SWT telah menganugerahkan kepada umat ini, dengan mentakdirkan perutusan Al-Imam Al-Mahdi pada mereka untuk mengajarkan kepada mereka sebuah hakikat yang agung dalam Al-Qur’an, dan kerana hakikat itulah Dia telah menciptakan mereka, agar mereka menjadikan Keredhaan Allah sebagai tujuan, hingga mereka tidak meredhai melainkan sekiranya Allah redha.

    Adapun orang-orang yang menjadikan Keredhaan Allah sebagai wasilah, sebagai jalan agar Allah memasukkan mereka ke dalam SyurgaNya, maka bagi mereka yang demikian itu, sesungguhnya Allah SWT tidak menyalahi janji.



    ولكنّني الإمام المهديّ ناصر محمد أقول: يا عجبي الشديد الشديد؛ تهنأ قلوبُ العبيد بالحور العين وجنّات النعيم وأحبّ شيءٍ إلى أنفسهم الربِّ المعبود متحسِّر وحزين! هيهات هيهات وربّ الأرض والسماوات لن يرضى الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني حتى يرضى أحبُّ شيءٍ إلى نفسي في الوجود الله أرحم الراحمين، فله أعبدُ وله أسجدُ والحمد لله ربّ العالمين.

    Akan tetapi aku Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed mengatakan:

    Betapa sangat-sangat mengherankanku; Bahagianya hati para pengabdi dengan bidadari yang bermata jeli lagi cantik paras rupanya, serta senangnya hati para hamba dengan Syurga-syurga Kenikmatan sedangkan Sesuatu yang paling mereka cintai yakni Tuhan Yang Disembah dalam keadaan kesal dan duka! Jauh, jauh sekali.

    Demi Tuhan bumi dan langit. Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani tidak akan redha melainkan Sesuatu yang paling aku cintai dalam kewujudan redha, Dialah Allah Yang Paling Penyayang dari sekalian yang menyayangi, kepadaNya aku bersembah, dan kepadaNya aku bersujud. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam.



    وننتظر الشهادات، وتدبّروها، فسوف تأتينا من معشر قومٍ يحبّهم ويحبّونه من مختلف دول العالمين، فكونوا على شهاداتهم من الشاهدين، وبلّغوا بعضكم بعضاً يا معشر الأنصار بهذا البيان ذي الأهمية الكبرى ليحضروا فيلقوا بشهاداتهم بالحقّ.

    Kami menantikan keterangan, pernyataan dan kesaksian, lalu kalian renungkanlah semua itu, kerana kelak sekalian kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, akan datang kepada kita dari berbagai-bagai negara di seluruh dunia.

    Maka jadilah kalian sebagai saksi terhadap keterangan, pernyataan dan kesaksian mereka itu, dan
    sampaikanlah bayan yang memiliki kepentingan besar ini oleh sebahagian kalian kepada sebahagian yang lain wahai sekalian Anshar, agar mereka datang dan menyatakan kesaksian mereka dengan haq.




    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
    أخوكم الذليل على المؤمنين العزيز على شياطين البشر؛ المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني.

    Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji hanya
    bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


    Saudara kalian yang rendah hati terhadap orang-orang yang beriman,
    keras dan tegas terhadap syaitan-syaitan manusia;


    Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed Al-Yamani

    ـــــــــــــــــــ

    sumber:
    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=147058

    link keterangan dan kesaksian:
    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=148073


  2. افتراضي

    saya selalu bercerita pada anak isteri saudara dan teman teman tentang kegembiraan yang ALLAH janjikan di Syurga....tiada kegembiraan di Syurga jika tertanya-tanya dimanakah gerangan adik,abang ibu bapa isteri dan anak anak kalau mereka tiada disisi kita tapi ALLAH SWT telah melupakan penghuni Syurga pada mereka yang tiada di Syurga dan tiada apa lagi yang kita MAMPU LAKUKAN UNTUK MEMBAWA ORANG YANG KITA KASIHI kecuali di Dunia inilah tempatnya untuk kita memastikan kita BERSAMA-SAMA ke Syurga ALLAH .... semoga ALLAH menempat saya dan saudara-saudara sekalian bersama orang yang dikasihi di SyurgaNYA yang mengalir air sungai di bawahnya.

المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 02-06-2018, 01:06 AM
  2. مشاركات: 3
    آخر مشاركة: 06-06-2016, 11:04 AM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 26-03-2016, 01:18 PM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 14-02-2016, 10:44 AM
  5. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 23-01-2014, 09:36 PM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •