إلى علم الجهاد الذي يريد أن يضل العباد والحق لهُ لبالمرصاد..


- 3 -
الإمام ناصر محمد اليماني
Imam Naser Muhammad Al-Yamani
07 - 05 - 1429 هـ
13 - 05 - 2008 مـ
08:59 مساءً

08:59 PM
ـــــــــــــــــــــــــــــ



إلى علم الجهاد الذي يريد أن يضلّ العباد والحقّ لهُ لبالمرصاد..

Kepada Panji Jihad (forumer) Yang Ingin Menyesatkan Hamba-hamba Allah, Padahal Al-Haq Benar-benar Mengawasi Perilakunya


بسم الله الرحمن الرحيم ، والصلاة والسلام على جميع الأنبياء والمُرسلين وآلهم الطيبين الطاهرين والتابعين للحق إلى يوم الدين ولا أفرق بين أحد من رُسله وأنا من المُسلمين، وبعد..

Aku mulai dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sholawat dan salam penghormatan ke atas seluruh nabi dan rasul
serta ahli keluarga mereka yang baik
lagi suci beserta para pengikut kebenaran hingga hari kiamat.

Tidaklah aku membeza-bezakan
seorangpun di antara para rasul Allah dan sesungguhnya aku ini termasuk di kalangan orang-orang yang berserah diri - muslimin


ويا علم الجهاد، إنّي أراك تقول على الله ما لم تعلم بقول الظنّ الذي لا يُغني من الحقّ شيئاً وتأتينا بثرثرةٍ طويلةٍ عريضةٍ لا يفهم الباحث منها شيئاً ولا يستفيد منها شيئاً، ومن ثم تأتينا بآياتٍ من القرآن لتجعلها دليلاً على ما تزعم به ولا شأن لها بثرثرتك شيئاً، وكذلك لم تردّ على أسئلتي ولست أسألك لتزيدني علماً وأعوذ بالله من علمك وإنما لأبيّن للناس ضلالك فتصف لنا ربّك الذي تُقابله فأعطاك راية الجهاد فسلّمها إليك من يمينه إلى يُمناك! وتهربت من الإجابة حتى لا يعلم الناس بضلالك وتريد أن تعرّف الناس بالله ربهم، وأدخلت الباحث في متاهاتٍ وتخبطاتٍ وخزعبلاتٍ، ومن ثم تأتينا بآياتٍ لتجعلها بزعمك دليلاً على الخزعبلات ولا شأن لها بخزعبلاتك، ولكني المهديّ المنتظَر الحقّ الإمام ناصر محمد اليماني سوف يأتي الناس بتعريف لربي وربهم الله ربّ العالمين، وأقول: يا أيها الباحث من الناس عن الحق، إن الله يقول في القرآن العظيم بأنّ لكُلّ فعلٍ فاعلاً ولا بُدّ لخلق الإنسان والسماوات والأرض من فاعلٍ. وقال الله تعالى مخاطباً المُلحدين: {أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ‌ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ ﴿35﴾ أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضَ ۚ بَل لَّا يُوقِنُونَ ﴿36﴾} صدق الله العظيم [الطور].

Wahai Panji Jihad, sesungguhnya aku mendapati engkau mengatakan terhadap Allah dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahuinya, dengan keraguan dan sangkaan yang sama sekali tidak berguna untuk mencapai kebenaran.

Engkau mendatangkan omongan dan ocehan panjang yang berlarut-larut, yang tidak difahami darinya suatu apapun oleh pencari kebenaran, lagi tidak dapat diambil manfaat darinya sedikitpun.

Lalu engkau ajukan pula kepada kami ayat-ayat dari Al-Qur'an agar engkau dapat menjadikannya sebagai dalil terhadap apa yang engkau katakan tanpa bukti padahal ayat-ayat Al-Qur'an itu tidak ada kena mengena samasekali terhadap omonganmu dan ocehanmu yang panjang berlarut-larut. Begitupun, engkau tidak
juga membalas pertanyaan-pertanyaan dariku.

Aku tidak mengajukan pertanyaan kepadamu dengan tujuan agar mendapat jawaban darimu supaya bertambah ilmuku -aku berlindung kepada Allah dari ilmumu- aku bertanya kepadamu hanyalah supaya aku dapat menjelaskan kepada manusia tentang kesesatanmu, dimana engkau menyatakan kepada kami bahawa engkau bertemu Tuhanmu, lalu Dia memberimu Panji Jihad dengan menyerahkan panji itu dari tangan kanan-Nya ke tangan kananmu
!

Engkau menghindar dari menjawab agar orang-orang tidak mengetahui kesesatanmu, lalu engkau ingin memberitahukan manusia mengenai Allah dan mendefinisikan Tuhan mereka. Kemudian engkau membawa masuk pencari kebenaran ke dalam teka-teki, dilema, tahyul, kelakar dan senda gurau.

Setelah itu pula, engkau bawakan kepada kami ayat-ayat agar engkau dapat menjadikannya -menurut sangkaanmu- sebagai dalil terhadap senda guraumu padahal ayat-ayat yang engkau nyatakan itu sama sekali tidak ada kena-mengenanya dengan tahyul dan gurauanmu.

Akan tetapi aku Imam Mahdi Al-Muntazar yang sejati, Imam Naser Muhammad Al-Yamani, kelak akan mendatangkan kepada manusia ta'rif yakni definisi, pengenalan dan informasi terhadap Tuhanku dan Tuhan mereka, iaitu Allah-Tuhan Semesta Alam, dan aku katakan:

Wahai pencari kebenaran di kalangan manusia, sesungguhnya Allah menyatakan di dalam kitabNya Al-Qur'an yang agung bahawasanya setiap perbuatan itu pasti ada pelakunya, dan tentunya kejadian manusia, langit dan bumi juga pastilah ada penciptanya.

Allah Ta'ala berfirman, yang ditujukan kepada kaum atheist:

{ أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ‌ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ ﴿35﴾ أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضَ ۚ بَل لَّا يُوقِنُونَ ﴿36﴾ }

صدق الله العظيم [الطور]

Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan?Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu?; bahkan sebenarnya mereka itu tidak meyakini.
[الطور-36-35]


ومن بعد التفكّر في خلق أنفسهم وخلق السماوات والأرض وما بينهم يأتي اليقين بالخالق، وكذلك اليقين بعظمة الخالق، وتُعرف عظمة الفاعل من خلال أفعاله، ومن ثمّ يقول المُتفكر من بعد التفكّر والتدبر فيقول: "كم أنت عظيم يا إلهي". فيخشع قلبه وتدمع عينه مما عرف من عظمة الحقّ سُبحانه ولو لم يقرأ ولا يكتب فلا تحتاج معرفة الله إلى القراءة والكتابة بل مجرد التفكّر في نفسه وفي خلق السماوات وفي الأرض آيات للمُوقنين، ومن بعد التفكّر والتأمل تأتي الخشية والخضوع والخشوع والدموع مما عرفوا من الحقّ فيكونون من الموقنين بوجود ربهم وعظمته سبحانه، ومن ثم يخشون ربهم بالغيب بعد علم المعرفة بالله ربّ العالمين، وليست معرفة الربّ محصورة من خلال القراءة والكتابة إذاً لما خشعت قلوب الأميين الذين لا يقرأون ولا يكتبون. ولم يقصد الله في قوله تعالى: {إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ} صدق الله العظيم [فاطر:28]، فيزعم الذين يقولون على الله ما لا يعلمون: "إنه لا يخشى من الله إلا العلماء الدارسون المتعلمون بعلوم الدين والأحكام الفقهيّة". إذاً فقد أصبح الأميّون الذين لا يقرأون ولا يكتبون لا يخشون ربهم حسب التأويل بالباطل، ولكنّ المهديّ المنتظَر الحقّ الناصر لمحمدٍ رسول الله والقرآن العظيم الإمام ناصر محمد اليماني أفتي وأقول: إن الله لا يقصد أنه لا يخشاه من عباده إلا فُقهاء الأمّة بل منهم من يمشي سوياً على صراط مُستقيم ومنهم من لا يخشى الله ربّ العالمين وذلك لأنّ الله لم يؤتِه العلم. ولربّما يودّ أحد أن يقاطعني فيقول:" وكيف تقول إنّ الله لم يؤتِه العلم مع أنّه عالِمٌ بعلوم الدين والأحكام الفقهيّة؟". ومن ثمّ يردّ عليه المهديّ المنتظَر الحقّ وأقول: إنّما سبب عدم خشية هذا العالم بعلوم الدين والأحكام الفقهيّة فلم يغنِ عنه علمه شيئاً، وذلك لأنه جاهلٌ وليس عالماً بمعنى:
إنه جاهلٌ في علم العظمة الإلهية بمعنى إنه ينقصه معرفة علم العظمة الإلهية، فمن جهل عظمة الله فقد جهل العلم كُله مهما كان عالماً ومهما كان مثقفاً ومهما كان دارساً فإنه لمن الجاهلين عن قدر عظمة ربهم مهما درس وتعلّم، فما دام لا يخشى الله فهو من الجاهلين وإن كان عالماً بعلوم الدين والأحكام الفقهيّة، وذلك لأن الله يقول في محكم كتابه العزيز: {إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ} صدق الله العظيم [فاطر:28].

Setelah bertafakkur tentang penciptaan diri mereka, memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, serta terhadap segala sesuatu di antara keduanya, maka akan datanglah keyakinan terhadap Al-Khaliq Sang Pencipta, Allah SWT.

Dengan bertafakkur juga akan hadir keyakinan mendalam terhadap keagungan dan kebesaran Sang Pencipta, lalu kehebatan dan keagungan Allah sebagai Pembuat segala sesuatu dapat diketahui melalui perbuatan-perbuatan-Nya.

Sebab itulah orang yang bertafakkur -setelah memikirkan dan merenungkan- maka mereka akan mengucapkan:
"Betapa agungnya Engkau Wahai Tuhanku".

Kemudian khusyu' dan tunduk hati mereka lalu mengalirlah air matanya, dikeranakan oleh kebesaran, keagungan dan kehebatan Allah Al-Haq -Subhaanahuu wa Ta'ala- yang telah mereka ketahui, walaupun mereka tidak boleh membaca dan menulis kerana ma'rifatullah -mengenal Allah- itu, tidak butuh pada pembacaan dan penulisan, bahkan ia merupakan kejernihan yang murni lahir dari tafakkur, merenungi dirinya, memikirkan penciptaan langit dan bumi, yang kesemuanya itu merupakan ayat-ayat-Nya serta tanda-tanda-Nya bagi orang-orang yang yakin.

Maka, selepas bertafakkur, memikirkan, mentadabburi dan merenungi secara mendalam, akan datanglah rasa ketakutan, ketundukan, kepasrahan, kekhusyu'kan hingga mengalirlah air mata mereka oleh kebenaran yang telah mereka ketahui, lalu jadilah mereka itu termasuk di kalangan orang-orang yang yakin dengan kewujudan Tuhan mereka, yakin akan keagungan dan kehebatan-Nya -Maha Suci Dia-.

Sebab itulah mereka takut akan Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, setelah mengetahui dan mengenal Allah Tuhan Semesta Alam.

Ma'rifat kepada Tuhan tidaklah terbatas hanya di dapatkan melalui pembacaan dan penulisan kerana jika demikian, tentulah tidak akan khusyu' hati orang-orang ummi, yakni orang-orang yang tidak tahu membaca dan menulis.

Allah juga tidak bermaksud menyatakan di dalam firmanNya

{ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ }

صدق الله العظيم [فاطر:28]

Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun. (28)

-Maha Benar Allah-

Supaya orang-orang yang mengatakan terhadap Allah sesuatu yang tidak mereka ketahui menyangka

"bahawa tidak ada yang takut kepada Allah kecuali para- alim-ulama yang belajar dan mendalami ilmu-ilmu agama serta hukum hakam perundangan islam lagi terpelajar".

Jika begitu, orang-orang ummi yang tidak tahu membaca dan menulis akan menjadi orang-orang yang tidak takut terhadap Tuhan mereka, menurut takwil yang batil ini.

Akan tetapi Imam Mahdi Al-Muntazar yang sejati, penolong Muhammad Rasulullah dan pembela Al-Qur'an yang agung, Imam Naser Muhammad Al-Yamani memberi fatwa dan aku katakan:

Sesungguhnya Allah tidak maksudkan bahawa-tidak ada yang takut kepada-Nya di antara hamba-hamba-Nya melainkan para fuqaha umat ini-, kerana di antara mereka itu ada yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus, dan ada pula di antara mereka yang tidak takut terhadap Allah Tuhan Semesta Alam.

Ini kerana Allah tidak menganugerahkan ilmu kepadanya. Mungkin seseorang mahu menyelaku mengatakan:

Mengapa pula engkau mengatakan bahawa Allah tidak memberinya ilmu, padahal dia orang alim yang tahu ilmu-ilmu agama dan hukum-hakam feqah
?

Untuk ini, Imam Mahdi Al-Muntazar yang sebenar membalas, dan aku katakan:

Penyebab tiadanya rasa takut dalam hati orang alim yang tahu ilmu-ilmu agama dan hukum-hakam feqah, hanyalah kerana ilmunya itu sedikitpun tidak bermanfaat bagi dirinya.

Demikian ini terjadi kerana dia sebenarnya jahil bukan orang alim, maksudnya,
dia jahil dalam ilmu ketuhanan, jahil mengenai keagungan Tuhan.

Maknanya, sedikit sekali ilmu ketuhanan dan rendah ma'rifatnya terhadap ilmu keagungan Tuhan, kerana barangsiapa yang jahil terhadap keagungan Allah, maka sesungguhnya dia jahil dalam ilmu seluruhnya-walaupun dia alim, walaupun dia terpelajar lagi terdidik.


Kerana dia sebenarnya termasuk di kalangan orang-orang yang jahil terhadap kadar kehebatan Tuhan mereka dan mereka tidak mengetahui nilai keagungan-Nya, walaupun mereka studi dan belajar.

Ini kerana, selagi dia belum dan tidak takut kepada Allah, maka selama itulah dia termasuk di kalangan orang-orang yang jahil, walaupun dia alim dan tahu ilmu-ilmu agama serta hukum-hakam feqah.

Demikian ini kerana sesungguhnya Allah berfirman dalam muhkam kitab-Nya yang mulia:

{ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ }
صدق الله العظيم [فاطر:28]

Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun. (28)
-Maha Benar Allah-


إذاً يا أيها الباحثون عن الحقّ، فمن هم العلماء من الناس والذين لا يخشون الله إلا هم وغيرهم جاهلون؟ ومن ثم نفتيكم بالحقّ ونقول: إنّهم الُعلماء بعظمة ربهم سبحانه وتعالى علواً كبيراً سواءً كان قارئاً أوعالماً أو أميّاً لا يقرأ ولا يكتب. فكيف أنّ الأمي أصبح يخشى الله؟ وذلك لأنه عالِمٌ بمعرفة قدر عظمة الله ربّ العالمين. ولذلك تجدونه يخشى الله لأنه عالِم بقدر عظمة ربه سُبحانه مع أنّ منهم من لا يقرأ ولا يكتب فهو أميٌّ، وبرغم أنه أميُّ تجدونه يخشى الله ربّ العالمين خير من كثير من المُتعلمين، ولكن كيف توصل للخشية من الله فقدره حقّ قدره؟ وذلك لأنّ معرفة عظمة الله لا تحتاج للقراءة والكتابة بل تحتاج للعقل الذي يتفكر به فيما خلق الله بين يديه في السماء والأرض ومن ثم يتوصل لعظمة ربه فيقدره حقّ قدره، فتدبروا الآية جيداً كاملة تفهمون الخبر وأنّ علم معرفة عظمة الربّ تأتي بالتفكر فيما خلق الله. وقال الله تعالى: {أَلَمْ تَرَ‌ أَنَّ اللَّـهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَ‌جْنَا بِهِ ثَمَرَ‌اتٍ مُّخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ‌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَ‌ابِيبُ سُودٌ ﴿27﴾ وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّـهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ‌ ﴿28﴾}صدق الله العظيم [فاطر].

Jika demikian wahai para pencari kebenaran, maka siapa pula para alim-ulama di kalangan manusia, sedangkan orang-orang yang tidak takut terhadap Tuhan mereka, ulama atau selain mereka sebenarnya adalah orang-orang yang jahil.

Oleh itu, kami fatwakan kepada kalian dengan kebenaran dan kami katakan:

Sesungguhnya ulama yang dimaksud pada ayat di atas adalah ulama yang mengetahui dan mengenal keagungan Tuhan mereka, Maha Suci Dia dan Maha Luhur lagi Maha Tinggi dengan keagungan yang setinggi-tingginya.

Sama sahaja apakah dia seorang yang dapat membaca, seorang alim ataupun seorang ummi yang tidak tahu membaca dan menulis. Ini kerana, bagaimana pula seseorang yang ummi boleh menjadi seorang hamba yang takut kepada Allah
?

Demikian ini kerana dia adalah seorang yang mengetahui dan mengenal kadar keagungan dan nilai kehebatan kekuasaan Allah, Tuhan semesta Alam. Dan sebab itu juga kalian akan menemukan bahawa dia takut kepada Allah, kerana sesungguhnya dia adalah orang alim yang mengetahui kadar kehebatan dari keagungan Tuhannya- Maha Suci Dia- begitu juga di antara mereka itu, ada yang tidak tahu membaca dan menulis kerana dia ummi.

Akan tetapi sungguhpun dia begitu, kalian akan mendapati bahawa dia takut kepada Allah Tuhan sekalian alam, lebih baik dari rasa takutnya kebanyakan dari orang-orang yang terpelajar. Namun, bagaimana cara untuk mengapai dan mendapatkan rasa takut kepada Allah, sehingga
mengenal-Nya dengan sebenar-benarnya
?

Demikian ini kerana mengenal dan berma'rifat terhadap keagungan dan kebesaran Allah itu tidak membutuhkan pembacaan dan penulisan, akan tetapi ia perlu kepada akal pemikiran yang digunakan untuk mentafakkuri ciptaan-ciptaan Allah di langit dan di bumi, yang Dia telah ciptakan dengan kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya, maka dengan itulah akan tercapainya pengenalan dan ma'rifat terhadap keagungan dan keMaha-an-Nya, lalu dia akan mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya.

Maka renungkanlah kalian, bertadabburlah terhadap ayat ini dengan baik dan menyeluruh, maka kalian akan memahami khabar penjelasan
bahawa sesungguhnya ilmu ma'rifat terhadap keagungan Tuhan itu, muncul dari tafakkur, yakni bertafakkur merenungi, memikirkan tentang makhluk yakni segala sesuatu ciptaan Allah.

Firman Allah Ta'ala :

{ أَلَمْ تَرَ‌ أَنَّ اللَّـهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَ‌جْنَا بِهِ ثَمَرَ‌اتٍ مُّخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا ۚ وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ‌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَ‌ابِيبُ سُودٌ ﴿27﴾ وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّـهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ‌ ﴿28﴾ }
صدق الله العظيم [فاطر]

Tidakkah engkau melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada yang hitam pekat.Dan demikian juga di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya . Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama . Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
صدق الله العظيم [فاطر]


إذاً قد علمتم أنه يقصد العلماء بمعرفة عظمته سبحانه سواء من الأميين أو علماء الدين أو الدارسين، وذلك لأنّ خشيتهم جاءت من خلال التدبّر والتفكر في السماء والأرض. وقال الله تعالى: {وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} [آل عمران:191].

Jika begitu, sungguh kalian telah mengetahui bahawa ulama yang benar-benar takut kepada Allah yang dimaksudkan-Nya, adalah ulama yang ma'rifat terhadap keagungan-Nya, mengenal kehebatan dan kekuasaan-Nya, sama sahaja sama ada dia di kalangan orang-orang ummi ataupun di kalangan para alim-ulama yang menekuni ilmu agama ataupun para pelajar.

Demikian ini disebabkan rasa ketakutan mereka yang datang melalui perenungan, pemikiran, dari tadabbur dan tafakkur terhadap ciptaan-ciptaan Allah di langit dan di bumi.

Allah Ta'ala berfirman:

{ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ }
[آل عمران:191]

dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi : "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.


أما لو تجعلون الآية محصورةً على علماء الفقه والدين إذاً لما وجدتم أميّاً واحداً يخشى الله لأنّه أميٌّ، وكذلك لما وجدتم حاكم قضاء يرتشي أو يظلم ولكنكم تجدون علماء وحكام قضاة يظلمون فيقبلون الرشوة فيحكمون لصالح الظالم فيزيدون المظلوم ظلماً إلى ظلمه. وقال الله تعالى: {وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِ‌يقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿188﴾} صدق الله العظيم [البقرة].

Adapun jika kalian menjadikan ayat tadi terbatas hanya terhadap alim-ulama yang menekuni fiqh dan ilmu-ilmu agama, jika begitu, pasti kalian tidak akan menemukan seorangpun di kalangan ummi yang takut kepada Allah, kerana dia tidak tahu membaca dan menulis. Demikian pula, kalian juga tidak akan menemukan seorang hakim pun yang menerima rasuah atau berbuat kezaliman.

Akan tetapi hakikatnya, kalian malah mendapati adanya para alim-ulama dan hakim bijak pandai yang menetapkan hukum dengan zalim, menerima rasuah dan menghukum orang baik sebagai orang jahat, maka mereka semua membuatkan orang yang dizalimi malah bertambah terzalimi dengan kezaliman yang bertumpuk-tumpuk.

Firman Allah Ta'ala:

{ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِ‌يقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿188﴾ }
صدق الله العظيم [البقرة]

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan kamu membawa harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan dosa, padahal kamu mengetahui.


إذاً يا معشر الباحثين عن الحقّ، إنّما العالم يكون عالِماً حقاً حين يستحضر عظمة الله إلى قلبه من خلال التدبّر والتفكر فيخضع ويخشع قلبه وتدمع عينه وأولئك هم العلماء من الناس والذين تساوت شهادتهم بشهادة الله لعظمة ذاته ووحدانيّته، وكذلك تساوت شهادتهم بشهادة ملائكته المقربين العلماء بقدر عظمة ربهم لا آله إلا هو. وقال الله تعالى: {شَهِدَ اللَّـهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿18﴾} ‏‏صدق الله العظيم [آل عمران].

Jika demikian wahai seluruh para pencari kebenaran, sesungguhnya orang alim itu, akan menjadi orang alim yang sebenarnya ketika dia menghadirkan keagungan, kebesaran dan kemahakuasaan Allah dihatinya, melalui tadabbur dan tafakkur, perenungan dan pemikiran lalu kemudian pasrah, tunduk dan khusyu' hatinya dan mengalir air matanya.

Mereka itulah ulama sesungguhnya di antara manusia yakni orang-orang yang bersamaan, seimbang dan selaras kesaksian mereka itu dengan kesaksian Allah terhadap keagungan Dzat-Nya dan keEsaan-Nya.

Begitu juga seimbang dan selaras kesaksian mereka itu dengan kesaksian para malaikat yang didekatkan. Mereka merupakan ulama yang mengagungkan Allah dengan pengagungan yang sebenar-benarnya. Tiada ada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia.

Allah Ta'ala berfirman:

{ شَهِدَ اللَّـهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿18﴾ }
‏‏صدق الله العظيم [آل عمران]

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang menegakkankeadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (ulama) juga menyaksikan yang demikian, bahawasanya: Tak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


ولماذا لم يقل الله في هذه الآية بدلاً عن قوله {وَأُولُو الْعِلْمِ} أن يقول: (والمؤمنون)؟ وذلك لأنّ الكفار يؤمنون بالله ولكنهم لا يقدرونه حقّ قدره بمعنى أنهم لا يعرفونه حقّ معرفته. وقال الله تعالى: {وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعلمون} [لقمان:25].

Dan mengapakah Allah tidak berfirman pada ayat ini, sebagai ganti dari firmannya

{ وَأُولُو الْعِلْمِ }-

dan orang-orang yang berilmu

dengan mengatakan:

( والمؤمنون )
dan orang-orang beriman
?

Demikian ini terjadi kerana bahawasanya orang-orang kafir itu sebenarnya beriman, yakni percaya kepada Allah akan tetapi mereka tidak mengagungkan-Nya dengan pengagungan yang sebenar-benarnya. Bermaksud bahawa mereka sesungguhnya tidak mengenal-Nya dengan sebenar-benar pengenalan terhadap-Nya.

Allah Yang Maha Luhur berfirman:

{ وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعلمون }
[لقمان:25]

Dan sesungguhnya jika engkau tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?"Tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah : "Segala puji bagi Allah"; akan tetapi kebanyakan dari mereka itu sebenarnya tidak mengetahui.


إذاً اليقين في القلب والخشوع والخضوع والدموع من خشية الله تأتي من التفكّر والتذكر والتدبر وفي الأرض آيات للمُوقنين وفي أنفسكم أفلا تُبصرون؟ إذاً معرفة عظمة الله ووحدانيته سُبحانه تأتي إلى القلب من خلال التفكّر فيما خلقه الله في السماء والأرض وكذلك من خلال التدبّر والتفكر في آيات كتابه الحكيم فيجدها الحقّ على الواقع الحقيقي.

Jika demikian, maka keyakinan dalam hati, kekhusyu'kan, ketundukan serta kepasrahan dan air mata yang mengalir kerana gentar dan takut terhadap Allah, datang setelah adanya tafakkur, tazakkur, dan tadabbur terhadap ciptaan-ciptaan Allah kerana di bumi terdapat ayat-ayat dan tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin, bahkan pada diri mereka sendiri. Maka mengapakah kalian tidak memperhatikannya
?

Jadi, ma'rifat terhadap keagungan dan kemahakuasaan Allah dan keEsaan-Nya -Maha Suci Dia-, akan datang dan hadir dalam hati seseorang melalui tafakkur terhadap ciptaan-ciptaan Allah di langit maupun di bumi, demikian juga melalui tadabbur dan tafakkur terhadap ayat-ayat kitab-Nya yang penuh hikmah dan kebijaksanaan, maka dia akan mendapati bahawa ayat-ayat Allah adalah benar, sesuai dengan kenyataannya.


وأما ذات الله يا علم الجهاد، فهو مستوٍ على عرشه وليس كمثله شيء ولا يتحمل رؤيته شيء ويخاطب الخلائق من وراء الحجاب ووسع كلّ شيء رحمةً وعلماً فهو يعلم ظاهر الأمور وباطنها ويعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور: {أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿14﴾} [الملك].

Adapun mengenai Dzat Allah wahai Panji Jihad, sesungguhnya Dia bersemayam di Arsy-Nya dan tidak ada sesuatupun yang semisal dengan-Nya dan tidak ada yang mampu melihat-Nya sedang Dia berkata-kata dengan para makhluk ciptaan-Nya dari belakang tabir.

Maha luas rahmat dan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu dan Dia Maha Mengetahui urusan-urusan yang zahir maupun yang batin lagi Maha Mengetahui mata-mata yang khianat dan Maha Mengawasi apa yang tersembunyi di dalam hati.

{ أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿14﴾ }
[الملك]

Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui; sedang Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui


وأنا المهديّ المنتظَر الحقّ لا أُدخل الناس في متاهات في ذات الله الذي ليس كمثله شيء لا ملاك ولا جان ولا إنسان، فلو أسأل أحدكم كيف شكل سيارة صالون بكس موديل 2020؟ لقال: "الله أعلم". مع أنه يعرف موديل 2008، ولكن ذلك لم يغنِ عنه شيء ليعرف من خلاله موديل 2020 ولله المثل الأعلى، فكيف تكلم الناس في ذات الله يا علم الجهاد وهو ليس كمثله شيء؟ فهل تريد أن تقول إنه كشكل الإنسان ولكنه ضخمٌ كبيرٌ! أو كمثل الملاك ولكنه أعظم حجماً! أو تشبه بأي شيء من المخلوقات؟ سبحانه! بل ليس كمثله شيء، فكيف تتجاوز بالتفكير إلى ذات الله الذي ليس كمثله شيء يا علم الجهاد؟ إنما تريد أن يكفر الناس بربهم بخزعبلاتك وتريدون أن يتفكروا في ذات ربهم، ولكن المهديّ المنتظَر الحقّ ناصر محمد اليماني يحذّر المسلمين والناس أجمعين من التفكير في ذات ربّ العالمين والذي لا تحيط بعظمة ذاته عقولهم الصغيرة والحقيرة، كما لا تتحمل رؤية ذاته أبصارهم، فهل تحمَّل الجبل رؤية ذات الله من بعد التجلي؟ فكيف بالإنسان الضعيف؟ بل تفكروا في عظمة صفاته الرب القُدْراتية وسوف تعلمون ذلك من خلال التفكّر في مخلوقاته ولا تتفكروا في ذاته فتهلكوا، وإنما يريد علم الجهاد أن يشغل بالكم بالتفكر في ذات ربكم فتهلكوا.

Dan aku Imam Mahdi Al-Muntazar yang sejati, aku tidak membawa manusia ke dalam teka-teki terhadap Dzat Allah, yang tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya, tidak malaikat, tidak pula jinn, apalagi manusia.

Sekiranya aku tanyakan kepada salah seorang dari kalian bagaimanakah bentuk kereta sedan model tahun 2020 kelak?

Pasti dia akan menjawab:

"Allahu 'alam", meskipun dia mengetahui model tahun 2008, akan tetapi pengetahuan itu tidak bermanfaat untuknya bagi mengetahui bentuk model tahun 2020 kelak.

Kepunyaan Allah-lah sifat yang Maha Tinggi lagi Maha Luhur.

Lalu bagaimana pula manusia dapat berbicara tentang Dzat Allah wahai Panji Jihad, padahal Dia itu, tidak ada sesuatu apapun yang serupa dengan-Nya
?

Apakah engkau mahu mengatakan bahawa bentuk-Nya seperti bentuk manusia akan tetapi Dia besar dan lebih besar lagi! Atau Dia seperti malaikat akan tetapi dimensi-Nya lebih besar lagi! Atau Dia menyerupai segala sesuatu dari makhluk-makhluk ciptaan-Nya?
Maha Suci Dia
!!

Bahkan tidak ada suatu apapun yang serupa dengan-Nya, lalu bagaimana pula engkau dapat pergi terlalu jauh memikirkan Dzat Allah, yang tidak ada keserupaan sama sekali dengan suatu apa pun wahai Panji Jihad
?

Sebenarnya, engkau hanya mahu agar manusia kafir terhadap Tuhan mereka dengan tahyul, teka-teki dan senda guraumu. Kalian (syaitan jinn dan manusia) mahu agar manusia memikirkan Dzat Tuhan mereka.

Akan tetapi Imam Mahdi Al-Muntazar yang haq, Pembela Muhammad dari Yaman - Naser Muhammad Al-Yamani- memberi amaran dan peringatan kepada kaum muslimin agar berwaspada dan menghindar dari memikirkan Dzat Tuhan Sekalian Alam.

Agar mereka tidak memikirkan Dzat yang akal-akal kecil lagi cetek dan rendah mereka itu, tidak akan mampu meliputi keagungan Dzat-Nya, sepertimana penglihatan-penglihatan mereka yang tidak mampu mencapai-Nya.

Adakah gunung mampu menatap Dzat-Nya setelah Dia bertajalli menampakkan Diri-Nya? Bagaimana pula dengan manusia yang serba kekurangan lagi lemah ini?! Akan tetapi, bertafakkurlah pada keagungan sifat-sifat-Nya, Tuhan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Maka kelak kalian akan mengetahui yang demikian itu setelah bertafakkur pada makhluk-makhluk ciptaan-Nya, dan jangan bertafakkur pada Dzat-Nya kerana kalian akan binasa.

Si Panji Jihad ini sebenarnya hanya mahu menyibukkan dan
menggusarkan hati kalian dengan memikirkan Dzat Tuhan kalian supaya kalian binasa.


وأقسم بالله الذي لا آله إلا هو إنه ليسكن علمَ الجهاد هذا شيطانٌ ماردٌ رجيمٌ فلا تتهرب من المُباهلة يا علم الجهاد، وأقسم بالله الذي لا آله إلا هو لئن تقدمت للمُباهلة يا علم الجهاد ضدّ ناصر محمد اليماني المهديّ المنتظَر الحقّ بأن الله سوف يمسخك إلى خنزير وإن لم يمسخك إلى خنزير من بعد المُباهلة فقد أصبح ناصر اليماني هو الكذاب الأشِر وليس المهديّ المنتظَر فكفيت الناس شرّي يا علم الجهاد حتى لا أضلّهم عن الصراط المُستقيم إن كنتَ من الصادقين بأنّ ناصر اليماني على ضلالٍ مُبينٍ، فتقدم للمُباهلة يا علم الجهاد، فإني أشهد الله وملائكته والصالحين من عباده أني أتحداك بكُلّ الإيمان واليقين بأنّ الله سوف يمسخك إلى خنزيرٍ إذا اتفقنا على المُباهلة فلم أدعُ الله للحكم بيننا يا علم الجهاد وقد جاءت فرصة لك وللناس ليتبيّن لهم هل ناصر محمد اليماني هو حقاً المهديّ المنتظَر أم إنّه كذابٌ أشر؟ هيا تقدم للمُباهلة وتالله لا أتركك حتى تُباهلني يا علم الجهاد أو تولّي مدبراً فلا تعقب على موقع الإمام ناصر اليماني ولا تكتب فيه من خزعبلاتك التي لا تغني من الحّق شيئاً وتريد أن تشتت بها أفكار الأمّة بل مجرد ثرثرة لا يُستفاد منها شيئاً.

Aku bersumpah demi Allah, Dzat yang tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia, bahawasanya Panji Jihad ini ditempati oleh syaitan durjana lagi terkutuk, maka janganlah engkau menghindar dari mubahalah wahai Panji Jihad.

Aku bersumpah demi Allah, Dzat yang tidak ada tuhan yang berhak disembah selain-Nya, sungguh sekiranya engkau maju bermubahalah wahai Panji Jihad, untuk menentang dan melawan Naser Muhammad Al-Yamani Imam Mahdi Al-Muntazar yang sejati, maka sesungguhnya aku bersaksi kepada Allah dan para malaikat-nya dan hamba-hamba Allah yang sholeh di antara hamba-hamba-Nya, bahawasanya Allah kelak akan merubahmu menjadi khinzir jika kita telah sepakat melakukan mubahalah, padahal aku tidak meminta kepada Allah agar menghukumi antara kita berdua.

Wahai Panji Jihad, sesungguhnya kesempatan telah tiba untukmu dan untuk manusia, agar jelas bagi mereka adakah Naser Muhammad Al-Yamani benar-benar Imam Mahdi Al-Muntazar ataukah dia hanya seorang yang sangat pendusta
?

Kemarilah maju untuk mubahalah, demi Allah aku tidak akan membiarkan engkau kecuali engkau bermubahalah denganku wahai Panji Jihad, atau engkau berpaling lari, maka jangan pernah engkau kembali mengikuti forum di laman web Imam Naser Muhammad Al-Yamani, dan jangan sesekali menulis lelucon dan senda gurau bodohmu di web ini lagi, yang tidak bermanfaat sama sekali untuk menggapai kebenaran.

Bahkan engkau hanya ingin mengacau dan merosakkan pemikiran umat ini dengan gurauan dan tahyul, dengan omongan dan ocehan yang tidak berguna dan tidak berfaedah sedikitpun.


وكذلك أحذر الشيطان الذي يسكنك بأني سوف أجعل علم الجهاد عليه كمثل فرن النار، وسوف يحرق الله الباطل بالحقّ ومن لم يجعل الله له نوراً فما له من نور، وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..

Demikianlah aku memberi ancaman dan amaran kepada syaitan yang menetap padamu, bahawa sesungguhnya aku akan membuatkan Panji Jihad menjadi bagaikan oven yang membakar syaitan di dalam dirinya. Kelak Allah-lah akan membakar dan menghancurkan kebatilan dengan kebenaran.

Barangsiapa yang tidak dijadikan baginya cahaya oleh Allah, maka tidak ada cahaya baginya.

Salam penghormatan ke atas para rasul dan segala puji-pujian
hanya layak bagi Allah Tuhan Semesta Alam.


المهدي المنتظر خليفة الله على البشر من آل البيت المطهر من نسل الحسين بن علي بن أبي طالب الإمام ناصر محمد اليماني.

Imam Mahdi Al-Muntazar Khalifah Allah untuk semua manusia,
dari kalangan ahlul bayt yang suci, dari keturunan Hussain bin Ali bin Abi Tholib, Imam Naser Muhammad Al-Yamani

ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ



Alihbahasa Arab-Melayu oleh:
Nasir Al-Mahdi - Pengikut Imam Mahdi
6.00am - Daulah Islam Nusantara
29Rabiul Akhir 1434H / 23Maret 2013M


sumber asal bayan:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=3985